Bab 10

Drama Series 5890

"Baik hati-hati dah malam ni "Wani melihat reaksi muka Aira ,lebih dari 2 tahun mereka berkawan dah terlebih kenal dah . Apa yang akan dibuat oleh Aira seterusnya .

"Ok " kata akhir Aira yang berlalu jalan pergi ke kereta semula .

Kereta Aira dihidupkan, mula keluar dari perkarangan kawasan klinik dan menjalani laluan kearah rumah seseorang .

"ERGHH!" Aira melepaskan geram melalui memukul stereng kereta yang dipandu nya .

"Kau kacau kawan aku Daniel!" Tangan kanan Aira memegang dahi depan . Kalau Daniel ada kat depan dia sekarang dah lama cium buku lima dia sendiri.

Didepan rumah seseorang , tangan Aira laju slide keatas dan menekan nombor yang telah disave lama .

"Kau keluar sekarang aku kat bawah rumah kau "mata Aira tertangkap 1 sosok yang berada di cermin bilik di tingkat 2.

Daniel yang mendapat panggilan dari Aira dirinya sudah mengetahui bahawa Aira tahu yang melakukan itu adalah dirinya .

Naz dan Afif yang awalnya ada disofa melihat Daniel menuruni tangga dan keluar rumah ,Wajah Daniel yang keluar rumah membuatkanb Naz dan Afif tertanya-tanya ,siapa yang mampu buat muka yang suka menggoda wanita boleh berubah seriak muka seperti itu. Naz dan Afif yang awal nya di atas sofa kedudukan mereka beralih ke sudut pintu .Hanya kepala mereka saja yang melepasi pintu

"Hmm nak apa?" tanya Daniel dengan menyelangkan tangannya kedepan .

"Kau tak payah nak berdalih lah aku dah cakap kan jangan sentuh orang-orang aku!" tegang suasana didepan rumah Daniel dengan suara besar Aira.

Naz dan Afif hanya sekadar memerhati jarak jauh dari dalam rumah . Ohh Aira , mata Afif naik keatas dan bertembung mata mereka sebagai tanda isyarat. Mereka mengangguk serentak.

"Heh apa bukti kau kalau aku buat salah ?" sinis. Nasib dirinya tiada bukti bahawa Daniel yang lakukan .

Sabar Aira sabar bakal isteri dia masih nak tengok muka bakal suami nya , jangan buat benda yang mampu orang luar benci kau , Aira masih menahan diri supaya muka Daniel tidak kena hayun dengan buku kaki miliknya.

"Kau tunggu suatu hari nanti Daniel aku akan balas 2 kali ganda dengan apa yang kau buat sampai hancur hati kau! ,ni amaran terakhir..lagi sekali kau sentuh orang-orang aku bukan setakat aku hancurkan hidup kau aku boleh hancurkan sekali ahli keluarga kau " Mata Aira seperti menikam mata Daniel.

Mata Daniel mula dingin apabila Aira mula menyebut nama ahli keluarganya, itu adalah salah satu larangan bila bercakap yang berkaitan dengan ahli keluarganya "Kau nak sentuh keluarga aku, kalau kau rasa kau cukup hebat dapat buat aku berlutut.. buat lah! , jangan buat aku tunggu Aira, aku nak kau balas apa yang aku buat kat kau ,aku tunggu balasan 2 kali ganda kau tu! "

Aira yang dengar kalimat Daniel berlalu pergi dengan ditemani wajah benci .

Kereta yang dipandu Aira mula bergerak dan meninggalkan perkarangan kawasan perumahan Daniel . Naz dan Afif melihat kejadian itu mula berjalan mendekati Daniel yang mula kelihatan serabut.

"Wei" Naz yang tiba-tiba muncul disebelah Daniel mula bersuara .

"Jangan sangka air yang tenang tiada buaya , ayat tu je yang aku nak kau ingat " Tepuk bahu Daniel sambungnya.

Afif mengangguk sebagai dia setuju ,jangan bermain dengan api nanti tersentuh api diri sendiri akan terkena akibatnya .

Keesokan harinya rumah Daniel,

Mata Daniel memandang Naz dan Afif yang sedang bergaduh di depannya . Kedua-duanya belah tangan mengosok dagu seperti memikirkan sesuatu. Wajah Daniel sudah mula berubah yang cukup menunjukkan betapa dia sedang menahan diri sebelum dua makhluk ini jadi tinggal dalam kubur .

"Bagi balik lah !"jerkah Naz memberi arahan . Dengan tangan dihulurkan meminta sesuatu yang asalnya milik dirinya .

"Apa benda kau ni , ni milik aku lah. Jadi jangan main tuduh aku ambik!" Suara jejaka ini juga tidak kurang kalah . Masing-masing dah mula muncul niat nak bunuh satu sama lain .

"Hoi apahal ni " Daniel yang dari tadi senyap mula bersuara .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience