BAB 7

Drama Completed 2401

Akibat dari pukulan Suhaimi dengan kayu hoki, tulang bahu Huda retak dan kepalanya juga bengkak. Setelah mendapat surat pengesahan doktor Huda membuat aduan di Balai Polis tentang perbuatan bekas suaminya itu. Selepas sihat dia nekad berhijrah dari kampungnya ke daerah lain, mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depannya dan paling penting untuk dia dua beranak kelak.

Sekarang sudah tiga bulan dia menyewa di sebuah rumah kedai bersama kawan-kawannya, yang berkebetulan berhampiran sebuah masjid. Dia bekerja di sebuah restoran dan merasa lebih tenang di sini.

Seminggu selepas peristiwa bertemu bekas suaminya di Balai Polis, Huda dikejutkan lagi dengan sebuah khabar dari keluarga Suhaimi . Rupa-rupanya Suhaimi , bekas suaminya itu terlibat dengan kumpulan gangster yang memiliki senjata api. Kali ini Suhaimi tidak boleh diikat jamin lagi.

Airmata Huda tak henti-henti mengalir. Bukan kerana sedihkan hukuman yang menimpa Suhaimi , tetapi mengenangkan nasib anaknya Tariq . Sedarlah dia sekarang, betapa dia begitu kerdil dalam permainan hidup ini.

Dia juga sedar bukan salah Suhaimi seratus peratus, tetapi kesalahan itu adalah dari orang-orang tua yang ada dalam keluarga Suhaimi yang terlalu memanjakan anak mereka. Kerana kasih sayang yang melebih-lebih tiada tapisnya itu mereka telah menghantar anak dan cucu lelaki mereka itu ke jeriji besi.

Duhai Tariq anakku... Sungguhpun jalan di kemudian hari akan gelap gelita atau kita diuji dengan kelamnya hati manusia yang tidak punya belas, Ibumu ini akan bangkit walau dalam kepayahan untuk mengintai sinar yang mana cahanya akan menerangi kita nak, ibu akan mencari sinar di mana kita mendapat keredhaan dan kasih Allah. Ya Allah, padamu aku berserah, Engkau bantulah aku, sinarilah jalan ku ini agar aku dan anakku akan sentiasa melihat sinar kasihmu Allah,” doa Huda dengan airmata yang berlinangan bersama langkah kaki yang dihayun menuju ke stesen bas. Dia mahu lekas pulang, pulang bertemu dengan anaknya Tariq Qamar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience