BAB 6

Romance Completed 3991

"Kau saja yang tergila- gilakan aku. Aku tidak." Kata - kata itu membuatkan dia seperti dipukul dengan kayu belati yang entah diperbuat dari apa. Tidak berdarah tetapi meremukkan hatinya. Memecahkan salur darah yang tidak pasti entah dimana. Kasihnya selama yang dicurahkan kepadanya hanya sia -sia belaka.


"Aku dah ada pengganti yang lebih lawa. Selamat tinggal." Kata - kata itu yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup seketika. Kata - kata itu membuatkan telinganya berdengung kuat. Kata - kata itu terngiang-ngiang di telinganya setiap kali teringat tentang peristiwa tersebut.


Benar selama ini, dia mencintai Azman setengah mati. Benar selama ini dia cuba untuk menurut apa kemahuan kekasihnya. Cuma satu. Satu sebabnya yang membuatkan kekasihnya itu mencari yang lain.


Apabila lelaki itu meminta kesuciannya, dia tidak dapat menurut. Tiada ikatan yang sah bermakna tiada jaminan. Dia tidak mahu ditinggalkan seperti kain buruk setelah dipakai. Dia tidak mahu dibuang tanpa belas sama seperti habis madu sepah dibuang. Walaupun bercerai badan, kesucian diri itu tetap dipelihara. Biarlah dia hilang kekasih, biarlah dia hilang jiwa dan raganya tetapi dia akan tetap mempertahankan apa yang perlu.


Tetapi dia tidak kuat dalam memerangi kata hati. Hilang kekasih sama seperti bernafas dalam lumpur. Mahu bernafas tetapi tersekat. Mahu bergerak tetapi tidak berdaya. Penyudahnya dia merana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience