Chapter 4

Other Series 2495

Bab 4
Because of You !

Di lapangan terbang .....

"Huff lamanya tak hirup udara Malaysia ni ! Rindunya ! " Dia pulang ke malaysia hanya satu matlamat . Mencari suatu yang hilang . Ya, dia perlu mencarinya....

Macam mana ye nak cari ? Ahh takpelah , check in hotel dululah . Ngantuknya ....


***********************

Amalia duduk ditempat duduknya untuk menyambung kerja yang tertangguh . Fail projek di Pulau Tioman itu diambil lalu disemak dengan teliti .

"Nah...."

Amalia mengangkat sedikit kepala bagi melihat gerangan yang menghulurkannya bunga itu .

"Apa ni ? " tanya Amalia bagai orang bodoh .

Zikri menepuk dahinya " Ni bunga lah , sayang . Takkan awak tak tahu kot ? Yela, awakkan selalu dapat bunga . Mana lah awak nak dengan bunga yang saya nak bagi ni . Dah naik lenguh tangan saya hulur bunga ni ." kata Zikri bernada merajuk berbaur gurauan .

Amalia terpana 'erk, sayang ?!' Namun , diambil juga bunga itu dari tangan Zikri .

" Eh ! Bila masa pulak saya dapat bunga ? Saya tak pernah dapat lah . Last saya dapat waktu darjah enam haa ." jawab Amalia polos .

" Ha?! serious ?" Amalia hanya mengangguk. 'Kau memang nak kena penumbuk sulong aku ni ,Kal !! '

" oh okaylah ,sayang . Saya jumpa Raykal jap . Bye !" Zikri melambai tanggannya ke arah Amalia .Amalia bagai nak gugur jantungnya saat ini . Aku dah jatuh cinta ke ?! Oh no ....


****************************

Dengan malas dia memberi salam ."Assalamualaikum ! "

Di depan pintu muncul pembantu rumah itu . "Waalaikumsalam , cari siapa ya ? "

"Pembantu rumah baru ye ? Saya Farid , anak dato' dan datin " Pembantu rumah itu hanya mengangguk dan membenarkannya masuk .

"Tuan Farid duduk dulu ye ? Saya panggilkan Datin ." Farid hanya mengangguk . Sementelah itu , dia melihat dekorasi rumah itu . Hm sudah diubah suai . Yalah , dia keluar dari rumah ini sudah hampir 3 tahun .

"Ya Allah ,Farid ! Anak mama ! " Datin Faralina segera memeluk anaknya itu . Rindu yang teramat sangat . Yelah ,Farid satu-satunya anaknya .

"Mama , rindu Farid ..." sayu saja dipendengaran Farid . Dia pon rindu mamanya juga . Namun , peperangan yang dilancarkan antaranya dan papa... dia sudah tidak tahan dan keluar dari rumah tersebut .

"Miss you too , ma ..." Mendengar ayat itu ,Datin itu tersenyum dan meleraikan pelukannya .

"Ada apa2 ke mama nak jumpa Farid ni ? "Datin Faralina tersenyum .

"Salah ke nak jumpa anak mama ? Mama rindu sangat dengan anak mama yang sorang ni ,"

"Tak salah mama, tapi tiba2 aja ?" Yelah kan ? sudah hampir tiga tahun tidak berhubung . Pasti ada sesuatu yang penting .

"Hm okay lah , sebenarnya macam ni ....."


*********************

"Kenapa ni , kau ada masalah ? " Mia memandang wajah Amalia yang seperti kusut memikirkan masalah yang menghadapinya .

"Pejabat aku buat Majlis makan malam hujung minggu ni ...." Akhirnya, Amalia mengeluh .

" Then , what's the problem ? " Mia memandang pelik . Makan malam je kot ...

"Zikri nak aku jadi partner dia ..." Mia sudah hampir tergelak .

"Lah kau . Jadi jelah partner dia , Ape susah ? " Mia bantai gelak. HAAHAHAHAHA ....

"Kau ni , aku ni kan PA Tengku tu . Tengku tu dahlah takda girlfriend . Lagipon setiap Majlis makan malam mesti aku yang jadi partner dia . Dia pon tak tahu yang aku ni akan berpartner dengan si Zikri tu "

"Ohhh...." hanya itu yang mampu diluahkan Mia .

"Mia....." Amalia senyum penuh makna .

"Ha dah dah . Tak payah nak buat muka comel kau tu . Kau cakap je terus apa yang kau nak ...." Mia sudah agak akan hal ni .

"Hehe...Aku nak kau teman aku pergi Majlis makan malam tu boleh ? Kau boleh berkenalan dengan Tengku tu . Kalau sangkut , rezeki kau lah sebab dia tu tak pernah ada girlfriend dan setia pulak tu . Bukan macam Farid tu ! "

Mia menjeling. " Tak boleh .Kau tak payah lah nak sebut nama jantan tak guna tu ! Lagipon beb , aku ni dah malas dah nak bercinta ."

Amalia sudah mula buat muka kasihannya . "Please...." Amalia merayu lagi .

"Ishh ! Yela yela . Aku ikut . Tapi aku nak pergi pakai apa ? Aku dah lah takde baju gaun semua tu .Kalau ada pon , dah singkat dah haa ,"

"Good, sekarang kau siap kita pergi Mall . Cepat ! "Amalia sudah berlari naik ke biliknya .

Mia hanya menurut , dengan malas dia pon bersiap ...


*************************

Zikri memetik2 jari di hadapan muka Raykal ." Woi, woi . Kau menung apa tu ? "

"Aku nampak PA aku lah ,bro "Zikri sudah gelak ! Kali ini dia takkan tertipu dengan fikiran bangang kawannya ni nak kenakannya .

"Kau tak payah nak kenakan aku lah, Raykal . Aku tahu kau nak khianat aku kan ? " Raykal hanya membiarkan Zikri dan berlalu menuju ke arah tempat yang dimaksudkan itu .

"Woi ,Kal ! Janganlah tinggal aku ! " Setelah meletak RM 10 di atas meja . Dia terus berlari mendapatkan Raykal .


**************************

"Lepaslah ,Farid ! " Mia meminta dilepaskan .Jantan ni kan memang nak kena dengan aku ! Dengan kudrat yang masih dia ada , Mia menyepak kaki lelaki itu dengan sekuat hati !

Farid melepaskan pegangan tangannya terhadap Mia dan menggosok kaki nya . Aduh ! sakitnya perempuan ni tendang .

Mia mengambil kesempatan untuk berlari ke arah Amalia yang hanya memerhati kerana tidak berani untuk melawan .

" Mia , I'm sorry . Okay ? I tak bermaksud pon nak curang dengan you . I tengah stress waktu tu . I perlukan seseorang yang boleh temankan I . Please ,Mia . I'm begging you . I need you . You don't know how much I love you , sayang ....."

"Sapa kata aku tak tahu ? Aku tahu , perasaan sayang kau dekat aku cuma sekecik kuman jer ! Pergilah kat perempuan tu ! Dia lagi bagus dari aku . Pergilah ,Farid... Please, Jangan ganggu aku lagi ." Nada Mia sudah bertukar sebak . Sebak menahan tangis waktu ini . Dia tidak mahu menangis depan lelaki ini .Baru saja dia nak pergi . Farid meraih tangannya dan digenggam erat .

"Please, Mia... Give me a second chance ," Rayu Farid lagi .Amalia hanya diam tidak mahu lebih merosakkan keadaan .

"Lepaslah , Farid ...." sayu kedengaran suara Mia .

"Bro, orang tak nak jangan paksa ...." Seorang lelaki menepuk bahu Farid dari belakang . Ketiga2 mata tersebut memandang lelaki itu .

Disebabkan Farid terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut . Mia mengambil peluang ini untuk merentap tangannya lalu menarik Amalia ke belakang lelaki itu .

" Lia..." Amalia menoleh . Membulat matanya memandang lelaki ini .

"Zikri ? " Zikri hanya tersengih .

"Kau ni sapa ha ?! " geram Farid apabila ada orang sibuk akan hal nya .

" Aku ni..." Tak sempat lelaki itu menyambung kata2nya , Mia terlebih dahulu berkata.

" He's my future husband . Please , I'm begging you . Stop disturbing my life . By the way , I don't love you anymore . I hate you so much ! "

Mereka berempat terkejut dengan statement Mia . What ? Future husband ?! .

"Mia ..." rayu Farid lagi . Dia amat kecewa ketika ini . Dia menyesal curang dengan Mia . Arghh !!!

"Jom !" Mia memaut lengan lelaki tersebut dan berlalu pergi . Lelaki itu hanya membiarkan saja dan menurut langkah Mia .

Zikri dan Amalia terpinga2 dan hanya membuntuti langkah mereka berdua .


***************************

Setibanya di KFC Mall ......

Mereka mengambil tempat dan Zikri beratur untuk memesan makanan .

"Ehem.." berdehem lelaki itu .Kedua2 gadis itu memandang lelaki itu . "Any explanation ? Amalia ? Awak ? "

"Tengku ... Ni kawan saya , Mia ."
"Mia ....Ni bos aku , Tengku Raykal ."

Dua2 hanya tersenyum .

" Saya mintak maaf sebab libatkan awak tadi . Saya tak sangka dapat jumpa awak lagi ."Mia tersenyum .Amalia pelik 'Lagi ?!'

"Takpe , saya kan FUTURE HUSBAND awak. Hehe..."sengaja Raykal menekankan perkataan 'future husband ' tu dan tersengih .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience