Bab 10
“Yati, awak ada salin nota kelas semalam?” satu sapaan lembutku dari belakang yang berjaya mengejutkan Yati
.“Ada, kenapa?” hanya itu yang Yati balas dengan muka terkesimanya. Walaupun dengan wajah terkesima, tapi Yati tetap cantik.
“Paling comel di hatiku” bak kata Acik dan Nana.
“Saya tak ke kelas semalam, boleh saya pinjam nota awak?”Satu taktik yang sekian lama digunakan oleh kawan-kawan aku untuk memulakan gerakan bercouple,kini aku sendiri gunakan.
Semua atas nasihat Mat Pearl. Penasihat jiwang yang baru aku lantik, selepasrahsia aku meminati Yati berjaya dikoreknya.
“Ada. Tapi saya nak ke perpustakaan sekarang. Kalau awak nak, boleh ler temankan saya. Awak salinkat sana.”Inilah kata-kata yang menjadi prima facie dalam hujah-hujah yang dikeluarkan oleh medula oblogatadan berjaya membuktikan dengan melebihi keraguan yang munasabah bahawa sebenarnya Yati pun adahati jugak dengan aku.
“OK.”Hanya itu jawapan ringkas dariku. Walaupun di dalam hati ini memberontak untuk berkata-kata lebihdari itu. Kalau dalam cerita dahulu kala, mungkin jawapanku, kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan.
Tapi kini bukan lagi sekadar nyiru, hatta galaksi bima sakti sekalipun sanggup aku guna untuk menadahpelawaan Yati.
“Tak apa ker saya duduk dengan awak ni?” soalan ‘cover line’ yang aku soalankan pada Yati setelahbenda lain tak berupaya difikirkan oleh otakku. Otak aku ini masih jem kerana masih tidak percaya apayang berlaku pada aku sekarang.
“Kenapa awak tanya macam tu?”
“Entah, saya ingat awak tak boleh duduk berdua-duaan dengan lelaki.”Hanya ketawa kecil yang keluar dari mulut comel Yati. Ketawa yang paling indah pernah aku tengok seumur hidupku.
Suasana paling kiut yang pernah aku rasai sehinggakan aku terasa seperti inginmenjerit, oh dunia..lihatlah betapa comelnya Yati dan lihatlah betapa bertuahnya aku.
Banyak yang Yati ceritakan pada aku tentang dirinya. Seperti dia ingin memperkenalkan dirinyasebanyak mungkin padaku dalam waktu yang singkat. Aku lebih banyak mendengar dari berkata-kata.Tak mahu aku mengganggu merdu suara Yati dengan sampukan-sampukan parau suaraku.Pagi ini adalah satu pagi yang teramat indah bagi aku.
Sejam berlalu aku rasa seperti baru sekejap tadi.Adakah semua pertemuan dengan gadis seindah begini? Kalau beginilah indahnya, patutlah banyak orang berlumba-lumba untuk bercouple ketika di universiti.
Kacau betullah kuliah pukul 11.30 ni. Kalau lah aku punya kuasa, mahunya aku kenselkan semua kelassupaya aku dapat merenung wajah ayu Yati sambil mendengar celoteh merdunya. Tapi itu semuamustahil. Yati mengemaskan barangnya sambil berkata kepadaku, “Saya masuk kelas dulu yer.” Lalu meninggalkan aku yang masih tersenyum keseorangan.
Sepatutnya aku berjumpa Yati malam ini. Tapi jangan salah faham, bukan urusan peribadi. Belum sampai masanya untuk aku berjumpa Yati atas urusan peribadi walaupun Yati sekarang amat rapatdenganku. Walau rapat bagaimana sekalipun tak mungkin aku ber“couple”, kalau dalam bahasa budak-budak U, dengan Yati. Tak mungkin aku akan menatap wajah ayu Yati dan mengucapkan “Yati, aku cinta padamu.”
Rugi sangat rasanya persahabatan yang baru terjalin dengan Yati disia-siakan denganempat perkataan tersebut jika jawapan Yati ialah “Cinta? Boleh blah”.
Tetapi malam ini terdapat aral yang melintang ditengah jalan. Jangan ditanya apa maksud perkataan aral sebab aku sendiri pun tidak tahu. Tetapi apa yang aku maksudkan dengan aral ialah seorang manusia bernama Zack.
Sepupu aku dari Klang yang entah apa ke mimpinya datang bertandang ke universiti ini.Tetamu yang datang dari jauh. Takkanlah aku hendak tinggalkan seorang diri. Memanglah kalau diikutkan hati aku yang tengah membuak-buak hendak berjumpa Yati, aku tinggalkan saja mamat niseorang diri. Tapi kata orang tua-tua, ikut hati mati. Tak mau lah pula aku mati muda-muda. Jangankan kahwin, awek pun belum pernah ada.
Banyak benda yang disembangkan oleh Zack. Dari kisah race motor, death metal sehinggalah kepadatujuan sebenar dia datang ke universiti ini. Untuk berjumpa aweknya. Memang tak sangka betul aku,serempit-rempit Zack, jiwangnya kira tahap melampau juga. Sanggup dia datang dari Klang ke hutan Sintok ini, semata-mata untuk menyambut hari lahir aweknya. Kalau aku entahlah. Tapi kalau demi Yati, jangankan gunung Fujiyama, ke Ethopia ku ikut kamu alah macam lagu Indonesia tu.
Share this novel