"Rumah diorang dekat je dengan kedai makan ni , lagi pun tak heranlah sangat " sambung minum .
"Kenapa pulak?" tanya Aira apabila mendengar kata Aqis tadi.
"Ye lah ni kedai makan dia kot . Ayah dia nak biasakan dia pegang beberapa jawatan jadi salah satu nya kedai makan ni lah "
Terlopong mulut Aira bila dengar kedai makan ini kepunyaan Daniel . Gila mana nak stabil kan pelajaran dengan restoran ni mampus mat jadi anak orang kaya . Aqis yang melihat riak itu membantu menutupi mulut Aira .
"Apa nak risau adik dia Intan ada kan , dia yang cover restoran ni "
"Ohh" faham.
Dalisha Intan , adik kepada Daniel .
'Budak yang suka gunakan kecantikan muka untuk memberi arahan kepada lelaki'
Aira masih termenung sehingga air mereka tiba dimeja . "Terima kasih"
"Sama-sama"balas.
Wani dan Aqis sudah merebut air mereka diatas meja lalu menyedut minuman itu.
"Hmm air ni sejuk dah ok ? tapi kenapa rasa lain sikit dari biasa hah?" Soal Aqis .
"Kan air aku pon rasa lain mungkin diorang tengah cuba resepi baru kot " sangka baik Wani .
Aira baru 2 kali singgah ke tempat mereka jadi dia tak berapa tahu sangat tentang menu restoran tu.
Mereka mula membuka sebuah topik sambil menunggu pesanan mereka.Beberapa minit ketika mereka berborak,makanan yang dipesan oleh mereka mula tiba dan Aira memulakan bacaan doa makan.
Aira dan rakannya menikmati makanan mereka dengan harmoni tanpa ada sebarang gangguan syaitan . Selang10 minit setelah selesai makan . Bahagian bawah organ hati Wani iaitu perut mula berasa pedih seperti baru meminum-minuman panas .
"Wei perut aku sakit lah tiba-tiba " Wani mula bersuara bila rakannya tengah minum.Aira melihat keadaan Wani mula matanya beralih lalu tertangkap meja Daniel .
"Wan kalau kau tak ok kau pergi balik lah dulu "Jawab Aqis yang mula risau keadaan sahabatnya.
Tapi makanan dah order.." balas Wani
"Qis kau bawah Wan balik dulu yang kat sini biar aku settle kan "
"Boleh ke kau .. Malam-malam macam ni jalan sorang-sorang bahaya tau "
"Lagi bahaya kalau Wan pergi sorang,dia dah sakit sangat tu kau pergi teman kan dia "
"Dah jangan banyak songeh pergi balik sana kalau ada apa-apa call aku " sambung Aira.
Aqis yang tanpa bertanya mula bergerak dan memimpin lengan sahabatnya dengan berjalan perlahan-lahan.
Aira mula mengangkat dan melambai tangan kearah seorang pekerja restoran"Boleh bungkus tak semua minuman ni kitaorang ada emergancy kes lah "
Oh boleh-boleh "
Bunyi telefon berdering , "Hello asal Qis ?"
"Wei sorry doh aku tak boleh patah balik,perut aku sakit macam Wan juga "Niat Aqis lepas hantar Wani nak jemput Aira semula tapi perutnya juga mula bermain.
"Aku , rasa minuman tu ada problem aah" sambung tembak Aqis.
"Air?!"Mata Aira beralih keminuman sahabatnya dan ke minuman nya
"Oh ok kau tunggu aku kat rumah nanti aku hantar korang " Aira mematikan panggilan dan mula bergerak keluar dari restoran.
Hanya beberapa langkah sahaja Aira ditegur oleh pekerja restoran mengenai minuman yang dibungkus nya dan serta memberi wang kepada pekerja tu atas makanan dipesan mereka.
Share this novel