Bab 7
Because Of You !
Mia memakirkan kereta Audi TT nya di dalam garaj . Sungguh lenguh dia memandu walaupon takdalah jauh mana rumahnya dengan rumah ibu bapanya . Mia memandang Amalia di sebelah lalu dia tersenyum .
"Lia..." panggil Mia sambil menepuk perlahan bahu Amalia.
Amalia membuka mata dan memisat2 matanya . " Dah sampai ke ? "
Mia hanya mengangguk lalu keluar dari keretanya . Dia melihat sekeliling rumah . Tiada apa yang berubah walaupon setahun meninggalkan rumah agam ini .
Mia memberi salam dan terus masuk ke dalam rumah . Mia mencari mommynya . Akhirnya , dia lihat mommynya dia di dapur .Dengan senyap Mia melingkari tangannya di pinggang ramping Mommynya itu . Terkejut Puan Sri Siti Alicia . Namun apabila melihat gerangannya, Puan Sri itu terus tersenyum .
"Assalamualaikum, Mommy " kata Mia sambil mengucup pipi mommynya .
"Waalaikumsalam , anak mommy " kata Puan Sri Siti Alicia sambil mencuit hidung anak manjanya itu .
"Hehe...rindunya Lynn dekat mommy ," tersenyum Puan Sri Siti Alicia mendengar luahan anaknya .
"Mommy juga, haa dah dah pergi mandi , solat. Buat lah apa yang patut . Lepastu turun makan .Sebab Mak Yah kamu tu dah nak siap masak dah . Eh anak mommy lagi sorang mana ? "
Mia menyengih dan terus ke keretanya . Mia mengetuk cermin kereta dia sebelah pemandu . Lia tersedar dan terus keluar kereta .
"Mommy cari kau . Kau pergi dapur sana tu , mommy tunggu ,"
Lia mencapai begnya dan terus masuk ke dalam . Begitu juga dengam Mia ....
**************************
"You , kalau kita ada anak nanti . You nak laki ke perempuan ? " si gadis bertanya .
" I tak kisah . Asalkan you selalu ada dengan I ." ujar si lelaki pula diiringi dengan tawa si gadis .
"Kalau I takda nanti . You janji dengan I . You takkan mengalah untuk hidup dan teruskan hidup . As I say before . If you happy , I pon akan happy jugak ."ujar si gadis tulus .
"You janganlah cakap macam tu , sayang . I sayang sangat dekat you . Please , don't leave me . I need you ."kata si lelaki .
"Alololo, you janganlah macam ni . Kalau betollah you sayangkan I . You teruskan hidup you . Okay ? " kata si gadis bagai memujuk .
Dengan terpaksa lelaki itu hanya senyum . "Hm..."
Farid mengingati kata gadis itu . Ya ,gadis itu adalah Mia . 'Mia, I need you . Macam mana I nak teruskan hidup tanpa you .I menyesal sangat . Sepatutnya I fikir perasaan you .hm..."
****************************
Tok ! Tok !
Sedang ralit melihat laman twitternya . Amalia memandang ke arah pintu biliknya . Mia menjenguknya lalu menutup pintu . Setelah Mia baring di sebelahnya ,Amalia merasakan ada sesuatu yang nak disampaikan oleh Mia .
"Mia..."
"Hm...?"
"Kau ada nak cakap sesuatu kan ? " duga Amalia . Mia terus duduk menghadap Amalia .
"Kalau aku cakap ni , kau jangan terkejut eh ?" Amalia sudah rasa jantungnya berdegup laju .
Mia menyambung katanya "Ada orang datang ," Amalia masih menunggu dengan sabar apa yang nak dikatakan oleh Mia .
"Satu rombongan ..." waktu ini Amalia sudah menjangkakan apa yang akan dikatakan oleh Mia .Jangan -jangan ....
"Diorang masuk meminang kau ," bagai terhenti jantungnya saat ini .Ya allah !
" Sa...Sapa ?"
"Zikri ..."
"Hm , kau rasa tu pilihan yang tepat ke ? Betol ke ni ,Mia ? "
"Aku rasa tu yang terbaik untuk kau . Aku dah selidik latar belakang keluarga dia . Kau jangan risau ,okay ? " terkejut Amalia .'What?! dah selidik latar belakang keluarga ?! serius ?!'
Amalia terus memeluk Mia . Mia membalas pelukan kawannya itu .
" Aku sayang kau , Mia ."
"Aku pon ,"
***********************
Mia dan Amalia turun ke ruang tamu menempatkan satu perbincangan penting . Ya , mengenai perkahwinan Amalia .Tiba -tiba....
"Assalamualaikum..." jerit satu suara dari luar .
"Mak Yah , tolong tengok siapa yang datang ," arah Puan Sri Siti Alicia .Mak Yah membalas dengan anggukan .
"Tan sri , seorang lelaki nak jumpa dengan Tan sri ." ucap Mak Yah setelah masuk ke dalam rumah . Tan sri hanya mengangguk dan terus keluar .
Tan sri menjemput pemuda itu masuk . Apabila mata pemuda itu bertentang dengan Amalia . Jantung Amalia bagai terhenti . Tak mungkin ....
Para tetamu juga turut memandang Amalia dan pemuda itu .Hati Zikri panas saat ini . Api cemburu menguasai dirinya . 'Sapa laki ni ?! Arghhh!!'
Amalia terus berlari mendapatkan pemuda itu . Dia memeluk erat bagai tidak mahu melepas kan . Dia menangis semahu-mahunya di dada bidang lelaki itu . Dia tidak ambil kisah orang sekeliling. Dia amat merindui lelaki ini .
Lelaki itu membalas pelukan Amalia dan mengusap kepala gadis itu . Adegan itu membuatkan Zikri benar2 hilang sabar . Dia terus meluru keluar . Tidak sanggup melihat 'gadisnya' memeluk lelaki lain .
"Adik..." Hasif cuba meleraikan pelukan lalu mengusap pipi adiknya yang basah dengan air mata .
"Kenapa , abang ? Kenapa baru sekarang ? Adik rindu sangat dengan keluarga kita ,bang . Kenapa papa ngan mama tinggal adik ? " kata Amalia sambil menggosok matanya .
"Shh... jangan nangis . Tak malu ke orang tengok ? " kata Hasif apabila melihat semua mata memandang kearahnya .
Tan sri hanya tersenyum dan memberi isyarat supaya naik ke bilik . Amalia dan Hasif hanya menurut .
"Di mana kita tadi ? " soal Tan sri setelah duduk kembali dia atas sofa . Mereka menyambung kembali pebincangan ...
*************************
Share this novel