BAB 4

Drama Completed 2401

“Baiklah, andai kata saya tarik balik report saya tu, apakah boleh Pak Azli sekeluarga mengembalikan kesihatan saya seperti dulu?”

“Arghh!!! Aku tak peduli, aku nak kau tarik balik report tu. Kalau kau masih ingin berjumpa dengan anak kau, buat je apa aku suruh!” Arah Pak Azli pada awal pagi keesokannya melalui panggilan telefon.

“Baik. Saya akan ikut. Tetapi, tolong beritahu juga pada Suhaimi agar jangan kacau hiduo saya lagi. Selama ini Suhaimi selalu mengekori ke mana saja saya pergi. Saya bukan isterinya lagi. Jangan jadi orang gila talak! Tolong biarkan saya menentukan arah perjalanan hidup saya. Tentang Tariq , saya akan tetap datang melawat dia setiap bulan. Dan saya berjanji bila saya dah dapat pekerjaan tetap, saya akan menuntut balik hak jagaan terhadap Tariq !” Jelas Huda dengan tegas dan penuh keyakinan.

Langkah Huda lesu saat melangkah keluar dari balai polis.. Air matanya bertakung di tubir mata.

“Tariq , maafkan ibu. Ibu kena pergi kerja. Tariq tinggal dengan nenek ya. Tariq jangan nakal-nakal, ikut cakap Neh Nah . Nanti bila dah ada duit nanti ibu janji akan datang jumpa Tariq semula ,” ujar Huda sebak. Terubat sejenak rasa rindu pada anaknya hasil rumahtangga yang dibina bersama rasa cinta namun punah dalam sekelip mata hanya dalam tiga tahun setengah sahaja.

Usai mendakap mencium anaknya Tariq Qamar yang berusia Lapan tahun, keluarga bekas suaminya terus menarik anak kecil itu masuk ke dalam perut kereta. Huda hanya mampu mengalirkan air mata pilunya melihat anaknya dibawa pergi. Dia sedar sekarang, betapa dia begitu naif dulu. Barangkali ini adalah hukuman atas segala dosa dan kekhilafannya.

Betapa kurangnya didikan agama di dalam keluarga, buat dia dan Suhaimi terlanjur sebelum bernikah. Cinta buta yang berlandaskan nafsu serakah membenihkan zuriat yang tidak halal. Tiga bulan Tariq di dalam kandungannya, baru dia mengadu pada ibunya. Seluruh keluarganya heboh dengan berita kehamilannya. Suhaimi mengaku dan bertanggungjawab dengan perbuatannya, lalu mereka segera diijab kabul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience