BAB 5

Drama Completed 2401

Setelah hidup bersama dengan Suhaimi baru dia faham dan kenali lelaki itu sebenarnya seorang panas baran. Pak Azli, bapa Suhaimi rupanya seorang pengedar dadah. Suhaimi juga terlalu dimanjai neneknya. Suhaimi yang dulunya dikenali nampak bergaya dan mewah berbelanja rupanya tidak punya sebarang pekerjaan. Lelaki itu suka meminta-minta wang belanja dari neneknya, Rogayah .

Dia mula teringat pada janji-janji Suhaimi yang kononnya mereka akan memulakan kehidupan di Kuala Lumpur usai berkahwin. Akan menetap di sana, mencari pekerjaan sambil membesarkan cahaya mata mereka bersama-sama walau dalam susah dan senang. Rupanya semua itu dusta belaka. Pada suatu hari Suhaimi mengatakan yang dia akan ke Johor untuk mencari pekerjaan di sebuah kilang. Tetapi, selepas dua minggu kemudian lelaki itu kembali menemuinya di kampung. Ketika itu Tariq sudah berusia dua tahun. Dia tidak tahu apa kerja yang telah diperoleh suaminya, bila melihat suaminya begitu mewah berbelanja.

Selepas puas didesak, Suhaimi akhirnya mengaku padanya, dia telah ke Johor dan mencuri barang kemas isteri bapa saudaranya. Dia yang bodoh hanya mendiamkan diri bila seluruh keluarga Suhaimi kecoh tentang hal kehilangan barang-barang kemas itu. Dia menyesal kerana turut bersubahat dengan perbuatan bekas suaminya dulu demi kerana kasih dan sayang yang membuta tuli pada bekas suaminya itu.

Habis saja semua wang hasil curi, Suhaimi mula berjinak-jinak dengan pil kuda. Dari pada mengambil pil kuda, bekas suaminya mengedar pil kuda dalam kampung mereka. Bukan setakat itu saja, bekas suaminya itu terlalu banyak melalukan kemungkaran di dalam kampung. Namun sering saja , Pak Azli dan Mak Munah tetap menyebelahi Suhaimi . Suhaimi tetap dibela kedua orang tuanya, juga neneknya walaupun menerima banyak aduan kejahatan yang diadukan orang kampung tentang kegiatan Suhaimi. Suhaimi tak ubah dilabel sebagai dajal dan petualang di kampung yang dulunya aman damai. Kini sudah ramai anak-anak muda yang terjebak ikut perangai Suhaimi.

Sudah tidak betah dengan sikap Suhaimi yang suka memukulnya apatah lagi bila kehabisan wang untuk membeli pil kuda, Huda minta diceraikan. Namun seperti yang diagak Suhaimi enggan melepaskannya, lalu terjadi pergaduhan yang membuatkan Suhaimi melafazkan talak dua padanya. Selepas itu Suhaimi merayu-rayu meminta maaf dan minta rujuk kembali dengannya. Huda terperangkap dengan janji-janji manis Suhaimi . Dia yang memikirkan masa depan Tariq bakal membesar tanpa kasih ayah terpaksa berkorban rasa, memberi peluang semula kepada suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience