BAB 2

Romance Completed 1179

BAU mawar harum semerbak menusuk ke rongga hidungnya sebaik sahaja dia menolak pintu kaca Kafe Flora yang sudah sedia terkenal dengan tema romantis dan penuh dengan dekorasi bunga itu. Haiwani mencari-cari sebatang tubuh yang dia nanti-nantikan pertemuan bersama. Nampaknya jejaka itu tidak juga kelihatan di mana-mana. Lambat lagilah tu!

“Cik Haiwani?’ tegur seorang gadis dari arah belakang.

“Ya, saya?” jawab Haiwani.

“Meja cik di belakang sana ya..”

Gadis tersebut menuding jarinya ke arah sebuah meja yang dihiasi kelopak mawar putih bertebaran di atas pelapik meja yang berwarna perak.

“Oh okay! Terima kasih.”

Haiwani tersenyum kecil sambil bergerak ke arah meja tersebut. Nampaknya sangkaan Haiwani kali ini meleset. Ternyata si dia sudah bersedia jauh lebih awal dari yang disangkakan.

Haiqal.. Dia memang berbeza dari semua jejaka yang pernah aku kenali. Disaat mereka semua cuba memenangi sekeping hati ini, dia telah mencuri dan membawanya pergi. Kehilangan hati ini telah membuatkan jiwaku tidak begitu waras seperti selalu. Benarlah kata Paulo Coelho, hanya ada tiga perkara saja yang dapat mengubah diri seseorang. Impian, penderitaan hidup dan cinta. Oleh kerana cinta inilah aku nekad untuk melakukan hal sebegini.

Jemari Haiwani mengutip salah satu dari kelopak mawar putih yang bertaburan di atas alas meja tersebut. Kelopak itu ditekapkan ke hidungnya lalu aroma mawar itu disedut. Wangi. Terasa seperti jatuh cinta berkali-kali apabila menghidunya.

“Tahu tak kenapa I gelar you ni mawar dan I ni kumbang yang selalu tergila-gilakan you?”

Haiwani segera berkalih dan kelihatan seorang jejaka yang berkumis nipis sedang memegang sejambak mawar merah.

“Jangan nak mengadalah! I nak kena cepat ni.”

Haiwani tidak mahu melayan perasaan yang bertandang di hatinya. Walaupun hakikatnya pipi ini sudah mulai memerah.

“Mawar mempunyai madu di dalamnya. Dan madu itu I kiaskan sebagai hati you. Manis, indah dan membuatkan I ketagih dan bercita-cita memilikinya. Tanpa madu, kumbang tidak akan mempunyai sebab mengapa dia harus terbang ke udara. Tanpa Haiwani , Haiqal tidak mempunyai sebab mengapa dia perlu berdiri tegak di sini.”

Jejaka itu menoktahkan kata-katanya dengan menyerahkan sejambak mawar yang dipegangnya tadi kepada Haiwani.

“Thank you anyway, Haiqal.”

Haiwani mengetap bibirnya kuat. Bagaimanalah dia ingin lari dari cinta ini? Bagaimanalah dia mampu menangkis kata-kata indah yang keluar bibir Haiqal? Dia tahu itu tulus dan dia juga tahu jikalau semua ini tidak berjaya, dia bakal melukakan hati jejaka ini.

“You ni memang tak ada perasaan kan?”

Haiqal mengambil tempat duduknya. Untuk sejenak dia tertawa kecil dengan tingkah laku Haiwani yang sengaja buat-buat tidak endah itu.

“Dahlah, kita boleh romantis di lain hari tapi hari ini penting sangat! I nak kahwin lagi tiga hari tahu tak? Dan you masih sempat beli bunga dan buat reservation untuk this romantic lunch? Oh my god!” leter Haiwani. Panas pula hatinya. Haiqal ni suka main-main!

“Okay. I tahu… I tengah fikirlah ni. Lagipun semua dokumen dah ready kan?Anyway you yakin ke yang you betul-betul nak larikan diri?”

Haiwani terdiam seketika. Tiba-tiba mindanya dipenuhi wajah mama, adik perempuannya serta suasana rumah yang bakal dia rindukan.

“I don’t know. Apa yang I tahu, I tak nak kahwin dengan Bakri!”

“You ada try cakap dengan mama you tentang kita?”

Haiqal sempat memesan minuman daripada pelayan. Kemudian, tangan Haiwani digenggam erat. Dia tahu Haiwani sudah lama menahan beban di hatinya. Datin Samerah terlalu menekan dan memaksa. Sampaikan dia pun hilang keyakinan diri untuk memperkenalkan dirinya kepada ibu Haiwani itu.

“Nope. Dia bukannya nak dengar.”

“Lepas tu macam mana? Yang ini sajalah option kita.”

“You tak rasa ke kita ni berdosa sebab buat benda macam ni? Nanti kalau kita kahwin, tak bertahan lama tahu tak?” rungut Haiwani lagi.

Haiqal menggaru-garu kepalanya yang sudah mulai merengsa. Haiwani oh Haiwani! Apa sebenarnya yang awak mahu ni? Kita dah bukan main merancang sebelum ini. Tup.. tup awak nak batalkan saja?

“Diam je ke? Bagilah I idea!”

“I dah kekeringan idea. Sama ada you beritahu mama you tentang kita atau…”

“Atau apa?”

“Macam nilah.. Hari Jumaat ni, I tunggu kat pagar belakang rumah you pukul 10 pagi. Kalau you tak datang dalam masa 15 minit, I anggap yang kita dah batalkan rancangan ni okay?” jelas Haiqal.

Dia kemudiannya bangun dan meninggalkan Flora Kafe tanpa menyentuh langsung minuman yang dipesannya tadi.

Haiwani tercengang dengan tindakan drastik Haiqal. Tinggalkan aku macam tu je? Takkan nak merajuk kot? Alahai apa yang aku nak buat ni… Benci!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience