BAB 8

Romance Completed 3991

" Saya sayang awak. Saya suka awak."

Kata - kata itu singgah lagi di telinganya. Entah ke berapa kali kata - kata itu diucapkan di depan matanya, dia tidak ingat..

Biarlah. Biarlah Aizat mengulanginya beratus kali atau seribu kali pun, tetap tidak muak dia mendengarnya. Tetap tidak mual dia mendengarnya malah hatinya bertambah bahagia. Seperti berada di awangan. Mungkin juga seperti berada di kayangan..

" Hujung minggu ni, Aizat nak ke China. Sayang nak kirim apa -apa ?"

Senyuman manis terukir di bibir Aisyah. Ini bukan kali pertama tunangannya itu bercuti. Aizat bercuti untuk melihat tempat orang memang menjadi kegemarannya.


Boleh tak kalau Aizat tak pergi?" ujar Aisyah.


Aizat merenung hairan. Kenapa tunangannya itu tidak membenarkannya dia pergi? Rindu barangkali atau pun?


" Kenapa? Sayang mau ikut? Akan Aizat bawa kalau ikatan kita sudah sah. Masa tu Aizat akan bawa sayang ke mana saja. Ke bintang, ke bulan malah ke matahari pun Aizat sanggup kalau mau terbakar sama." ujar Aizat.


Ucapan Aizat membuatkan Aisyah ketawa. Itu yang membuatkan dia berbangga dengan Aizat dan menerima lelaki itu seadanya. Aizat yang selalu menjaga batas pergaulan mereka. Tidak meminta yang bukan haknya ataupun yang belum lagi menjadi haknya.


Bukan dia mahu menghalang, bukan dia mahu mengongkong tetapi hatinya berat untuk melepaskan Aizat pergi. Hanya tinggal dua bulan saja lagi sebelum mereka diijabkabulkan.


" Aizat mahu berjalan buat kali terakhir. Aizat mahu manikmati zaman bujang terakhir sebelum kita bersama." ujar Aizat.


Aisyah tersenyum lagi. Kata - kata Aizat ada benarnya. Biarlah dia pergi, biarlah dia bebas seperti burung. Terbang ke mana saja dia suka, akhirnya akan hinggap ke dahan berpaut juga.


Aizat tersenyum senang apabila melihat anggukan dari Aisyah. Dia juga tidak mahu berpisah lama dengan gadis idamannya itu. Dia sendiri juga tidak sabar mahu menikah dan menghalalkan perhubungan antara dia dengan Aisyah. Tetapi dia tetap bersabar. Aizat tetap akan mengikuti perjanjian antaradua keluarga.


Duhai hati bersabarlah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience