Chapter 10

Other Series 2495

Bab 10
Because Of You !

Farid tiba di lapangan terbang . Kali ini dia betol2 nekad ingin meninggalkan Malaysia .Sakit hatinya tidak mampu di tahan lagi kerana mengetahui gadisnya akan berkahwin . Ya ,dia akan pulang ke UK . Tempat dimana pertama kali berjumpa dengan Mia .

Selepas menaip sesuatu dia skrin i-phone 5 nye , dia segera memasuki kapal terbang .

Twitt ! Twitt !

Mia yang sedang ralit menonton drama kegemarannya , mencari dimana i-phone 6 nya . Setelah jumpa , dia membuka aplikasi whatsapp .Tertera nama Farid . Mia dengan berat hati menekan nama lelaki itu . Dia membaca mesej tersebut ...

' Assalamualaikum ,Mia .I nak mintak maaf atas apa yang terjadi dan segala kesalahan I selama kita berkenalan . I menyesal sangat setelah apa yang I lakukan pada you . I memang sayang dekat you . Tapi mungkin kita tiada jodoh . Mungkin waktu you baca mesej ni ,I takda lagi dekat Malaysia .Ya ,I akan ke UK . I nak ke sana sebab dekat sanalah I kenal you , I jatuh cinta dengan you . By the way, congratulation with your wedding .I tak dapat nak pergi . Mungkin I menetap ke sana lama . Bye Mia . Thanks for everything =)'

Mia menahan air matanya daripada mengalir . Farid ....


**************************

"Mia kita nak pergi mana? " yalah kan ? dari tadi mereka senyap saja . Amalia seperti rasa nyawanya nak tercabut duduk disebelah Mia tika ini . Mia tidak pernah bawa kereta selaju ini . Aduh ! Ya Allah selamatkan lah aku !

"Mia !!" Mia terus membrekkan kereta nya. Bunyi geseran tayarnya pada jalan tar . Nasib baiklah tak banyak kereta waktu ni . Kalau tidak pasti berlanggar dengan kereta belakang .

"Apa ?! Aku kan tengah drive ni ! Tak payah lah main sergah2 aku ! Hesh ! Kau nii !" Mia meluku kepala Amalia . Ha! puas hatinya . Setelah itu dia kembali menyusurkan keretanya di jalan raya .

"Aduh! sakitlah mangkuk ! Dahtu yang kau pergi bawak kereta laju macam nak race ni kenapa ? Rasa macam nak tercabut nyawa aku ."Mia hanya diam .

"Tak sempatlah nak kahwin nanti kalau terlantar kat hospital ...." kata Amalia perlahan .Tapi cukup untuk Mia mendengarnya . Mia mencebik .

"Kau tahu kita nak pergi mana ?" soal Mia tiba2 .

"Kalau aku tahu , aku tak tanya cik Mia oii," Baru saja Amalia rasa ingin mengetuk kepala Mia namun niatnya dibantutkan kerana Mia berhentikan keretanya di tepi jalan .Tanpa berkata apa2 ,Mia terus keluar daripada kereta . Amalia juga keluar daripada kereta .

"Mia , kau ada masalah apa pulak kali ni ?"

"Hm..."

"Mia..." panggil Amalia bagai memujuk .

"Daddy..."

Mia menarik nafasnya sebelum menyambung "suruh aku jumpa Rafiq monyet tu ..." kemudian ,Mia mengeluh .

Amalia menggosok perlahan bahu kawannya "Bila ?" tanya Amalia .

"Sekarang ..." terlopong Amalia .Aduh! patutlah mangkuk ni bawak laju tadi .Huff !

"Habistu apa masalahnya ? pergi jelah ...."pujuk Amalia .

"Banyak masalah . Kalau aku jumpa dia mesti aku gaduh punya ..."keluh Mia untuk kesekian kalinya .

"Kau tak payah lah gaduh . Okay macam ni , aku ikut kau . Boleh ?" Kata2 Amalia hanya dibalas dengan anggukkan .

"Dah jom..." Amalia menarik tangan Mia masuk kedalam kereta . Mia hanya menurut dan tersenyum hambar .


***************************

Mia dan Amalia sudah ada di hadapan Restauran Horizen .Mereka masuk untuk mencari 'lelaki' itu .Katanya pakai baju warna hijau polo .Seluar pulak hitam .Mana dia ni ?

"Mia ,kau takda nombor telefon dia ke ? Call lah . Aku dah lapar ni ..." rengek Amalia .Mia menjeling .Minah ni kalau pasal makan !Memang tak boleh nak lawan ! .

"Aku ada tapi aku tak nak lah call ." Mia membuat muka selamba .

Amalia merampas i-phone 6 Mia .Membuka 'contact' dan mencari nama 'lelaki' tu .Ha! jumpa pon .What ?! Dia save nombor ni 'Rafiq Monyet' ? Ikut suka hati dia lah .Tanpa membuang masa Amalia menekan nama itu .Beberapa saat kemudian panggilan itu berjawab .

"Hello? Rafiq ke ni ?" Amalia memulakan perbualan .

"Ya ? Sapa ni ? " kedengaran suara garau dihujung talian .Wait ?! Macam aku kenal jer suara ni .

"Sa..." tidak sempat Amalia menjawab , Mia merampas i-phonenya daripada Amalia .

"Woi monyet ! Kau kat mana ha?! dari tadi tak nampak pon muka buruk kau !" kedengaran tawa di hujung talian .

"Wei ,macam mana lah kau nak kenal aku ? Kitakan dah lama tak jumpa . So, sekarang ni aku dekat tingkat atas .Cari yang handsome . Tulah aku . " tanpa membalas . Mia menarik Amalia ke tingkat atas .Mencari seseorang yang memakai baju hijau .

"Mia..."Amalia memanggilnya sambil menunjuk ke arah seseorang yang melambaikan tangan ke arah mereka .

"Tu Raykal kan ? " Mia menyoal .Amalia hanya mengangguk dan menariknya ke arah lelaki itu .

"Tengku buat apa kat sini ? " soal Amalia .

"Saya tunggu seseorang , korang ? " tanya Raykal sambil matanya memandang ke arah gadis bernama dihadapannya ini . Sangat cantik !

"Kitorang cari seseorang jugak ," jawab Mia selamba . Sudahlah geram dengan monyet ni !

"Mia, apa kata kau call lagi sekali ," Mia hanya menurut . Mia mencari nama lelaki itu dan terus menekannya .

Lagu Perfect by Ed sheeran kedengaran . Mia dan Amalia membalas pandangan .Jangan-jangan ....

"He...hello ?" gagap Mia memulakan perbualan .

Raykal membuat riak muka terkejut . What?! kemudian dia mematikan panggilan .

Kali ini suasana agak janggal antara mereka bertiga .

"Excuse me ,Encik Raykal ? What's your full name ?" soal Mia menahan amarahnya . Takkan dengan dia ni . Aduh !

"Tengku Rafiq Raykal bin Dato' Sri Tengku Rashdan , why ? " lelaki ini memandang sinis terhadapnya . Lah minah ni ke ? Lawa dah kau sekarang .

"What ?! Encik Raykal , seriously you're Rafiq ? " lepas terus amarahnya .

"Kenapa ? Kenapa kau terkejut sangat ? okay apa aku jadi 'Rafiq' kau ," sinis saja dipendengaran Mia . Ya Allah ! Mamat yang selalu selamatkan aku ni Rafiq ?! But ,why ?

"Haah ,saya memang terkejut . Yelah ,awak ni perangai macam monyet . Tapi bila mula2 kenal dengan awak , perangai baik gila nak mati . Look ,panggilan pon awak dah tukar kau-aku . Anyway , masin jugak eh mulut saya sebab saya kata awak ni FUTURE HUSBAND saya !" Mia memeluk tubuhnya ,sengaja ditekankan 'future husband' tu . Amalia sudah seperti cacing kepanasan .Macam mana ni ?!

"Kau sukakan kahwin dengan aku sebenarnya ? Makin besar makin berani eh mulut kau ?! " Raykal sudah bangun dari tempatnya .

"Haah, memang saya berani ! Buat apa saya nak takut dengan monyet macam awak ?! One more thing ,sapa kata saya suka kahwin dengan awak ? Berkahwin dengan awak adalah mimpi yang paling ngeri dalam hidup saya tahu tak ?!" kali ni suara Mia makin meninggi .

Dengan pantas Raykal menarik tangan Mia pergi ke tempat keretanya diparkir .Amalia hanya menjadi pemerhati . Mahu ikut jauh sekali kerana dia sangat takut saat ini .Ya allah , selamatkan lah Mia daripada Tengku tu .

Mia meronta-ronta meminta untuk dilepaskan ."Lepas lah monyet !" namun kudratnya sebagai perempuan tidak mampu melawan tenaga lelaki ini . Cengkaman dia ...Sakit !

Sampai saja di tempat parkir .Raykal menyandarkan Mia di kereta nya . Raykal meletakkan kedua-dua tangannya di sebelah kiri dan kanan Mia . Mia mulai cemas . Aduh ! Apa dia nak buat ni ?! Daddy tolong Lynn !

Mia menutup matanya apabila wajah Raykal semakin mendekat dengan mukanya sehingga terasa deruan nafas lelaki ini . Ya Allah !

Raykal mendekatkan bibirnya di telinga Mia yang dilitupi dengan shawl nya .

" Tadi kau kata kau tak takut kan ?Hm...?"

Makin mendekat Raykal ,makin menusuk bau minyak wangi Mia di ruang pernafasannya . Nafsu tiba2 menghantui dirinya . Mia memejamkan matanya . Tak sanggup melihat situasi nya sekarang ini .Rapat !

"Tepilah , Rafiq ....I'm begging you ,please..." rayu Mia .Raykal bagai tersedar dari 'mimpi' .Raykal jatuh kasihan pada Mia .Lagipon diorang tidak mempunyai ikatan yang sah . Dengan perlahan Raykal mengundurkan badannya kebelakang.Fuhh!

"Okay ,aku dah kebelakang ni . Bukak lah mata tu ..." perlahan2 Mia membuka matanya kemudian menghembus nafas lega .

"Tak payah nak rasa lega sangat . I'm not finish yet . Kalau kau balik rumah nanti , kau jangan terkejut sudah ..." dengan selamba Raykal berkata dan terus masuk ke dalam keretanya lalu meluncurkan keretanya di jalan raya .

'Terkejut buat apa ? huh ! nonsense ...'


***********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience