BAB 3

Romance Completed 1179

DUA hari sebelum ke gerbang perkahwinan. Haiwani jadi tak senang duduk. Haiqal hanya berdiam dan mengambil langkah ‘blackout’ langsung darinya. Takkanlah dia terasa hati dengan kata-kata aku tempoh hari? Haiwani bercakap mengenai kebenaran, bukannya hal yang mendustakan.

Memang mereka harus berfikir dan melihat hal ini ke depan. Banyak marabahaya dari citra indah yang mereka dambakan. Takkanlah bercakap benar pun telah menjadi suatu kesalahan?

Jendela biliknya dibuka luas. Pagi ini agak mendung. Dari malam sampailah ke pagi, asyik hujan saja. Mungkin cuaca pun tahu hatinya kini sedang dilanda badai.

“Haiwani..”

Pintu biliknya dikuak. Kelihatan Datin Samerah menyuakan kepalanya masuk ke dalam bilik.

“Mama? Kenapa ya?”

“Bakri datang. Dia nak berjumpa dengan kamu. Mama ingat tadi kamu tak bangun lagi.”

Datin Samerah menolak pintu bilik tersebut dengan sepenuhnya. Dia mula melangkah masuk dan mendekati Haiwani.

“Oh.. dia nak apa?”

“Entah, katanya ada hal yang nak dibincangkan.”

“Saya malaslah ma nak jumpa dia.”

“Eh? Kesian dengan budak tu, mama tahu kamu tak cintakan dia. Tapi lepas kahwin nanti belajarlah cintakan dia ya. Benda ni semua take time. Untung kamu dapat dia. Bapanya pemilik syarikat kapal yang terbesar kat semenanjung ni tau,” ujar Datin Samerah .

Haiwani mencebik. Mama hanya pandang harta dan pangkat. Bagaimana pula dengan lelaki yang tiada apa-apa tetapi dia memiliki sekeping hati yang mulia dengan budi pekerti? Jauh lebih mulia dari hati kita yang penuh dengan emas dan permata ini.

Oleh kerana tidak tahan mendengar leteran ibunya, Haiwani turun ke bawah. Bakri dilihat sedang duduk sambil menyilangkan kakinya ke atas meja kopi di ruang tamu. Sebaik saja mendengar derap kaki Haiwani, dia dengan pantas menurunkan kakinya itu semula ke lantai.

“Eh Haiwani! I ingat you tidur lagi,” bicara Bakri sambil tersengih bagai kerang busuk.

“Tidur apanya? Matahari dah terpacak atas kepala.”

Bara di hati Haiwani kian meningkat suhu. Tinggal nak meletop jadi bom saja.

“Well, I minta maaf ganggu you pagi-pagi ni. Sebenarnya I ada hal penting nak bincang dengan you.”

Bakri dengan tiba-tiba berdiri tegak dan melakarkan wajah serius.

Haiwani jadi seram melihat perilakunya. Selama dua kali mereka bertemu sebelum ini, lelaki itu tidak pernah membuat mimik serius. Malah bicaranya hanya sampah semata-mata. Asyik saja berbicara tentang kemegahan keluarganya.

“Cepatlah cakap.”

“I actually… well.. hmm..”

Bakri masih lagi bingung dengan apa yang dia bakal perkatakan. Dia takut apa yang difikirkan Haiwani, belum tentu sama dengan apa yang dia difikirkan.

“Cakaplah!”

Haiwani sudah hilang kesabarannya. Dah bagi peluang, terkulat-kulat pula dia di situ.

“Takpelah Haiwani. Kita cakap di lain hari.”

Bakri meminta diri untuk pulang. Mungkin dia belum cukup kuat untuk menyatakan apa yang terbuku di hati.

Tiba-tiba saja lelaki itu berubah sikap. Haiwani cuba untuk menelah perilaku bakal suaminya itu tetapi dia gagal. Mungkin dia cuba nak berbaik dengan aku kot. Mungkinlah kan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience