Chapter 4

Romance Completed 9089

Bab 4

Hari ini hari pertama aku ke kelas selepas kejadian pitam tempoh hari. Perjalanan aku dari kolej kediaman ke dewan kuliah aku rasakan lebih panjang dari jarak Marathon ke Athenia.

Perjalananku lebih sukar dari larian yang dilakukan oleh askar Greek untuk menyampaikan berita kemenangan dalamPerang Trojan.Mungkin kerana aku perasan banyak mata yang memerhatikan aku. Mata-mata yang penuh dengan umpatan dan bisikan sok sek sok sek. Jilakeeeelah!

“Mamat nilah yang pengsan depan perempuan ni”.

“Mamat nilah yang konon-kononnyabrutal, tapi depan perempuan kecut”.

Ayat-ayat ini yang terfikir dalam kepala aku bila bertentangdengan mata-mata yang melihat ke arah aku.

Kalau aku mempunyai garfu mahu aku cucuk mata-matayangmelihat ke arah aku. Biar sampai mereka berteriak “Ala Kasim! Ampunkan mak Kasim!”, seburuk Mak Dara dalam Ibu Mertuaku.

Untuk menyedapkan hati aku, dalam hati aku terfikir, mungkin ayat ini yang ada dalam kepala mereka :“Eh bertuahlah mamat ni, pitam dalam pangkuan gadis paling popular di universiti”.

Sekadar untuk menyedapkan hati sendiri.Memang kawan-kawan aku tak boleh dipakai langsung waktu susah. Sewaktu aku melangkah masuk kedalam dewan kuliah, aku menerima satu tepukan gemuruh. Tidak pernah aku menerima tepukan sehebatini.

Sudah banyak kali aku dan band aku membuat persembahan, selalunya tak lebih sepuluh orang sahaja yang tepuk. Tapi hari ini berlainan. Tanpa perlu memetik gitar dan tidak perlu mengeluarkansuara parau, aku mendapat tepukan percuma.

Aku seorang pulak tu. Dan muka ini. Ya, muka ini tak dapat dibayangkan betapa tebalnya aku rasakan.

Dalam hatiku sekadar menyumpah, “Celaka punyakawan!”.Hari ini juga aku ingin menjadi orang yang terakhir keluar dari kelas. Tidak sanggup aku hendak berdepan dengan Yati dan kawan-kawannya hari ini. Kalau nak berjumpa pun, biarlah selepas beberapa ketika, selepas kisah aku pitam mula dilupakan. Lagipun lama mana sangat mereka akan ingat perkaraini.

Melayukan mudah lupa.

Sedangkan kisah mantan TPM kita yang menggegarkan dunia pun orang senang lupa, inikan kisah makhluk yang bernama Black, yang langsung tidak penting kepada negaraataupun parti UMNO.

Semua pelajar lain telah meninggalkan kelas kecuali aku. Aku masih berfikir sama ada mahu keluar atautidak. Nak tahu mengapa? Sebab Yati masih berada di depan pintu. Seakan menunggu aku keluar. OhYati! kenapalah kau menyeksa aku begini? Tak bolehkah kau biarkan aku hidup dengan aman damai?Nak kata aku takutkan Yati memanglah tidak. Dengan wajahnya yang ayu dan lembut, Yati langsungtidak mempunyai ciri-ciri yang menakutkan. Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam punaku tak takut, inikan pula Yati. Cuma aku merasa tidak selesa.

Tidak selesa seperti keluar dari tandasdengan seluar yang basah di celah kangkang. Begitulah rasa tidak selesa yang aku alami sekarang.Habis takkan nak tunggu dalam kelas ni seorang diri kut. Nanti tak pasal-pasal timbul cerita baru, kisah Black yang biol selepas pengsan di depan perempuan. Selepas pengsan, Black kini mengidapskizoprenia dan duduk seorang diri di dalam kelas. Tak mahu aku ayat ini menjadi headline khabarangin di universiti ini.

“Shahril!” Tepat sekali sangkaan aku. Memang Yati menunggu aku keluar.Geli geleman betul aku mendengar orang memanggil nama rasmi aku. Selain dari urusan seri padukabaginda, tidak ada orang lain yang pernah memanggil aku demikian rupa. Dengan suara yang lemahgemalai, mahunya aku pitam sekali lagi.

“Ya saya, err ada apa?” itu sahaja jawapan yang aku mampu fikir setakat ini.Sebenarnya aku lebih memikirkan postur aku berdiri. Benci betul aku bila dalam keadaan begini. Nak berdiri pun rasa seperti serba tak kena. Tangan aku ini, di mana aku hendak letakkan aku pun tak tahu.

Dalam poket tak kena, berpeluk tubuh pun tak kena, meletakkan tangan di belakang lagilah janggal,rasanya macam Y.B. sedang dengar taklimat pilihanraya saja. Aku sekadar menggaru kepala yang tidak gatal.

“Sebenarnya apa yang awak hendak cakap kat saya haritu?”Fuh, bagus betul ingatan Yati. Tapi tak bagus untuk aku. Aku sebenarnya berharap Yati lupa tentang hari itu. Aku juga berharap ada Men In Black yang memadamkan memori Yati tentang apa yang berlaku hari itu. Tapi Yati masih ingat dan kad yang sepatutnya aku berikan kepada Yati hari itu juga masih adabersamaku.

“Tak ada apa. Cuma saya nak bagi kad ini. Dari Fitri. Dia nak jumpa awak personally.” Dalam sekalinafas aku menyudah semua persoalan yang di tanya atau akan ditanya Yati.

Nanti tidak perlulah Yati bersusah-payah bertanya mengapa, kenapa, bagaimana, bila dan macam-macam lagi.

“Ok saya terima. Sebab awak dah bersusah payah nak berikan pada saya.” Ini perlilah ni. Tak puas hati betul aku. Sempat juga dia mengenakan aku.

Belum lagi sempat aku senyum. “Saya boleh jumpa Fitri malam ini, tapi dengan satu syarat.”

Benda bersyarat inilah yang paling tidak gemar aku dengar. Sebabnya aku dah tahu syaratnya. Syaratyang berjaya aku tolak dahulu.

“Syaratnya, awak mesti datang sama malam ni. Saya bawa kawan saya juga.’’

Ya, itulah syarat yang aku paling tak mahu dengar. Walau semerdu mana suara yang menuturkannya,walaupun suaranya kata Fitri, lemak berkrim disukai ramai. Aku tetap tak suka.Aku tak terkata apa sewaktu melihat Yati berlalu pergi.

Tidak kata Ya dan tidak juga berkata Tidak. Aku sekadar berfikir, “Yati ni tak reti bahasa orang putih ke? Tak tahukah yang aku ada menyebut perkataan personally.

Walaupun keputusan peperiksaan bahasa Inggeris aku cukup-cukup makan tapi aku masihtahu makna perkataan yang aku tuturkan. Personally bermaksud seorang diri. Seorang diri bermaksud hanya Yati dan Fitri.

Aku dan kawan Yati tak termasuk dalam definasi personally yang aku maksudkan. Aku memang sengaja menyebut perkataan personally. Kenapa? Kerana aku tahu dia mesti akan datangsecara berkumpulan jika hendak bertemu dengan lelaki. Fitri pernah mengalaminya.

Sebab itulah dia terpaksa menggunakan taktik lama untuk mengurat. Setelah dahulu Fitri terpaksa menebalkan muka untuk meluahkan harapannya di depan Yati dan segerombolan kawan-kawannya.

Kalau aku melalui pengalaman Fitri dah lama aku meminta untuk tukar unversiti.Tapi Fitri bukan aku. Fitri ialah seorang yang tak pernah ditolak oleh mana-mana gadis yang dia ingin dekati.

Dengan wajahnya, dengan bakatnya di dalam bidang seni dan sukan, serta kekuatan utamanya,ayat yang power, aku pun hairan mengapa Yati begitu liat untuk dijerat. Lagipun sekarang ni Fitr itengah single. Aweknya yang kelima dah sebulan ditinggalkan. Ditinggalkan demi Yati. Bagi Fitri lagi sukar seseorang gadis itu untuk di dekati makin ada cabarannya. Baru ada thrill katanya.

Malam ini aku terpaksa pula menjadi pengapit. Peranan aku sejak di sekolah lagi. Peranan yang akumahu lari bila berada di peringkat universiti. Tapi malam ini aku tak mampu mengelak. Demi Fitri danYati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience