?BAB 12
“Dahulu memang saya terlalu liar. Memang dunia saya pangkuan lelaki. Tapi itu dulu.” Untaian kata-kata Yati berselang tangisan hiba.
“Dulu saya masih mentah. Saya terlalu ikutkan nafsu. Kalau boleh saya tidak ingin langsung mengingatizaman remaja dahulu.”
“Sebab itu saya memilih universiti ini. Untuk saya pergi jauh dari kenangan silam itu. Untuk sayalupakan sejarah hitam itu. Baby yang dahulu sudah mati.”
“Saya malu Shahril. Saya malu dengan awak, dengan semua orang. Saya malu dengan sejarah hidupsaya sendiri.” Sambung Yati tertunduk layu.
Ingin aku menuturkan kata-kata peransang buat Yati tapi lidahku kelu. Tak mampu untukku untuk berkata apa-apa. Tak tahu apa sebenarnya yang patut aku lakukan. Aku terlalu terkejut dengan pengakuan Yati.
Tidak sangka seorang gadis seindah Yati, sesempurna Yati di mataku, mempunyai sejarah yang sehitam itu.
Siapakan menyangka seorang gadis yang sebegitu adab perwatakannya menyimpan kenangan didakapan lelaki, bukan seorang tapi ramai lelaki-lelaki dan salah seorangnya,sepupuku sendiri.
Siapakan menyangka tubuh yang berbalut indah ini, rupanya dahulu terlalu mudah digadaikan semata-mata untuk kebahagiaan dunia yang sementara.Air mata menakung di kelopak mataku. Aku tidak tahu untuk apa.
Apakah kerana simpatiku kepada Yati yang ingin melupakan dunia lamanya atau kerana lukanya hatiku menerima kenyataan siapa Yati yangsebenarnya.Yati memegang tanganku.
Aku tersentak. Jari-jemari halus Yati menggenggam erat tanganku. Yati berpaling ke menatap wajahku. Masih belum reda deraian airmatanya.
“Awak janji yer Shahril, ini rahsia kita berdua.” Lalu Yati bangun meninggalkan aku yang masih termangu.Itulah ucapan terakhir yang aku terima dari Yati. Sejak dari hari itu, Yati seolah-olah cuba untuk mengelakkan dirinya dari terserempak denganku.
Aku faham. Rahsia yang aku ketahui tentang Yati cukup besar dan cukup memalukan. Mungkin atas alasan itulah dia tidak lagi betah untuk bertemudenganku.
Aku terima jika itu dapat menolong Yati melupakan titik hitam kehidupannya danmembuatkan dia bahagia. Akan aku mendoakan kebahagiaannya.
Senyuman Yati yang aku pernah terima hanyalah seketika. Kemesraan Yati yang mula berputik kini layudan gugur ke bumi.
Semuanya kini tinggal kenangan. Walaupun hanya seketika, namun aku reda. Walau cintaku sekadar jauh di sudut hati, walau perasaan cinta ini tidak kesampaian, namun aku rela keranabagiku cinta tidak semestinya bersatu. Begitupun aku tetap puas kerana kini aku sudah mempunyaiepisod cinta aku sendiri dan aku bukan lagi sekadar pelakon tambahan dalam episod cinta orang lain.Yati akan tetap aku ingati sebagai gadis pertama di hati ini walau sehitam mana dia sekalipun.Buat Yati.....
Dinginnya angin malam iniMenyapa tubuhku
Namun tidak dapatDinginkan hatiku yang kau hangatkanTerasa tercabarnya kelakian ku iniDengan sikapmuMentanglah aku iniInsan kekurangan mudahnya kau mainkanSiapalah aku ini untuk Memintal buih yang memutihMenjadi permaidani seperti manaYang tertulis dalam novel cinta...Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langitMenjadikan hantaranSyarat untuk milikimuSemua itu sungguh aku tak termampu...Silap aku juga kerna jatuh cintaInsan sepertimu seanggun bidadari Seharusnya aku cerminkan diriKu sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu..
TAMAT
Share this novel