BAB 1

Drama Completed 2401

Tidak seperti semalam, hari ini mendung berarak kelabu mengepung ruang angkasa. Sinar mentari sudah hilang selepas seharian ia terpancar gah menerangi alam semalam. Nun di sebuah bilik rumah sewa, seorang perempuan yang usianya sudah mencecah 28 tahun kelihatan berwajah sugul. Di birai katil yang memuatkan tilam bujang yang sudah usang perempuan itu bermenung. Telefon bimbit di dalam genggamannya direnung kembali. Telefon itu baru saja memberinya khabar yang menyakitkan.

“Huda , aku nak kau tarik balik laporan polis yang kau buat pada Suhaimi!”

“Kenapa pulak saya kena tarik balik? Saya ada hak untuk bela diri saya.”

“Kalau kau tak tarik balik, aku tak akan izinkan kau datang jumpa anak kau Tariq !”

“Tapi Suhaimi tu dah melampau! Apa dia ingat saya binatang?!” bentak Huda.

“Aku tak peduli cerita kau! Disebabkan tindakan kau lah Suhaimi dah masuk lokap polis sekarang, kamu faham tak?!” Suara marah Pak Azli di talian telefon perit untuk di dengar.

Dia tak ambil pusing tentang Suhaimi yang sudah pun dicekup pihak polis, tetapi dia lebih kisahkan anaknya. Tariq Qamar yang sudah berusia tujuh tahun satu-satunya zuriat hasil perkahwinannya dengan Suhaimi . Dia terlalu rindukan anak lelakinya itu. Sudah hampir tiga bulan dia tak berjumpa dengan Tariq Qamar . Nalurinya sebagai seorang ibu teramat menyayangi dan merindui. Jiwanya dihimpit sesal kerana dulu terikut kata keluarga bekas suaminya menyerahkan anaknya kepada bekas suaminya itu.

Terkenangkan bekas suaminya Suhaimi , suami yangakan menginjak usia 33 tahun tidak lama lagi terus saja membuat dirinya rasa berang. Lelaki kejam! Kau lelaki kejam Suhaimi ! Air mata Huda terus saja mengalir sambil mengingati satu persatu kenangan pahit beberapa bulan sebelum itu...

Pulang dari kerja petang itu seperti biasa terus saja dia mandi dan bersiap-siap dan terus ke rumah Mak Munah . Hasratnya hanya satu, ingin menjemput anaknya Tariq Qamar . Ketika dia tiba di situ, kelihatan anaknya sedang nyenyak tidur mungkin kerana sudah seharian letih bermain dengan kawan-kawan. Beberapa kali dia memanggil Tariq , sambil menggerakkan badan Tariq . Tetapi anaknya begitu nyenyak tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience