Bab 1

Drama Series 5890

"Kak barang semua dah bawa ?" kata seseorang ibu yang merisaukan anak nya .

"Dah ma , nanti bukan kat sana kita tak telefon mama langsung pun "Aira cuba menyakinkan ibunya tentang dirinya .

"Mana mama tak risau kamu tu satu-satunya anak dara mama, lain lah kalau kamu tu dah berlaki lain cerita lah "

"Ni tak asal sebut laki lari ,asal sebut laki tukar topik mana nak ada lelaki lekat kat kamu tu " cakap ibunya Aira hanya menggaruk kepala nya sendiri .

Bukan dia tak nak , masalahnya ada ke orang nak dengan dia anak nombor 1 katakan , muka jumpa orang lelaki buat muka .Sampai dia banyak kali ditegur jangan buat muka garang nanti orang nak tegur pun takut .

Ni lah jadinya .

"Ma, mama ni jangan lah sebut laki je , rasa menyampah pun ada " Aira masih garu kepala.

"Menyampah! kamu ni nak kena pergi berubat lah Aira "

Allah , tepuk dahi.

"Ma,jangan nak mengarut.. memang sifat asli anak mama memang macam ni"
"Kamu pasti " wajah ibu medekati wajah Aira , Aira yang rasa pelik memegang kedua-dua pipi ibunya . "Pasti" senyum .

Ibunya hanya dapat mengalah dengan keputusan anaknya ni. "Sini biar ibu pun tolong kemas-kemaskan "

senyum"Terima kasih ma"

Mereka pun mengemas barang yang perlu dibawa ke Universiti itu nanti , Universiti yang ini Aira dapat di Selangor jadi dia berasal dari Johor takkan nak ulang alik kan jauh kot,tu kalau orang kaya boleh tapi keluarga lnya hanya lah orang sederhana saja .

Lebih baik Aira sewa di sana saja mungkin ada rumah berdekatan dengan Universiti tersebut .

- - - - - - - - - -

"Hati-hati tau jangan lupa solat , makan dan jaga diri sendiri tu negara orang "

"Memang negara orang ma takkan negara buaya pulak" Kata anak no 2 nya .

Sang ibu yang dengar menghadiahkan jelingan menikam mata anaknya .

"Auch! sakit ma, tolong ma" Adik Aira memegang jantungnya yang dapat merasakan jelingan tajam seperti pisau menusuk kedada nya .

"Kamu jangan main-main ye Ijal , pastikan kakak kamu ni selamat pergi selamat balik kalau tak mama akan buat peraturan yang kakak kamu selalu buat "

"Allahuakhbar, ma jangan lah ma " pandang Ijal kepada ibunya .

"Aku ingatkan kau tak ada kat sini , boleh aku balik lambat kak" Cakap Ijal kepada Aira .

"Keluar rumah saje lah kau .. nanti aku tak ada tengok mama , kalau aku dengar je mama masuk hospital "

"Nahas kau kat hospital tu " Amaran Aira .

"Ye ye cepat aku hantar cepat aku jumpa kawan aku tu "

"Aik kat Selangor pun kawan kau juga ke "

Aku pelik dengan lelaki ni mana-mana kawan dia kalau jumpa bawah jambatan pun kawan dia juga kot .

Kalau kawan dia berfungsi tak apa lah juga ni semua hadap game je .

"Bye mama jaga diri kalau ada apa-apa call kita jangan nak sembunyi kan sangat mama tu ada tekanan darah rendah jangan macam-macam " Tangannya masih kemas disalam oleh ibunya .

"Ye akak tu jaga diri juga ,jangan nak cakap mama je kamu tu pun ada tekanan darah rendah juga jangan banyak fikir "

"Aeh orang banyak fikir tak apa muda lagi mama tu umur dah 45tahun ingat-ingat sikit "

"Ye lah" tak nak kalah juga tu.

"Bye Assalamualaikum "

"Waalaikummussalam"tangan lembut yang disalamnya mula jauh dan dilepaskan . Entah bila dapat jumpa lagi 1 tahun ke , 2 tahun ke hanya Allah saja yang tahu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience