Chapter 11

Other Series 2495

Bab 11
Because Of You !

"What ?! Kenapa nak kena cepatkan pulak ? " bengang Mia saat ini .'Monyet ni memang nak cari pasal dengan aku !'

"Mommy pon tak tahu ,sayang . Lagipon semua persiapan dah nak siap . Tinggal baju pengantin jer ," Mia mengeluh . 'Dugaan apa pulak kali ini ?'

Tok ! Tok !
"Assalamualaikum !"

Mia memandang Mommynya . Dia seperti kenal suara itu . Takkanlah....

Mia berlari dan membuka pintu , alangkah terkejutnya saat ini . Mia terus memeluk 'orang' itu .

"Adik...I need oksigen ," Mia meleraikan pelukannya .

"Abang Akiff ! Kenapa tak cakap nak balik ? "Mia memuncungkan bibirnya .Ya, Mia memang manja dengan abang2 nya . Hal kecik pon nak jadi rajuk .

"Surprise lah adik ku sayang ! Ishh ! " Akiff mengetuk manja kepala adiknya .

"Aduh ! sakitlah bang ! " Mia menggosok kepalanya walaupon tidak lah sesakit mana . Cuma tulah ... Manja ! Akiff menghulur tangan kepada ibunya untuk bersalam .

"Assalamualaikum ..." Mia menoleh .

"Akak !!! " Mia memeluk erat tetapi tidak seerat memeluk abangnya tadi kerana perut kakak iparnya tu berisi .Hehe ...

"Adik! jangan nak peluk kuat sangat eh ... nak abang ketuk kepala adik lagi ke ? " risau betol Akiff melihat isterinya itu dipeluk oleh adiknya .

"Adik tahulah..." Mia hanya beriak selamba lalu didukungnya Aqil, anak sulung abang Akiff yang baru berusia 2 tahun . Diciumnya Aqil bagai tidak mahu lepas . Sangat comel. Geram !

Akiff hanya menggeleng perlahan melihat perlakuan adiknya . Ishh! dah nak kahwin tapi perangai macam budak2 !


***********************

Mia melayan tetamu yang hadir dan disertakan dengan senyuman . Harini adalah hari 'bahagia' buatnya . Mia selamat diijab kabulkan seawal pagi tadi . Ya, dia telah sah menjadi isteri kepada Raykal hanya dengan satu lafaz sahaja . Mia mencari kelibat Raykal . Dia musykil dengan perubahan Raykal dua tiga hari lepas . Sikapnya yang baran dan kata2nya yang pedas sangat menusuk sekeping hati miliknya itu . Namun , harini perangainya sangat manja dan tidak lekang senyuman dari bibirnya . Apalah nasib dapat suami banyak version ni ? haihh ...

Tiba2 seseorang merangkul pinggangnya dari belakang . Terkejut dek rangkulan itu Mia segera menoleh untuk melihat gerangan yang berani memegangnya sebegitu . Mia membuntangkan mata lalu ingin melepaskan diri dari lelaki itu . Namun ,makin erat rangkulan itu .

"Sayang nak pergi mana...?" suara itu bagai berbisik di telinganya . Terdengar deru nafasnya . Mia mengeraskan dirinya tika ini ,meremang bulu romanya mendengar suara menggoda itu . Monyet ni panggil aku 'sayang' ?

"Err..." Mia kehilangan kata2 .Mahu saja dia menjerit untuk dilepaskan tika ini . Namun apabila teringat bahawa majlis ini adalah majlisnya dia membantutkan saja niatnya . Akhirnya Mia pasrah .

Terlihat tiga orang lelaki berjalan ke arahnya . Mia mengalihkan pandangan ke arah lain . Hatinya terdetik 'kawan2 monyet kot ...'

"Woi bro ! senyap2 eh kau . Bukan nak bagitahu aku pon .Nak kahwin baru bagitahu . Apa punya membe ah kau ni ..."

"Mana nak share dah ni . Dah bahagia lah katakan ."

"Tapikan bro . Lawa ahh sumpah ! carikanlah aku satu ."

Mia hanya mendengar bait2 kata dari kawan suaminya itu . Semuanya sama jer , tak boleh pakai !

"Haa kalau nak sangat , cari sendiri . Dia ni pon susah nak cari tahu tak ? " kedengaran suara Raykal pula .Ceh ! bila masa pulak hang gi cari aku nii ? herggh nonsense !

Mia memberi isyarat untuk dilepaskan . Raykal hanya membuat tidak tahu dan mengisyaratkan untuk berkenalan dengan kawan2nya . Mia mengeluh .

"Wei , nii ha nama isteri aku Mia ." Raykal memperkenalkan diri bagi pihaknya .

"Wah cantik nama macam empunya badan . By the way nama saya Hakim," Raykal menjeling .

"Eyy ni isteri aku tau Kim, jangan nak mengada ." Mia hanya membalas dengan senyuman .

Lelaki yang disebelahnya pula tersenyum manis "Nama saya Faizal ," Mia hanya membalas dengan anggukan .

"Yusuf," lelaki itu hanya senyum sekilas . Eh nampak macam sombong yang ni ...hm tak kisahlah .

Dilihatnya jam ditangan suaminya ,sudah pukul 4.30 petang ? Aduhh dah masuk waktu asar . Majlis pon sudah hampir habis . Para tetamu juga beransur pulang . Yang tinggal hanya sedara mara yang masih mengemas .

Mia memberi isyarat kepada Raykal ingin membisik . Raykal merendahkan badannya almaklumlah dia ni tinggi orangnya . "Awak ,saya nak masuk dalam .Nak solat ,may I ? " Raykal hanya tersenyum dan menunjukkan pipinya . Mia hairan dan mengisyaratkan 'kenapa?' . Raykal merengus dan terus mencium pipi Mia . Merona merah pipinya tika ini . Yelah ,dihadapan kawan2nya ! Ishh ! Kemudian Raykal melepaskan rangkulan dan membiarkan Mia pergi .

Mia terdengar gelak tawa kawan2 suaminya itu . Ish mamat ni tak tahu malu langsung ! Lalu dia terus masuk ke dalam bilik untuk mandi dan solat...


*************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience