BAB 3

Romance Completed 3991

Kelibat Aisyah hanya dapat dilihat dari jauh. Lalu gadis itu berlari meninggalkan dia. Menuju ke kantin untuk mengisi perut atau pun ke tempat lain untuk mencurahkan air mata, Aizat tidak pasti.Apa yang pasti dia sudah meluahkan apa yang tersirat dan tersurat di dalam hatinya.


Entah bila dia jatuh cinta dengan Aisyah. Bukan cantik sangat tetapi tetap lawa dan manis pada pandangan matanya. Wajah gadis itu membuatkan tidurnya tidak sesempurna dahulu. Senyumannya saja sudah membuatkan dia gila bayang. Semuanya kerana dia.

"Sudah-sudahlah tu kawan. Orang tak sudi, jangan dikejar. Orang tak mahu jangan dipaksa." Suara Zakwan kedengaran di telinga.


Entah bila kawannya itu berada di sebelah. Berapa lama pulak agaknya dia diperhatikan.


" Aku akan cuba pikat dia. Aku betul- betul jatuh hati dengan dia." ujar Aizat dengan tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience