Chapter 11

Romance Completed 9089

Bab 11

Tak henti-henti Zack bercerita dan pada masa yang sama juga tak henti-henti aku memikirkan tentangYati. Entah apa yang Zack ceritakan pun aku sendiri dah tak ambil pusing. Di dalam kepala ini hanyaada Yati. Ruginya aku tak berjumpa Yati malam ini. Memang cerempet betullah sepupu ni.

Nak datangpun kenapalah pilih hari ini. Hari lain kan banyak lagi. Awek dia pun apasal le sekarang jugak dianak sambut hari lahir. Tahun-tahun depan kan ada lagi.

Sambil bercerita, Zack membelek-belek album gambarku. Aku langsung tak berikan perhatian sebab perhatianku sekarang hanyalah pada Yati.

Aku hanya mengiyakan apa juga yang Zack katakan walau apa yang Zack ceritakan satu patah pun tak berjaya memasuki lubang telingaku.“Macam aku kenal je awek kat dalam gambar ni. ” Soalan Zack yang berjaya menarik perhatianku.“Ini Babykan?”. Baby, nama samaran yang tidak pernah aku dengar sepanjang kehidupanku di universitiini, membuatkan bola mata aku mengikut sahaja arah telunjuk Zack.

Namun, hala jari telunjuk Zack memang benar-benar membuat aku tersentak. Seorang gadis yang aku amat kenal, Yati.

Memang aku betul-betul tersentak. Jika ditunjukkan gadis lain dengan nama Baby,Bayi atau Bhai sekalipun aku takkan kisah dan jika Zack kenal dengan mana-mana gadis dalam gambarini selain Yati aku juga takkan kisah, tetapi Zack tetapi menunjuk ke arah Yati, itu yang membuatkanaku menjadi kisah.

Bermatian-matian Zack mengaku pernah kenal dengan seorang gadis seiras Yati tetapi dengan nama Baby. Mendengar cerita tentang Baby dari Zack membuatkan aku keliru. Walaupun aku yakin Yati danBaby adalah dua insan yang berbeza namun di dalam hati aku tetap berdoa. Berdoa semoga Yati dan Baby benar-benar adalah dua insan yang berbeza.

Namun bagaimana harus aku mendapatkan kepastian. Aku perlu membulatkan keberanianku untuk bertanyakan kisah yang sebenar dari Yati. Soalan yang pertama yang aku akan tanya ialah sama ada Yati dan Baby adalah orang yang sama? Dan jawapan yang aku harus terima nanti ialah “Tidak”.

Jawapanselain daripada “Tidak” sama ada “Ya” atau “Mungkin” atau “Tidak Tahu” tidak terdapat dalam skema jawapan aku. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. Semuanya kerana Zack. Pertama sebab Zack berkongsi katil denganku.

Memang tak selesa betul aku hendak tidur. Sudahlah tempat tidur yang menjadi sempit, ditambah lagi dengan dengkuran Zack yang berunsurkan Death Metal, langsung aku tak berselera hendak tidur.

Tapi itu hanya sebab sampingan. Sebab utamanya ialah tentang Yati dan Baby. Tentang apa yang diperkatakan oleh Zack mengenai seorang gadis seiras Yati bergelar Baby. Aku tidak sabar lagi untuk menunggu esok. Kalau aku ada remote control yang dapat mengawal masa, mahunya aku menekan butang forward, biar ditinggalkan episod malam ini. Aku hanya mahu pergi ke hari esok. Kalaulah aku boleh menjerit seperti Rosyam di ladang tebu Chuping, sekuat hatiku untuk menghilangkan segalagundah gulana ini. Aku akan menjerit, “Esok...tunggu.. aku cabar engkau.”

Pagi ini ibarat satu penentuan bagiku. Aku perlu mendapatkan kepastian segera dari Yati. Segalakekeliruan, keresahan yang terbuku di dalam dada aku perlu dilepas segera. Jika tidak ia mungkin akan meletup.

Tak sabar rasanya menantikan tamatnya kuliah ini. Kalau lah boleh aku percepatkan. Masa terasa berjalan amat perlahan.

Hari ini akulah orang yang pertama keluar dari dewan kuliah. Tapi selepas pensyarah keluar ler.

Aku setia menunggu Yati yang kelihatan masih mengemaskan barang-barangnya.

“Yati, boleh saya cakap dengan awak sikit?” Sapaanku sejurus Yati melintas di depanku denganmenguntumkan secebis senyuman. Sapaan itu menyebabkan berpasang-pasang mata merenungiku.Kenapa? Tak Percaya?“Ya?” hanya satu jawapan pendek yang diberikan oleh Yati sambil menoleh ke arahku.

“Err.. saya ada benda sikit nak tanya awak. Awak kenal Zack? Zack WEM 911.” Tiada jawapan yang aku terima.

Cuma raut wajah Yati telah berubah. Yati menoleh ke arah kawan-kawannya yang masih setia menunggu.“Awak semua baliklah dulu yer.”Kembali wajah ayu Yati memandangku.

“Shahril, kita cakap kat tempat lain, boleh?

”“Emm.” Lalu aku mengikuti langkahan Yati menuju ke kafeteria. Satu kedudukan yang paling terpencildi sudut kafeteria dipilih oleh Yati. Aku hanya mengikut sahaja.Belumpun sempat aku duduk.

“Awak cakap Zack WEM, Zack Klang ker?” soalan Yati kali ini benar-benar menggusarkan aku.

Soalannya menunjukkan yang Yati mengenali Zack. Hatiku seakan lebur kerana apa yang aku harapkan ialah Yati tidak ada kaitan dengan Zack.

“Ya.” Balasku pendek.“Mana awak kenal dengan Zack.” Yati amat berminat sekali dengan topik Zack ini. Wajah ayu Yati kali ini amat serius sekali.

Tidak pernah aku melihat wajah yang seserius itu dari Yati.“Dia sepupu saya.”

“Kenapa awak tanya tentang dia pada saya.” Serius benar Yati. Tiada lagi senyuman manis di bibirnya.

“Err... semalam Zack datang, dia nampak gambar awak, katanya awak mirip seorang awek nama Baby.”

“Apa yang Zack dah ceritakan pada awak.”

Aku menuturkan ayat satu persatu. Mengulang kembali apa yang Zack khabarkan kepada aku semalam.Tetapi dengan bahasa yang lebih baik dari yang digunakan Zack semalam.

Tidak sanggup aku untuk melihat reaksi Yati kerana apa yang aku ceritakan terlalu hitam sifatnya. Bola mataku sekadar berlegarke arah menu di atas meja.

“Itu saja yang Zack ceritakan pada saya semalam.” Baru aku berani mengangkat mukaku untuk menatap wajah Yati. Setelah semua cerita yang dibawa oleh Zack aku habiskan.Tersentak aku. Wajah yang amat cantik hari ini dengan bertudung kuning air dipenuhi deraian air matayang mengalir di pipi halus Yati.

Tidak pernah seumur hidupku berhadapan dengan keadaan sebegini.

Seorang gadis menangis di depanku. Yati mengesat-ngesat pipinya.“Awak janji dengan saya yer, Shahril. Cerita ini hanya antara kita berdua.” Suara merdu Yati tersekat-sekat. Terlalu hiba suasana ini.

“Apa yang diceritakan oleh sepupu awak tu semuanya benar. Baby adalah sejarah hitam yang saya inginlupakan.” Deraian airmata Yati semakin melaju.

Aku panik. Melihat sekeliling, nasib ku baik kerana tidak ada sesiapa yang memerhatikan kami. Jika tidak, tak tahulah aku betapa hebohnya universiti ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience