Aira berlari anak keluar dari kedai "Pfft hahaha Ya Allah .. Allah " Daniel cuba menahan dirinya dari ketawa besar .
"Kau ni Daniel tak baik lah " kata Afif dengan gelingan.
"Apa salah ke? tu baru sikit tau beruntung dia tak kena kawan dia je yang kena " sambung Daniel .
"Kau ni memang kejam"
"Kalau korang baik sangat korang tak ketawa tau tadi " balas jelingan Daniel kepada sahabatnya.
"Aku turut bersimpati kepada Aira,Wani dan sorang lagi makhluk Allah tu siapa?"
"Pendek or panjang"
"Panjang pun boleh"
"Nurul Balqis binti Dato Kamal"
"Dato Kamal ! Wei yang ada projek dengan Golden dengan Bapa kau tu kan Daniel " terkejut betul bila dengar nama tu .
"Kau tak takut ke nanti diorang tak join projek tu"
Siapa saja yang tak kenal Dato Kamal ,dia merupakan pengaruh yang sangat kuat . Siapa yang dia bantu syarikat tu confirm maju . Senang cerita Dato Kamal itu golongan yang senang di ajak berbual tapi bukan senang nak terikat dengan syarikat tu .
"Jangan risau lah dia tu profesional lagi pun dia takkan masuk campur dalam urusan syarikat" Jawab Daniel dengan selamba.
"Anda pasti?"soal Afif.
"Dia pasti" balas Naz menepuk bahu sahabatnya sebagai tanda tiada apa yang perlu dirisaukan .
Disisi Aira , selepas mendengar 1 suara Aira terus memulas pintu dan memasuki rumah dengan tergesa-gesa .
"Kenapa ni !"
Aira melihat Aqis dan Wan berebut memaduki tandas .
"Laa ingatkan apa lah tadi "Lega hati melihat Aqis dan Wan baik-baik saja . Dia tahu rancangan ni dibuat oleh Daniel .
Aira melihat mereka yang melihat dirinya dalam beberapa detik dan kembali merebuti memasuki tandas.
"Tak boleh jadi ni " Aira menanggalkan beng sandang nya dan meluru mendapatkan mereka berdua .
"Shhh.. Tak baik la gaduh macam ni . Tak elok anak dara orang terjerit terlolong macam ni " Ujar Aira untuk membuatkan mereka bertenang .
"Mana tak orang terpekik terlolong , dah la tandas ada satu je " bentak Aqis.
"Sudah lah tu .Hal kecik pun nak gaduh.." Aira cuba halang dengan menarik lengan Wan sekali lagi daripada memasuki tandas.
"Dah jom bersiap. Kita pergi klinik sekarang , aku bawak kereta .. 10 minit aku bagi " ujar Aira yang berlalu pergi dari situ . Aqis dan Wani mula berlari naik keatas , tahan pun tahan lah .
Di Dalam Kereta,
Dari cermin dalam kereta Aira melihat mereka gelabah memakai selipar dan terkejar-kejar masuk kereta hanya untuk duduk seat depan . Seat depan!.
"Nak masuk kereta pun nak berebut juga tuu..?", bisik Aira dengan menutup mulut nya menggunakan tangan kanan bersandarkan kereta.
"Sudah.." Aira menahan kata-kata yang ingin dikeluarkan oleh Wani .
Bukan dia tidak lihat yang Wani cuba buka mulut untuk melawan kata Aqis didepan .
Dalam perjalanan mereka hanya bertemankan Radio kereta . Aira mengeluh , dia sendiri tak tahu sampai bila mereka bergaduh pasal tandas ini.
"Pasal tandas pun nak gaduh ke?" Makin diam dalam kereta tu makin bahaya .
Diam, Aira hanya mampu mengeling melihat sekilas perangai sahabatnya .
Setelah tiba di Klinik , Aira yang memandu mula turun dari kereta untuk membantu kawan-kawannya yang sedang menahan sakit .
Wani dan Aqis masih duduk di kerusi menunggu yang disediakan oleh pihak klinik. "Korang duduklah dulu ,aku nak settle kan sesuatu "
Share this novel