BAB 5

Romance Completed 3991

Aisyah tersenyum kelat. Masih tidak pasti tentang perasaannya kini. Ada rasa suka dan tak suka silih berganti. Tetapi tidak pula sampai membenci. Hatinya baru mahu pulih ditampal dengan plaster hati Aizat.


Luka hati akibat ditinggalkan oleh oleh Azman tiga tahun lalu masih berbekas. Dia tidak mampu menyembuhkan luka itu. Tiada hospital yang dapat memberi ubat untuk mengubati nanah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tiada bomoh yang dapat membaca jampi serapah untuk menyembuhkn luka itu. Penyudahnya dia merana dalam hati.


Kehadiran lelaki yang bernama Aizat membuatkan dia bertambah benci. Kenapa Azman yang dicintai setengah mati itu tidak tergila-gilakan dia seperti Aizat? Bahagialah dia jika kekasihnya itu sanggup menemani dia ke mana saja. Bertuahlah dia jika Azman menurut saja apa kemahuannya. Tetapi tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience