Bab 10

Romance Completed 3991

Hajjah Hapsah tidak mampu bersuara lagi. Tangannya tidak sudah - sudah mengelap air matanya yang semakin laju mengalir. Semakin ditahan semakin bocor empangannya. Sudah tiga bulan Aizat pergi.


Aisyah tetap tidak berubah. Masih menanti kepulangan Aizat. Tidak peduli lagi pada hari yang berganti, tidak peduli pada bulan yang berlalu.Aisyah seperti tugu di depan pintu, tidak berganjak walau seinci pun. Kepulangan Aizat yang di tunggunya. Sudah puas keluarga Aizat memujuk Aisyah, tetapi seperti pekak dan tuli.


Sedangkan anaknya ada semasa jenazah Aizat disembahyangkan. Anaknya ada terjelepok di disisinya semasa jenazah Aizat diturunkan ke liang pahat. Dia juga yang memeluk ibunya semasa mendengar imam membaca talkin dengan suara yang perlahan.


Nampaknya kasih dan sayang Aisyah kepada Aizat benar - benar membuatkan anaknya penasaran. Membuatkan dia gila. Cinta yang sedang mekar di dalam hati Aisyah kini semakin subur. Cinta ikhlas yang nampaknya sememangnya kekal selamanya.


" Saya suka awak. Saya cinta awak. Itu yang selalu Aizat cakap kat Aisyah mak." Aisyah mengakhiri kata - kata itu dengan gelak ketawa yang panjang.


" Ya Allah ya tuhanku..Aku berserah kepada mu...," Rintih Hajjah Hapsah menadah doa penuh mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience