BAB 6

Romance Completed 1179

HAIWANI masih menjenguk ke luar balkoni. Ya ALLAH, kenapalah aku boleh terjerat sampai ke tahap ini? Aku tahu tindakan ini tidak akan mengubah apa-apa pun masalah yang sedang kami lalui kecualilah jikalau aku dan Haiqal bersemuka dengan mama dan menceritakan hal yang sebenar.

Aku tak mencintai Bakri . Aku tidak mengenalinya. Malah aku sendiri pun tidak tahu nama penuhnya. Namun Haiqal, aku mengenali lelaki itu jauh lebih dari aku mengenali diriku sendiri. Bukannya aku tak mahu memberitahu mama akan hal ini, namun mama tidak mahu aku membuat pilihan jodohku sendiri. Dia fikir apa yang terbaik untuk dirinya, adalah yang terbaik untukku.

Haiwani mula mengalirkan air matanya. Hatinya pedih. Hatinya terasa sakit. Jadi apakah kesudahan kepada kerja gila yang dia dan Haiqal rancang ini? Kahwin larikah penyelesaian masalahnya?

Bunyi deringan telefon Samsung Note II miliknya memecah keheningan di hati. Nama Haiqal tertulis terang-terangan pada senarai nombor pemanggil.

“Hello Haiqal.”

“Haiwani. Dah pukul 10 pagi ni. I menantikan you di tempat biasa. 15 minit dari sekarang kalau you tak datang, I anggap yang kita tiada jodoh.”

“Qal, tolong jangan fikir macam tu… I janji yang I akan datang.”

“Okay, I tunggu. Tapi cepat tau. You have 15 minutes only. And… I love you,” ujarnya lagi sebelum mematikan telefon.

“I love you too!”

Haiwani nekad. Kakinya memanjat pagar balkoni tersebut. Sebelah dari kakinya telah terkeluar ke bahagian luar pagar dengan tangannya memaut erat pada langsir yang telah diikat pada salah satu batang besi balkoni. Haiwani kini sedang duduk di atas pagar balkoni dengan kaki kirinya di dalam balkoni dan kaki kanannya pula terjuntai ke luar balkoni.

“Okay, now.”

“Haiwani! Waniii!!”

Kedengaran suara Datin Samerah dari dalam biliknya. Laaa! Mama nak apa pulak tu? Macam mana aku nak turun ni?

Haiwani mengangkat semula kaki kanannya masuk ke dalam balkoni. Baju serta rambutnya diperkemaskan semula. Alamak tiara dengan selendang dah tertanggal! Macam mana ni?

“Haiwani… mana pulak budak ni? Dalam hal-hal penting macam ni lah dia hilang entah ke mana..”

Datin Samerah menjengah ke balkoni.

“Eh mana pergi langsir ni? Haiwani !”

“Mama, Haiwani ada sini ni.. pengantin laki dah sampai ke?” jawab Haiwani yang secara tiba-tiba keluar dari ceruk balkoni. Dia cepat-cepat menutup pintu kaca balkoni dari dimasuki Datin Samerah . Takut-takut mamanya ternampak kain langsir yang tergantung di pagar balkoni.

“Haiwani … pengantin lelaki… tak jadi datang.”

Haiwani terasa bagai bermimpi seketika. Tak datang? Mama tengah berjenaka mungkin. Ke aku yang salah dengar?

“Tak datang ke dah datang ni mama?”

“Hmm macam ni, tadi ayahnya Bakri call mama. Dia cakap Bakri menghilangkan diri. Dah puas mereka cari tapi tak jumpa-jumpa sampai sekarang. Mereka minta kita batalkan perkahwinan ni,” kata Datin Samerah dalam nada simpati terhadap Haiwani.

Haiwani masih menahan perasaannya. Ketawa? Nanti mama sangka aku gila. Nak menangis? Takut air mata pula tak terkeluar.

“Oh… okay. Nak buat macam mana kan? Orang dah tak sudi.”

“Kamu tak sedih ke? Mama, sedih sangat sebab tak sangka hari bahagia anak mama dicemari dengan perkara buruk macam ini. Tak sangka, Bakri tu…! Ish!”

Datin Samerah seperti kehilangan kata-kata lagi. Sakit pula hatinya.

“Sedih. Tapi, kumbang bukan seekor kan?”

“Betul tu Haiwani. Mungkin dia bukan jodoh kamu. Mama tinggalkan kamu dulu ya.”

Sebaik saja Datin Samerah keluar dari kamarnya, Haiwani dengan pantas memeriksa jam di tangan. Sudah 10.40 pagi! Mungkinkah Haiqal sudah pergi meninggalkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience