BAB 7

Romance Completed 1179

HAIWANI duduk termenung menatap jendela yang dibasahi percikkan air hujan. Musim tengkujuh masih belum berakhir. Tanah bumi masih lembab dan langit juga masih tak kering dengan air mata.

Hatinya dilambung ombak. Kelopak mawar merah dicarik satu persatu tanpa sebarang erti. Entah sampai bila dia harus begini. Derita menahan pedih di hati yang kian lama kian memakan seluruh jiwanya.

Haiqal sudah lama menghilangkan diri. Entah kemana lelaki itu pergi. Kata orang, Haiqal telah merantau ke negeri orang semenjak bekerja dengan Petronas. Ada juga rakan-rakan Haiwani yang menyiasat, kata mereka Haiqal sudah bertemu wanita idaman hati dan bakal berkahwin tidak lama
lagi. Ah kusut pulak minda Haiwani mendengarnya!

Semenjak dari tragedi pagi itu, Haiwani disangka pengkhianat oleh Haiqal kerana telah memungkiri janji untuk bertemu. Haiqal pergi tanpa sebarang pamitan. Tanpa mendengar langsung penjelasan yang ingin dia nyatakan. Sedangkan perkara itu hanya sekecil zarah kesalahannya. Haiwani tidak menikahi siapa-siapa. Malahan dia yang ditinggal Bakri di saat-saat akhir oleh kerana lelaki itu telah mempunyai pilihan hatinya sendiri.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Memang benar kahwin lari ini tiada berkatnya dimana-mana. Kalau benar Haiqal sayangkan dia, awal-awal lagi lelaki itu akan bertemu dengan mama. Awal-awal lagi Haiqal akan berusaha dan bukan hanya menunggu Haiwani seorang menjelaskan hal ini kepada mamanya.

Biarlah duka ini menjadi pengajaran buat dirinya dan wanita-wanita lain. ALLAH lebih mengetahui akan siapa jodoh yang terbaik untuk kita. Yang pasti kahwin lari bukanlah jalan penyelesaiannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience