BAB 6

Drama Completed 2401

Namun langit tak sentiasa cerah, disangkanya Suhaimi akan berubah namun perangai lamanya sukar dikikis.Dia kembali menagih pil kuda. Peristiwa lama berulang kembali. Huda merasa benar-benar tertipu dengan sikap Suhaimi . Dirinya terus menjadi mangsa sepak terajang Suhaimi bila dia melawan. Bapa Huda , Pak Salim membawa kes anaknya ke mahkamah Syariah. Suhaimi hadir pada tarikh yang ditetapkan mahkamah dan nak tak nak dia terpaksa menceraikan Huda.

Kerana tinggal di kampung yang sama, Tariq kadang-kadang dijemput bekas ibu mentuanya datang ke rumah. Tariq begitu dimanjai keluarga Suhaimi . Huda terpaksa akur dengan keadaan itu memandangkan dia sibuk bekerja.

Selepas berpisah dengan bekas suaminya juga, hidup Huda tidak pernah tenang. Dia selalu diekori bekas suaminya itu. Huda yang sudah cuba membina hidup barunya bersama lelaki lain turut terkena tempias kejahatan Suhaimi . Suatu hari Suhaimi mengekori kekasih baru Huda , habis dibalunnya lelaki itu hingga mukanya pecah. Huda benar-benar tertekan.

Dia lalu memperalatkan Suhaimi untuk mendapatkan wang demi kelangsungan hidupnya. Suhaimi yang bebal itu dengan senang menghulur wang kepadanya sambil mengajak Huda untuk rujuk semula melalui kaedah ‘Cina Buta’ , tetapi Huda enggan. Hatinya sudah tertutup untuk Suhaimi kerana sikap Suhaimi yang enggan berubah.

Episod duka dalam hidup Huda bertambah pekat setelah ibunya, Manohara kembali ke Rahmatullah kerana penyakit kencing manis. Selepas beberapa bulan pemergian ibunya, atuknya pula mengikut jejak. Bapanya Pak Salim , selepas itu bernikah lagi lalu pergi bersama isteri barunya tanpa mempedulikannya lagi. Adik beradiknya yang seramai empat orang, masing-masing membawa haluan sendiri jadi dia bagaikan hilang arah.

Mentari hidupnya seperti sudah hilang. Dia yang sejak kecil tidak pernah mendapat didikan agama yang sempurna, terasa melangkah dalam kehidupan yang gelita. Selalu dia berharap Tuhan akan menemukannya dengan seorang lelaki yang boleh diharap membentuk hidupnya ke arah jalan keredhaan Ilahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience