Chapter 5

Other Series 2495

Bab 5
Because Of You !

Zikri memetik2 jari di hadapan muka Raykal ." Woi, woi . Kau menung apa tu ? "

"Aku nampak PA aku lah ,bro "Zikri sudah gelak ! Kali ini dia takkan tertipu dengan fikiran bangang kawannya ni nak kenakannya .

"Kau tak payah nak kenakan aku lah, Raykal . Aku tahu kau nak khianat aku kan ? " Raykal hanya membiarkan Zikri dan berlalu menuju ke arah tempat yang dimaksudkan itu .

"Woi ,Kal ! Janganlah tinggal aku ! " Setelah meletak RM 10 di atas meja . Dia terus berlari mendapatkan Raykal .


**************************

"Lepaslah ,Farid ! " Mia meminta dilepaskan .Jantan ni kan memang nak kena dengan aku ! Dengan kudrat yang masih dia ada , Mia menyepak kaki lelaki itu dengan sekuat hati !

Farid melepaskan pegangan tangannya terhadap Mia dan menggosok kaki nya . Aduh ! sakitnya perempuan ni tendang .

Mia mengambil kesempatan untuk berlari ke arah Amalia yang hanya memerhati kerana tidak berani untuk melawan .

" Mia , I'm sorry . Okay ? I tak bermaksud pon nak curang dengan you . I tengah stress waktu tu . I perlukan seseorang yang boleh temankan I . Please ,Mia . I'm begging you . I need you . You don't know how much I love you , sayang ....."

"Sapa kata aku tak tahu ? Aku tahu , perasaan sayang kau dekat aku cuma sekecik kuman jer ! Pergilah kat perempuan tu ! Dia lagi bagus dari aku . Pergilah ,Farid... Please, Jangan ganggu aku lagi ." Nada Mia sudah bertukar sebak . Sebak menahan tangis waktu ini . Dia tidak mahu menangis depan lelaki ini .Baru saja dia nak pergi . Farid meraih tangannya dan digenggam erat .

"Please, Mia... Give me a second chance ," Rayu Farid lagi .Amalia hanya diam tidak mahu lebih merosakkan lagi keadaan .

"Lepaslah , Farid ...." sayu kedengaran suara Mia .

"Bro, orang tak nak jangan paksa ...." Seorang lelaki menepuk bahu Farid dari belakang . Ketiga2 mata tersebut memandang lelaki itu .

Disebabkan Farid terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut . Mia mengambil peluang ini untuk merentap tangannya lalu menarik Amalia ke belakang lelaki itu .

" Lia..." Amalia menoleh . Membulat matanya memandang lelaki ini .

"Zikri ? " Zikri hanya tersengih .

"Kau ni sapa ha ?! " geram Farid apabila ada orang sibuk akan hal nya .

" Aku ni..." Tak sempat lelaki itu menyambung kata2nya , Mia terlebih dahulu berkata.

" He's my future husband . Please , I'm begging you . Stop disturbing my life . By the way , I don't love you anymore . I hate you so much ! "

Mereka berempat terkejut dengan statement Mia . What ? Future husband ?! .

"Mia ..." rayu Farid lagi . Dia amat kecewa ketika ini . Dia menyesal curang dengan Mia . Arghh !!!

"Jom !" Mia memaut lengan lelaki tersebut dan berlalu pergi . Lelaki itu hanya membiarkan saja dan menurut langkah Mia .

Zikri dan Amalia terpinga2 dan hanya membuntuti langkah mereka berdua .


***************************

Setibanya di KFC Mall ......

Mereka mengambil tempat dan Zikri beratur untuk memesan makanan .

"Ehem.." berdehem lelaki itu .Kedua2 gadis itu memandang lelaki itu . "Any explanation ? Amalia ? Awak ? "

"Tengku ... Ni kawan saya , Mia ."
"Mia ....Ni bos aku , Tengku Raykal ."

Dua2 hanya tersenyum .

" Saya mintak maaf sebab libatkan awak tadi . Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi ."Mia tersenyum .Amalia pelik 'Lagi ?!'

"Takpe , saya kan FUTURE HUSBAND awak. Hehe..."sengaja Raykal menekankan perkataan 'future husband ' tu dan tersengih .

" Saya mintak maaf sekali lagi ," ujar Mia rasa bersalah .Zikri tiba dengan membawa makanan yang dipesan .

"Amalia..."panggil Zikri .

"A...ada apa ? " ucap amalia gagap .Zikri hanya tersenyum melihat balasan dari Amalia .

"Takda apa . Hehe... Cuma saya nak tahu bila saya boleh masuk meminang ? " kata Zikri nakal .

"Ha?! " tanya Raykal dan Mia serentak . Amalia hanya tunduk . Malu ! 'Aduh! Zikri ni pon . Agak2 lah .'

"Lia...You owe me an expalaination ." ucap Mia tegas ! .

"Err...Ni haa laki yang propose aku tu .." bisik Amalia ke telinga Mia .

"What ?!" jerit Mia tiba2 .Terkejut dua jejaka dihadapannya itu .Berubah terus muka Mia menjadi tegas .

" Sapa nama ?!" tanya Mia kepada Zikri dengan nada yang serious . Kecut perut Zikri dibuatnya . Raykal menahan tawanya melihat Zikri yang sedang ketakutan itu .

"Zik...Zikri ," Mia tersenyum lalu mengangguk .Zikri memandang pelik . 'Aik? tadi serious ...Ni senyum pulak ? Aduhh !'

"Kau boleh ke jaga Lia ?"

"Ha?..."

"Aku tanya , kau boleh ke jaga Lia ?!"geram Mia apabila dia perlu mengulangi soalannya .

"Bo...boleh, Insya Allah," jawab Zikri gagap lagi . Raykal tersenyum . 'Boleh tahan juga minah ni '

"Ha ...nah ," Mia menghulurkan satu keping kad .Zikri mengambilnya dengan pelbagai tanda tanya . ' Kad ape ni ? '

"Ni alamat rumah mak bapak aku ," Kata Mia memahami apa yang berada didalam fikiran lelaki bernama Zikri itu .

"Ha? Kenapa rumah mak ayah kau ? Aku nak kahwin dengan Amalia," kata2 Zikri itu membuat Amalia dan Raykal ketawa .Mia tersenyum sinis .

"Kenapa ? takut nak kahwin dengan aku ? " soalan Mia itu mampu mendiamkan mereka berdua yang sedang ketawa .

"Aah ...eh tak maksud aku, aku ni kan nak kahwin dengan Amalia ,"

Mia akhirnya ketawa . HAHAHAAHAHA ... Amalia hanya tersenyum . Dia tahu kawannya sedang memainkan lelaki itu . Mia... Mia...

"Kau ni kelakar tahu tak ? Kau nak kahwin dengan Lia tapi kau tak tahu pon keluarga dia sapa ? Dia ada berapa adik beradik ? Ha kau tahu ke ? "

"Err.. tak," jawab Zikri jujur .

"Tulah .. lain kali selidik dulu latar belakang dia , bukan main sapu jer ." geleng Mia perlahan .

Zikri hanya menggosok belakang tengkuk nya . Aduh ! salah nya juga , main redah saja . Ni semua Raykal punya pasal.

Mia tersenyum .

' Akhirnya ,aku dah jumpa yang sesuai untuk kau ,Lia .' Syukurlah ...


***************************

Share this novel

Noraisyah Ishak
2019-11-13 22:39:41 

sambung lg yer...best cite ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience