BAB 4

Romance Completed 1179

“ALHAMDULILLAH! Akhirnya berjaya juga aku dapat kerja ni.”

Haiqal mengemaskan beberapa fail lalu memasukkan ia ke dalam beg sandang yang bawanya. Hari ini nasib menyelebelahinya. Setelah melalui saringan temuduga sebanyak dua kali, akhirnya pihak Petronas memutuskan bahawa dia telah diterima bekerja bersama mereka di bahagian Perhubungan Korporat. Syukurlah kini dia tidak menganggur lagi.

Sebelum pulang ke rumah, Haiqal meluangkan sedikit masa dengan berjalan-jalan di sekitar kompleks membeli-belah KLCC. Meluangkan masa bersendirian sebegini dapat memberikannya peluang untuk berfikir dengan lebih jelas. Haiqal bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah menjawab hampir kesemua doanya selama ini. Namun jauh disudut hatinya, ingatan ini sentiasa terlekat kepada gadis itu.

Haiwani. Itulah impian utamanya. Memiliki segalanya tanpa memiliki hati Haiwani adalah seperti kehilangan semangat untuk terus maju ke hadapan. Astaghfirullah! Sampai begitu sekali dalamnya cinta dia terhadap Haiwani. Jikalau dia bukanlah jodohku Ya ALLAH, jauhkanlah dia dari diriku, pinta hati kecil Haiqal.

Setelah puas berpusing-pusing sekitar KLCC, Haiqal bercadang untuk pulang ke rumah. Kereta yang berada di tempat letak kenderaan dihidupkan enjinnya. Namun belum sempat pedal minyak ditekan, Haiqal terdengar jeritan seorang wanita dari ceruk sebelah kanan tempat letak kenderaan tersebut.

“Tolong!! Arghhh!” rintih wanita itu lagi.

Haiqal mematikan enjin kereta dan bergegas ke arah dari mana datangnya jeritan tersebut. Kelihatan dua orang individu sedang bergelut di antara satu sama lain. Sepantasnya Haiqal merentap kolar pakaian lelaki yang sedang sibuk merampas beg tangan wanita itu dan membawanya ke tepi. Lelaki durjana itu ditumbuk di pipi serta perut.

Darah mula menyeruak keluar dari bibir lelaki tersebut. Belum sempat Hakim membalas tumbukan kedua, lelaki itu dengan pantas meloloskan dirinya dari cengkaman Hakim dan berlari meninggalkan tempat letak kenderaan bersama beg tangan wanita itu. Haiqal yang tidak sempat mengejar dari belakang hanya mampu membiarkan penjenayah itu melepaskan diri dengan begitu sahaja.

Wanita yang berusia 50-an itu duduk bersimpuh di atas lantai sambil menggosok-gosok tangannya yang mungkin terseliuh. Haiqal yang kasihan melihat nasib wanita itu mendekatinya.

“Makcik okay?”

Haiqal seakan-akan kenal dengan wajah wanita yang berada di hadapannya. Kalau tak silap ini…. Tak mungkin!

“Aduh sakitnya tangan saya ni… terima kasihlah encik sebab tolong saya,” ujar wanita itu sambil cuba bangun untuk berdiri.

“Takpe biar saya tolong.. umm..”

Haiqal tidak tahu dengan panggilan apa yang dia harus memanggil nama wanita ini sebenarnya. Kalau salah panggil nanti dia marah pula.

“Saya Datin Samerah.”

Betullah tekaan aku tadi! Ini memang mama Haiwani. Aduhai, macam mana pula boleh terlibat dalam situasi macam ni!

“Ahaa datin.. Anyway saya nak mintak maaf, tak sempat nak kejar peragut tu. Beg tangan datin dah dibawa lari..”

Nada suara Haiqal tersekat-sekat. Jumpa bakal mak mertualah katakan.

“Oh takpalah. Asalkan saya selamat, awak pun selamat. Sekarang ni manalah si Haiwani, anak saya ni?”

Datin Samerah meliar-liarkan matanya jikalau terlihat kelibat Haiwani di mana-mana. Manakala Haiqal pula jadi tak senang duduk. Haiwani pun ada dekat sini?

“Anak datin pergi mana?”

Haiqal ikut meliarkan matanya di sekeliling tempat meletak kenderaan itu untuk mencari kelibat Haiwani. Habislah nanti kalau dia tahu aku ada kat sini.

“Haa tu pun dia! Haiwani!”

Haiwani berlari-lari anak sebaik saja melihat ibunya bersama seseorang yang dia kurang pasti siapakah gerangannya. Lelaki mana pulak tu?

“Ma! Kenapa ni?”

Haiwani menoleh ke arah lelaki yang sedang dipaut mama. Eh? Haiqal! Tak semena-mena kerisauan dan gundah gulana yang bertandang di hati terbang dengan serta merta.

“Ni tadi ada orang ragut beg mama! Encik ni lah yang tolong mama tadi.. Eh lupa pula nak tanya, nama encik apa ya?” tanya Datin Samerah tanpa menyedari yang Haiqal dan Haiwani sedang bermain mata dalam diam.

Saling bertukar-tukar isyarat wajah tanda tidak percaya akan keberadaan diri masing-masing di tempat ini.

“Ah, nama saya? Haiqal.”

“Oh, Haiqal… ni pula anak makcik, namanya Haiwani.”

Haiwani tersenyum simpul. Dah kenal nak diperkenalkan lagi ke? Haiwani dengan segera menghulurkan salam manakala Haiqal pula teragak-agak untuk menyambut salam Haiwani. Bukankah sepatutnya Datin Samerah tidak boleh mengenali dirinya?

“Emm datin, saya rasa datin kena pergi klinik ni.. nanti tangan tu bertambah sakit.”

Haiqal cepat-cepat menukar fokusnya terhadap Datin Samerah. Haiwani pula dibiarkan melayan perasaan sendirian.

Huh! Sombong bukan main! Merajuklah tu lagi.

“A’ah mama. Jomlah Haiwani bawak ma pergi klinik,” ujar Haiwani pula.

“Nak pergi macam mana Haiwani? Kunci kereta ada dalam beg tangan mama yang kena ragut tu.”

Haiwani membeliakkan matanya tanda tidak percaya.

“What?! Jadi sekarang kita nak balik naik apa ni ma?”

Haiqal menyedari dirinya kini menjadi harapan dua wanita ini. Lalu dia berdehem dan mula bersuara, “Takpe, biar saya yang bawa datin dan Cik Haiwani pergi klinik dan hantar balik rumah. Itu pun kalau datin…”

“Okay! Boleh-boleh!”

Belum sempat Haiqal menoktahkan kata-katanya, Haiwani terlebih dahulu memberi kata putus.

Datin Samerah yang berada di antara mereka berdua pula jadi pelik melihat tingkah laku dua muda ini. Dah buang tabiat apa si Haiwani ni, getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience