"Bodohlah kau ni ! Aku cakap benda tu aku punya kan! "jerit Naz kepada Afif, buat tak endah panggilan Daniel.
"Mana ada bongok! Aku yang keringkan ni "Afif mula menafikan mengenai benda itu milik Naz.
"Kau jangan main-main dengan aku lah, Sial lah!"
"Bagi balik bongok! Aku nak cepat!" sambung jerit Naz .
Marah Naz dibuatnya .Bukan dia tak tahu baju tu dia punya tapi terlupa nak sidai Afif yang sidaikan tapi.
Trangg! Cawan yang dipegangnya di hempas atas meja membuatkan mereka berdua diam. Afif yang memegang baju Naz membaling kepada tuan nya semula .
"Kalau korang tak siap dalam masa 5 minit, aku tak teragak-agak akan buat korang keluar dari rumah ni !" lantang suara Daniel.
Lari.
Boleh gila dibuatnya serumah dengan anjing dua ekor ni . Mereka bergaduh langsung tak ikut masa hanya disebabkan baju dah lah mereka pagi ni ada pelantikkan MPP baru . Stress.
Di Universiti, disebabkan helah Daniel tadi malam dirinya terpaksa datang ke Universiti ini sorang-sorang . Ramai orang mengerumuni kaunter pendaftaran itu , ada juga dari bangsa lain bahasa lain pun ada.
Hampir 30 minit juga ambik masa menunggu giliran dia , "Next!" tegas seorang pelajar MPP.
'Memang semua orang pemegang jawatan MPP garang-garang semua ke apa' bisik hati .
"Nama ?"
"Nurul Aira " selamba tapi ton suara macam menyampah pun ada.
"Tak boleh cakap baik-baik ke, korang datang sini nak belajar bukan cari gaduh " ton suara nya juga tak kalah juga.
"Oh tahu pun marah habis tu korang sebagai MPP tunjuk contoh yang baik tapi ni baru first day korang dah tunjuk taring ye"
"Marah-marah kau ingat kita orang ni kambing marah tak gerak , pakai otak sikit kalau nak ajar orang, kalau diri sendiri cara mengajar pun tak pandai " naik tanduk Aira bila orang tiba-tiba nak bagi arahan tiada lapis .
Pergaduhan mereka menjadi tatapan orang ramai , ada juga telinga Aira menangkap satu suara yang mengutuk dirinya tapi sabar Aira kali ini boleh diupgrade lagi .
"Ada apa ni ?" satu suara garau mula menyapa mereka yang membuatkan pandangan kedua mereka beralih . Perempuan yang lain dah mula kipas tangan mereka senior popular katakan .
"Ketua MPP saya dah cakap baik-baik tapi dia cakap saya cakap kasar" tipu lelaki itu .
! Mata Aira menjeling pisau tajam kearah lelaki yang menunduk hormat kepada ketua mereka . Kau main muslihat rupanya .
"Ni baru tak sampai separuh hari kau dah buat hal "Suara Daniel yang masih tak berubah kepada Aira .
"Bukan aku yang buat masalah kau tanya sendiri budak kau ni , apa yang buat " pandangan Aira beralih kepada lelaki disebelahnya .
"Eh eh kau , kau yang cakap tak serupa bikin tau" suara lelaki itu mula naik dengan tinggi .
'Eh eh lelaki ni kesabaran aku dah mula naik ni , lelaki ini memang cari masalah kau ni '
Aira yang cuba menahan kemarahan nya sudah tidak boleh di tahan lagi .
Buk! "Baik kau bagitahu benda betul lah bodoh! Sebelum aku sunatkan kau sini ! " lantang bersuara Aira disitu .
"AIRA! " tengking Daniel.
Semua yang berada disitu terhenjut bahu mereka bila mendengar tengkingan Daniel . MPP tu jangan bawak main .
"asal marah ke beb, oh aku baru ingat "
"Sekejap ya " sambungan Aira yang menunjukkan tangan supaya tunda seketika dengan tangan yang menyelongkar bag nya .
Share this novel