BAB 7

Romance Completed 3991

" Apa yang dimenungkan tu? Sudah - sudahlah...." Suara emak menyapa ditelinga.


Aisyah hanya tersenyum. Memang selama ini emak yang memberi kata - kata semangat kepadanya. Emak yang menarik tangannya dari dasar air yang berpusar yang tanpa sedar hampir melemaskan.


Kalau tidak kerana emak menasihatinya untuk menerima Aizat dan melupakan perkara lalu, sudah tentu dia teragak - agak untuk menerima lelaki itu. Aizat tidak pernah merungut. Aizat yang tidak pernah berputus asa memikat dia, walaupun sejauh mana dia berlari. Aizat akan tetap berada dekat dengannya. Makin dibenci semakin sayang.


" Cari orang yang benar- benar sayang dengan kita. Lama - kelamaan rasa sayang itu akan hadir dan muncul dengan sendirinya di dalam diri kita. Rasa ikhlas untuk mencintai pasangan kita selalunya akan berpanjangan selamanya. Cubalah perlahan - lahan." Ujar Hajjah Hapsah.


Iya, kata emak ada benarnya. Kini dia mula sayang pada Aizat. Kesabaran lelaki itu sudah mampu memikat hatinya. Senyuman lelaki itu sudah cukup membuatkan hatinya kembang setaman, walaupun tanpa bunga. Biarlah Aizat menjadi kumbang di taman hatinya seumur hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience