BAB 9

Romance Completed 3991

Malangnya, jodohnya bersama Aizat tidak berpanjangan apabila Aizat terbunuh dalam kemalangan semasa berada di Shanghai. Percutian itu menjadi yang terakhir buat bakal menantunya itu.


Aisyah ketawa. Entah apa yang melucukan, dia sendiri tak tahu. Hatinya senang berada di dalam dunia ciptaannya sendiri. Tiada orang lain, hanya ada dia, emak dan juga Aizat. Gadis yang dulunya kemas dan bersih, kini bertukar sebaliknya. Sudah puas emak memujuk, tetapi tidak dipedulikan.

Aisyah mendekat dan baring di pangkuan ibunya. Hajjah Hapsah hanya membiarkan dan mengusap ubun - ubun kepala Aisyah.


" Bila mak nak beli bunga pahar mak. Dah tak lama ni.Aisyah nak warna biru. Biru kegemaran Aisyah. Birunya kena terang sikit. Aizat pun suka warna tu." ujar Aisyah dengan teruja.


" Nantilah. Nanti kita pergi beli." Hajjah Hapsah menahan sayu.


Aisyah merenung wajah ibunya. Apalah emak ni? Tidak gembirakah dia mahu menerima menantu.


" Bila nak tengok baju pengantin mak? Dah dekat ni, baju pengantin pun belum beli lagi. Mekap pun belum tengok lagi. Nanti kita pergi tengok kat pekan. Aisyah nak pilih yang tercantik sekali. Biar Aizat bertambah sayang kat Aisyah." Bertambah rancak suara Aisyah berkata.


" Iya, nanti kita pilih." Hajjah Hapsah bersuara antara dengar dengan tidak. Entah apa silapnya, entah dimana salahnya sehingga diuji sebegini. Tetapi dia redha kerana orang yang terpilih saja diuji sebegini rupa.


" Mak, bila abang Aizat nak balik? Lama dah Aisyah tunggu. Nanti tak sempat nak cuba baju. Kasut pun belum dia beli lagi ni. Risau pula Aisyah takut tak sempat."


Hajjah Hapsah sudah menangis semahunya. Sudahlah wahai anakku. Tidakkah kau tahu yang tunanganmu itu tidak kembali. Tidakkah engkau tahu yang engkau telah ditinggalkan dan gelaran sebagi tunang telah terputus dengan sendirinya? Tiada siapa yang curang, anaknya tidak, Aizat juga bukan.


Tetapi tetap terpisah. Dipisahkan oleh dua alam. Alam dunia dan juga alam barzakh. Alam yang tidak dapat dimasuki sebelum tiba waktu dan ketika.


" Mak..Kenapa mak menangis? Janganlah begitu mak. Tak lama lagi Aisyah nak kahwin dengan abang Aizat. Aisyah akan balik selalu jenguk mak tau.Tentu abang Aizat akan benarkan Aisyah balik jenguk mak kan?". ujar Aisyah memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience