Bab 3

Drama Series 5890

Ijal yang masih didalam menyandar dirinya di seat kereta dalam keadaan meletakkan tangan di atas dahi dan buntu , dia sudah tahu kalau kakaknya benci Daniel tapi masih nak cakap pasal kawan mereka tu 'Apa itu yang kakak aku rasa Ya Allah ' dia mula rasa bersalah dengan setiap kali percakapannya dulu .

Dia ingat kan kakak nya tak ambik penting ayat dia tak masukkan dalam hati . Dia sekarang baru tahu kalau Aira dah lama pendam kata-kata tu tapi Aira tahan sampai hari ni , sedang dia hanya lepas saja emosi dia. Dia langsung tak hirau kan keadaan kakak dia . 'Adik jenis apa aku ni .. '

Ijal melepaskan keluhan dia akui ,dia lebih memilih kawan berbanding kakaknya sendiri tapi dalam masa yang sama kakaknya juga pernah bantu dia macam-macam hal yang dia sendiri tak tahu dan kawannya juga pernah membantunya . "Hah..kalau aku jemput akak terang-terang dia memang tak nak layan mungkin boleh minta tolong kawan dia sekejap"

Ijal mendail nombor yang sudah lama dia simpan itu nombor masa Aira pakai telefon dia dulu jadi dia fikir baik simpan je kan nanti senang "Assalamualaikum Farah minta tolong boleh?"

Disisi Aira , "Hah dah lama tak lepak kat kedai makan .. "

Dalam masa tak sedar sosok seseorang datang mendekati Aira dan mengetuk meja sedikit , Aira yang sedang bermain game mengangkat wajah nya , bertapa dia terkejutnya kawannya sekolah menengah ada kat depan dia . "Wan~ wei kau kat sini ke ?" Aira terkejut juga kawan dia yang hanya berhubung di whatsapp saja tiba-tiba depan mata terus sampai.

Aira menyalam dan memeluk sahabat nya ini "Aku rindu kau Wan ". "Wei wei relax ok kau ni dah lain ye ayat kau tu dah jadi murah sekarang "

"Ayat mana ?"

"Aku rindu kau tu lah .. Dulu bukan main susah benor nak dengar ayat manis keluar dari mulut bagi gula pun tak laku "

"Sekarang lain macam " kata sahabat nya sambil melihat atas bawah sosok Aira.

"Ehem tak ada yang lain duduk lah dulu " pelawa Aira kepada sahabat nya .

"Jadi kau kat duduk kat kawasan bandar ye .. Kau kat U mana sebenarnya ni ?"

"Kalau aku bagi tahu kau, kau tahu ke "

"Benda semua boleh search la"

"Ye lah nama tempat aku Universiti "

? "Nama mana ?" Aira bertanya sambil mengangkat tangan menadah ketepi sisi.

"Alaa satu tempat dengan kau lah hahah"

"What! Are you kidding me Farah Hazwani "

"hahahah saja je bagi kau suprise Aira"

"Tak suprise kau cuma buat aku bertambah benci kat kau"

"Alaa.. Kau ni aku saja je , ni kau dah jumpa ke tempat tinggal?"

"Belum ni aku pun tak sempat nak cari aku gaduh dengan ijal lah "

"Asal ?" Wani mengangkat keningnya.

"Tak ada apa-apa lah "

Wani yang baru perasan dia terus bangun dari kerusi yang membuatkan Aira pelik dengan kelakukan sahabatnya Aira melihat raut wajah Wani yang menghadap kebelakang dirinya . Aira pun mengikut pandangan Wani di belakang ,bertapa terkejut nya Aira bila melihat nama di nametag tersebut

'DANIEL SYAHMI'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience