Chapter 3

Other Series 2495

Bab 3
Because Of You !

Raykal tersenyum seorang diri . Bagaikan orang yang sedang dilamun cinta . 'No ! takkan aku dah jatuh cinta kot ?! No way !'

'Iye , kau jatuh cinta . Tak payah tipu diri sendiri lah . ' hati nya seperti berbisik .

"No !!!" Raykal menjerit menafikan perasaannya .

"Woi kal ! Agak2 lah nak jadi gila pon . Aku taknak kau jadi gila ,bro !" kata Zikri setelah berlabuh atas kerusi di hadapan rakannya itu . Bingung dia saat ini, setahunya rakannya itu sibuk dengan kerja . Jarang sekali nak stress semua ni . Yang paling mengejutkan adalah bila dia melangkah masuk saja ke dalam pejabat rakannya ini , dia mendengar jeritan seperti orang tidak waras .

Raykal yang terdengar suara terus mendongakkan kepala . Huff ! Zikri ni memang tak reti nak bagi salam ke ? Ketuk dulu ke ? haih...

"Kau ni takda adab ke masuk pejabat orang ? Ketuklah dulu . Nak afdhal lagi bagi lah salam ke ? Tu pon aku nak kena ajar ke ? "

Zikri memandang dengan riak jelas kelihatan yang dia tidak berpuas hati . "Oi mangkuk ! Aku dah banyak kali dah ketuk tahu tak ? Sampai lenguh tangan aku nii ha ! ." kata Zikri sambil menunjuk tangannya.

Raykal hanya mencebik dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi .
"Kal ! " jerit Zikri secara tiba2 .

"Ishh ! kenapa kau ni ?! . Tak payah lah nak main sergah2 . Heshh ! " sungguh dia tidak berpuas hati saat ini . Menganggu konsentrasi aku jer .Huff !

" Hehe ... sorry ! . Bukan apa aku terkejut , kenapa tangan kau berbalut ni ? " Zikri tersengih .

" Hmmm..." malas mahu melayan Zikri .

" Kal ! Aku tanya kau ni ! " berang Zikri apabila soalannya tidak dijawab .

" Ishh kau ni ! Aku nak buat kerja lah ! Tangan aku ni haa terkena pisau sikit , "

"Ooooo..."

Zikri berfikir sesuatu .

"Kal !! "

Kali ini Raykal membaling pen ke kepala Zikri . Geram apabila Zikri suka menyergahnya . Kalau tiba2 kena heart attack macam mana ? minta dijauhkan lah ...

"Aduhh ! sakitlah kepala aku ngok ! Kau nii....aku nak tanya pasal PA kau tu ."

Raykal menjeling tajam . Memahami maksud kawannya itu .

"Haa ... kenapa ngan dia ? " tanya Raykal acuh tak acuh .

Zikri sengih penuh makna " Aku tengok makin lama , makin lawa eh dia tu ? Tak macam first2 dulu ...HAHAHAHAHA ! " Zikri tidak mampu menahan tawanya apabila teringat PA kawan baiknya itu tika dulu .

" Amboi kau ! bukan main lagi menghina orang , entah2 dia tu jadi bini kau . Kau nak ? "

Zikri berfikir sejenak .

" Kal ! "

Kali ini Raykal betol2 hilang sabar ." Kau memang nak kena tumbuk dulu ke ,baru kau faham bahasa .haa?! Aku kata jangan sergah kan ! " Raykal sudah menggepal penumbuknya .

" okay, okay . Chill bro , aku cuma nak mintak tolong kau . Aku macam berkenan lah dekat PA kau tu . Lawa fuhh ! " Ya, memang dia sudah lama menyimpan perasaan pada Amalia merangkap PA kawannya itu . Cuma , menunggu masa yang sesuai saja untuk meluahkan .

Timbul idea jahat di fikiran Raykal . Hehe ...

" Kau nak dekat dia ? Aku rasa tak payahlah wei . Sebab si Amalia tu memang ramai peminat . Setiap hari dia dapat bunga .Aku pon tak tahu lah siapa yang bagi . Melepaslah kau ! " duga Raykal .

Tanpa balasan dari Zikri . Zikri terus ke luar dari pejabatnya . Raykal dengan riak terkejutnya dan selepas itu , hanya membiarkan saja . Dalam hati bersorak riang dapat mengenakan kawannya itu .


******************************

Farid merengus ! Dia sakit hati saat ini . Sapa laki tu ?!

"Argh !!! "

Tiba2 deringan telefonnya berbunyi .Dengan malas dia menjawab panggilan itu .Dengar suara tua dihujung talian .

"Waalaikumsalam, Mama "

" Buat apa ,ma ? Farid malas lah . Nanti mesti jumpa papa kan ? Ishh ! tak sukalah ,ma "

"Ha iye lah . Ye , nanti Farid balik . "

"Love you too . Bye , waalaikumsalam ."

Farid baring di sofa . Ingin saja dia melupakan masalah nya . Lalu dia tertidur .


************************

Mia turun ke bawah kerana bosan duduk di biliknya . Dia mencari kelibat Amalia . Akhirnya, dia nampak Amalia sedang termenung di ruang tamu . 'Mesti ada masalah ni !'

"Lia !!! "

Terhinjut bahu Amalia akibat terkejut dengan sapaan housematenya itu !

"Ish ! Kau ni !" Amalia menepuk manja peha Mia .

Mia hanya tersengih . " Cerita lah ! "

"Cerita apa ?!" pelik dia dengan Mia . Datang2 suruh orang bercerita pulak .Huh...

"Eleh , aku tahu kau ada masalah . Cepatlah cakap , aku nak dengar ni "

Amalia mengeluh "Aku tak tahu lah nak cakap macam mana ..."

Mia memandang Amalia " Kan kita dah janji , tak ada rahsia antara kita , kan ? "

Amalia mengangguk laju . " Tapi ...."

"Takda tapi2 , sekarang kau kena cerita cepat ! "

Amalia menarik nafas dalam2 ,membuang rasa gementar di dalam diri sebelum memulakan cerita .

" Ada orang ajak aku kahwin ..." perlahan saja Amalia menuturnya . Namun , cukup jelas di pendengaran Mia . Membulat mata Mia tidak percaya akan penjelasan kawannya itu !

"What ?! Seriously ? Kau tak buat lawak kan ?! " cukup dengan gelengan Amalia mampu membuat Mia meloncat kegembiraan .

"Tapi ..." terhenti tawa Mia ...

" Tapi apa ? Apa masalahnya ni ?..." Mia bertanya lembut seakan memujuk .

"Tapi ... aku tak jumpa lagi family aku ..." Amalia memeluk Mia dan menangis seesak2 nya.

" Eh ! apa kau cakap ni ?! Aku kan keluarga kau ..." kata Mia sambil mengusap kepala Amalia .

"Thanks..."

"For ? "

" Always be my side . Being my family . Bagi aku rasa macam mana rasa bahagia . Ada waktu susah dan senang . Men..."

"Dah , aku taknak dengar apa2 dah dari kau . Sekarang ni aku nak tanya . Sapa laki tu ? And how ? "

Amalia tersenyum dan memulakan cerita ....


*********************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience