BAB 1

Romance Completed 1179

PAGAR yang menghadang bahagian hadapan balkoni itu dipanjat. Haiwani menjenguk ke bawah. Tingginya! Bagaimana dia mahu terjun dari sini?

Baju kurung moden putih yang dihiasi labuci berwarna merah jambu itu dijingkatkan kainnya. Ia memudahkan Haiwani untuk memanjat pagar balkoni itu dengan lebih tinggi. Aduh! Kenapa tinggi sangat ni? Dahlah aku gayat!

Haiwani turun semula dari pagar balkoni. Dia mundar-mandir sambil mencari akal. Sesuatu harus dilakukannya. Sesuatu yang mudah dan dapat menyelesaikan masalah. Jikalau dia lambat bertindak, ini bermaksud dia bakal ditinggalkan.

Tiara serta kain selendang yang terhias indah di atas kepala segera ditanggalkan. Rimas pula rasanya. Otak seperti sempit untuk berfikir. Setelah mundar-mandir lebih dari lima kali, Haiwani mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kamarnya semula. Duduk di atas katil empuk yang bercadar satin merah.

Matanya meliar ke seluruh pelosok bilik. Mencari sesuatu yang dapat membantunya turun dari balkoni ini. PAP! Jarinya dipetik. Langsir berwarna putih itu dapat dijadikan mangsa. Tanpa berlengah lagi, Haiwani menurunkan kedua-dua belah langsir jendelanya dan mula menghubungkan kedua-dua langsir tersebut dengan mengikat kedua-dua pangkalnya bersama.

Hasil ikatan langsir itu dibawa ke balkoni dan hujung langsir tersebut diikat pula pada batang besi balkoni. Bahagian langsir yang selebihnya kemudian dicampak ke luar balkoni. Haiwani meninjau suasana di bawah. Kosong. Inilah masanya! Matanya dipejamkan.

“Haiqal, awak tunggu sekejap je lagi ya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience