BAB 3

Drama Completed 2401

Huda terjerit sambil cuba membelakangi untuk mengelak pukulan lelaki itu. Dia terduduk di halaman rumahnya dengan sebuah raungan, manakala Suhaimi terus pulang selepas melampiaskan amarahnya terhadap Huda .

Jauh ingatan Huda sambil tangan kirinya meraba ke bahagian bahu kanan. Rasa sakit di situ masih bersisa hingga sekarang.

Ketukan di pintu menghentikan tangan tua Mak Munah yang sedang menguli doh untuk membuat kuih karipap. Pak Azli yang sedang bersandar di tepi pintu sambil menonton televisyen tidak sedikit pun berganjak sebaliknya hanya memandang isterinya. Mak Munah . Perempuan yang baru tiga tahun melewati usia 50an itu dengan wajah cemberut bingkas bangun menuju ke pintu.

“Kami polis! Ini rumah Suhaimi Bin Azli ?”

“Ya. Ada apa Encik?”

“Kami membawa waran tangkap untuk menahan Suhaimi Bin Azli !”

“Tapi, kenapa Encik? Apa kesalahan yang anak saya telah lakukan?”

“Dia disyaki melakukan kesalahan jenayah!”

“Jenayah? Apa yang sudah dia buat.?”

“Ya! Pihak kami menerima aduan, Suhaimi Bin Azli telah mencederakan bekas isterinya, Huda Binti Salim ”

“Mustahil... Tak mungkin anak saya berbuat begitu! Anak saya tak sekejam itu polis!” Nafi Mak Munah .

“Sila benarkan kami menangkapnya!”

Mendengarkan itu, Mak Munah terlonglai di tepi pintu dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience