BAB 2

Drama Completed 2401

“Dia tidur tu, biarkanlah dia kat sini. Lagi pun esok dia nak ke sekolah. Kalau duduk kat rumah engkau pun entah-entah esok belum tentu ke sekolah. Kau tu tidur lewat, asyik melayan telefon je kerja kau malam-malam! Sudahnya esok bangkit pukul lapan!”

“Mak Munah cakap baik-baik sikit! Jangan jaga tepi kain saya, suka hati sayalah nak tidur pukul berapa pun!” Balas Huda . Dia membahasakan panggilan ‘Mak Ijah’ pada bekas ibu mertuanya setelah perempuan itu tidak mengizinkan dia untuk memanggilnya dengan panggilan mak.

“Engkau ni memang sejenis spesis yang tahu beranak je! Dah berapa kali Tariq tak kau hantar ke sekolah ada kau ambil peduli? Aku ni kan, dah tak larat nak jawab dengan cikgu kat sekolah tu pasal Tariq ! Kalau macam ni lah perangai engkau, baik kau serahkan saja Tariq tu pada kami. Biar kami yang jaga. Aku ni neneknya, bukan orang lain!” Kecoh suara Mak Munah ketika itu, menaikkan darahnya. Huda hanya terdiam bila dileteri begitu. Hajatnya untuk menjemput Tariq balik ke rumah petang itu nampaknya sukar.

“Mak Munah ni kan, macam tak ada perasaan! Tariq ni anak saya, saya tahu lah nak jaga anak saya macam mana, kalau setakat beberapa hari tak ke sekolah bukan jadi masalah besar pun!” Balas Huda dengan suara meninggi juga, geram sudah dia.

“Eh! Kau ni biadap ya Huda!” Jerit bekas ibu mertuanya.

“Mak Munah yang buat saya jadi kurang ajar, saya datang dengan baik tapi marah-marah saya kenapa?” Balas Huda lagi, masih juga dia tidak berpuas hati. Berang betul dirinya dipersoalkan.

Tidak mahu terus berlawan dengan kemarahan bekas ibu mertuanya Huda terus menuruni rumah kayu yang bertangga usang itu. Ketika dia sudah menghidupkan enjin motorsikalnya, kedengaran suara garau Suhaimi menjerit ke arahnya.

“Huda , kau tolong hormat sikit! Ni ibu aku...” Huda menoleh seketika, air muka bekas suaminya nampak menyinga. Dengan tidak mengendahkan gelagat lelaki itu terus saja dia melajukan motorsikalnya. Jarak rumah mereka tidaklah jauh sangat. Ketika Huda tiba di halaman rumah, dia tidak menyangka bekas suaminya turut mengekorinya dengan motorsikal sambil membawa sebatang kayu cota.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience