BAB 5

Romance Completed 1179

“SAYANG, thank you sangat-sangat sebab tolong my mom tadi!”

Haiwani menyeringaikan senyuman. Senyuman paling ikhlas yang pernah dia berikan.

“Hmm okay..”

Sepatah itu saja perkataan yang keluar dari mulut Haiqal. Dia seperti kehilangan mood. Takut nanti kalau dia terlebih melayan perasaan, dia juga yang kecundang. Walaupun sesungguhnya, hanya TUHAN saja yang tahu betapa dia ingin meluahkan segala isi hatinya ini kepada Haiwani.

“You ni… asyik merajuk je. You tak kesian kat I ke?”

“Nak kesian buat apa? You kan dah nak kahwin.”

“Hey! Apa cakap macam tu! Kan kita dah plan… kita akan tetap teruskan dengan plan kita!”

Haiwani merengus kencang. Tanda protes terhadap kata-kata Haiqal tadi. Lagaknya macam orang yang dah putus harapan.

“Plan? You cakap hari tu apa yang kita buat ni salah. Dan.. Bila difikirkan semula, kata-kata you tu ada juga kebenarannya. So, I rasa adalah lebih baik kalau you teruskan dengan rancangan you untk berkahwin and let me move on?”

“Move on? You… maksud you… kita putus?”

Berderau darah yang sedang mengalir di dalam badan ini apabila mendengar kata-kata tajam dari Haiqal. Dia ni serius ke?

“Entahlah.”

“Apa maksud you entahlah?”

Haiqal mendiamkan dirinya. Jawapan itu tiada pada dirinya. Apa yang dia tahu, dia mencintai Haiwani namun dia tidak akan dapat memilikinya.

“Sayang…”

Haiwani dihimpit perasaan curiga secara tiba-tiba.

“You datang KLCC buat apa eh? Don’t tell me that the interview is today..”

Haiqal menghela nafas kecil. Ini lagi satu masalah. Nak beritahu ke tak?

“Dear, you pergi interview tu kan? You dapat kerja tu tak?”

Haiwani masih tidak berputus asa. Soalan ditanya bertubi-tubi walaupun dia tahu Haiqal hanya akan membalas dengan keluhan yang tidak bernoktah.

“Yes I dapat.”

“Oh my goddd!”

Haiwani menjerit dengan sepenuh hatinya tanpa mengira keadaan di sekitar klinik di mana mereka berada. Tiada kata yang dapat mendefinisikan betapa gembiranya hati Haiwani pada ketika ini.

“Syyy! Haiwani! Perlahan sikit.”

Haiqal menepuk dahi. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak keadaan ini akan berlaku.

“Tell me dear.. ceritalah sikit apa yang jadi masa kat dalam bilik interview tu…”

“Haiwani, mak you kat belakang tu!”

Haiqal mengisyaratkan supaya Haiwani mengawal dirinya. Memang dia juga gembira dan mahu meraikannya bersama Haiwani, namun ada banyak lagi hal yang tersekat di kepalanya ini. Semuanya membuatkan perlakuan Haiqal terbantut.

Datin Samerah datang menjengah dari belakang sambil membawa beberapa plastik ubat-ubatan. Tangannya sudah dibalut kemas. Kemungkinan telahan Haiqal benar, tangan Datin Samerah hanya terseliuh.

“Haiwani , Haiqal..”

Haiwani bingkas bangun dengan secepatnya. Tersentap rasa jantung ini apabila mendengar suara Datin Samerah.

“Mama dah okay?” tanya Haiwani basa-basi.

Fokusnya masih tertumpu pada Haiqal yang baginya merajuk tak tentu pasal.

“Dah.. Alhamdulillah. Nasib baiklah ada Haiqal ni. Kalau tak.. tak tahulah apa yang jadi dengan mama. Haih, sayangnya… kalaulah mama ada lagi seorang anak perempuan, boleh mama kahwinkan dia dengan Haiqal ni.”

“Apa?!” tanya Haiqal dan Haiwani serentak. Memang pernyataan mama yang ini betul-betul merentap jantung mereka. Kenapa mama tak cakap dari awal? Alahai!

“Kenapa? Mama ada cakap benda salah ke?” jawab Datin Samerah dalam keadaan terpinga-pinga. Kenapa pelik sangat mereka berdua ni? Dari tadi lagi aku perasan. Macam ada yang tak kena.

Haiwani dan Haiqal hanya tersenyum kelat. Kalaulah kata-kata mama itu dilontarkannya sebulan sebelum perkara ini berlaku. Kalaulah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience