April Fool 2

Short Story Series 932

"Hey mek, kau pakai shades dalam rumah ni dah kenapa." Selamba Nuf menegur, seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku antara mereka semalam.

Mama yang turut berada di meja makan turut memandang. Liyana hanya diam tanpa respon. Nuf juga kembali diam selepas itu, pelik melihat tiada sebarang respon dari Liyana. Selalunya mek tu semua benda dia nak lawan.Keadaan agak sunyi dan sedikit tegang.

"Are you ok my dear? Nanti tunggu mama, mama hantar ok." Mama bagai memahami ada sesuatu berlaku cuba mencelah. Mata Nuf mama pandang tajam, berani Nuf sakitkan hati satu-satunya anak perempuannya. Siaplah nuf nanti. Liyana sekadar mengangguk. Terus menuju keluar. Malas berlama disitu. Hati bagai tersiat melihat wajah itu bagaikan tidak terasa akan apa yang berlaku.

"Hei, mek. Mung gapo ni." Soal Nuf juga laju membuntuti langkah Liyana. Liyana berdecit. Sebuklah pakcik ni.

"Kau pahal ni? Semalam ok jer kan." Nuf tidak berpuas hati apabila Liyana seaka tidak mahu melayannya. Liyana terus berjalan tidak menghiraukan Nuf. Nuf tidak berputus asa. Langkah Liyana masih dikejar.

"Kau pahal ni! Macam mana masalah nak setel kalau kau macam ni. Cuba kau bagitau apa masalah dia sekarang ni. Kita bincang elok-elok. " Tengking Nuf. Dia geram. Shades milik liyana juga dia rentap kasar. Terkedu dia seketika. Jelas mata itu membengkak akibat menangis.

"Kau tanya aku apahal. Kau yang apahal. Kau mainkan hati perasaan aku, Nuf. Aku tau aku anak pungut tapi tolonglah, aku ada perasaan Nuffaiq hakim. Tolonglah. Aku sukakan kau nuf. Kenapa aku bodoh sangat sukakan kau. Kenapa kau bengap sangat nak faham." Liyana juga menengking. Hilang rasa malunya pada lelaki itu. Hilang rasa hormatnya. Lantaklah, apa nak jadi jadilah.

"Kk.. kau suka aku." Nuf seakan tersentak seketika. Namun pantas tangan Liyana, nuf tarik ke keretanya. Liyana cuba merentap tapi pegangan nuf kejap. Nuf nenolak Liyana yang berdegil tidak mahu masuk ke dalam kereta.

Nuf memandu keretanya laju membelah kesunyian pagi.

"Pakcik aku walau depress pon aku tak nak mati lagilah. Aku still nak kawin dululah sebelum mati. Walau bukan dengan kau. Kau nak bunuh aku ke, sebab aku sukakan kau. Kau jijik ke aku sukakan kau?" Liyana memberontak.

"Diam! Diam liyana, diam! Aku cakap diam, diamlah!" Drastik Nuf menberhentikan keretanya. Sunyi keadaan seketika. Liyana agak terasa mendengar tengkingan nuf. Sepanjang dia hidup itu kali pertama dia ditengking.

"Mek tolonglah, aku tak suka kau hina diri kau. Kau cantik mek. Sumpah aku maksudkan apa yang aku cakap semalam. Tapi aku takut. Aku takut kau tolak aku. Im truly scared if you think im serius and kau jaukan diri dari aku, aku takut mek. Sebabtu aku cakap macamtu. Sorry mek. Sumpah dengan nama Allah aku bersumpah aku memang cintakan kau mek."

"Kau tau bertapa aku tengah tahan diri aku dari lap air mata kau, setiap kali ada orang cuba sakiti kau. Kau tau bertapa aku nak tukar tempat dengan kau supaya kau tak lagi anggap kau anak punggut yang menumpang dalam family aku. Kau tau bertapa aku nak peluk kau bila kau selalu ada untuk aku. Kau tau bertapa semua benda dalam hidup aku, kalau takde kau takkan pernah sempurna."

"Maafkan aku, izinkan aku betulkan semuanya. Please, Terima aku. Jangan, tolong jangan menangis lagi. Sebab aku." Lembut suara Nuf meluahkan. Mata Nuf tepat memandang anak mata Liyana. Luahan perasaan nuf disambut dengan air mata oleh Liyana. Crush betul-betul suka aku balik. Terima kasih ya Allah.

"Mestilah aku terima kau pakcik. lama tau aku pendam perasaan. Bodohlah aku, kalau aku tolak kau."

???

"Mek.. mek, sayang oi. Berangan apalah dia." Nuf menepuk perlahan pipi sang isteri. Wajah Nuf yang jelas kepenatan itu menarik Liyana ke realiti. Termenung pulak fikir macam mana boleh kawin dengan pakcik ni. Tangan Nuf dicapai dan dicium manja.

"Eh mana ada berangan, orang termenunglah." Liyana menarik tali leher pada tengkuk Nuf.  Nuf mencebik bukan sama ke.

"Mek... im so tired today...." nuf mula membebel menceritakan seperti selalu akan apa terjadi hari ini dipejabat sambil kepala dibaringkan pada paha si isteri. Wonderfull. Liyana suka keadaan begini. Sepanjang 3 tahun mereka berkahwin inilah salah satu aktiviti harian mereka sepanjang berkahwin.

"Ia sian suami kita, tu." Tangan Liyana lembut membelai rambut nuf. Itulah respon Liyana setiap kali mendengar aduan dari sang suami. Nak respon lebih pon bukan dia ada di tempat kejadian

"You know mek i really miss you very much at the office. Not singgle thing i do without thinking about you. I love you, mek. Truly love you." Mengada suara itu, sambil membelai perlahan perut Liyana yang kian membesar. Liyana hanya tersenyum. Ayat biasa Nuf tiap kali pulang dari kerja.

"Anak nak masuk tiga dah pakcik oi. Mengada serupa macam baru kawin semalam." Liyana membalas walau terasa bahagia, mendengar ucapan cinta dari sang suami. Tipulah sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka hanya bahagia. Ada pasang surutnya, tapi itulah yang mendewasakan mereka.

"Ye ke nak masuk tiga. Entah-entah yang ni pon kembar apa. Besar semacam je perut awak ni mek. Kembar tiga kot." Ye, anak pertama dan kedua mereka kembar. Kembar seiras. Kedua-duanya lelaki. Lutfan Hafiz dan Lutman Hariz. Si cilik yang buas, keduanya.

Mengikut genetik Daddy agaknya. Daddy ada kembar tidak seiras. Memang tak menang tangan liyana nak jaga. Sorang nak itu, sorang nak ini. Nasib pakcik Nuf ni memahami.

"Ish kesitu pulak. Anak awak yang ada dua pon buas dah macam bapak dia." Perut si suami dicubit geram. Anak dia dahlah buas-buas semua. Encik suami pon tak menyempat kembar baru lahir tak sampai setahun dapat anak lagi. Malu jer kat mama dengan daddy. Habis dibahan.

"Mek... ketam awak tu berbisa tau. Mek malam ni terasa macam nak jadi peladanglah. Dah lama tau dok perati ja kebun mokte ni. Manih lleting." Liyana tergelak paham ayat dua makna si suami.

"Pakcik ni, terberanak saya nanti. Baby punya due lagi 3 weeks tau."

"Okey, okey pakcik janji buat yang ringan-ringan je. Macam ni." Pantas bibir dihadapannya dipagut rakus. Hampir dua minit Liyana menolak perlahan. Termegah-megah liyana mencari nafas. Haih encik suami ni, tak menyempat aku nak tarik nafas.

"Sorry, penat." Sejurus berkata Liyana kembali menerkam bibir itu. Dalam diam Nuf tersenyum. Diusap lembut leher dan belakang badan Liyana. Setelah ciuman dilepaskan. Tubuh si isteri dikendong ke bilik. Perut Liyana dicium berkali. Baby dalam perut, please bagi kerjasama. Nanti papa bagi kiss banyak-banyak lagi. But now mama and papa time. Selamat malam. Nak jadi peladang jap. Melawat kebun mokte ni.

" you are the one who seduce me. So you need to take responsible . Treat me well tonight, love." Menggoda suara nuf berbisik

"Pakcik jangan lupa baca doa." Sempat Liyana juga berbisik.

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai ladang bagi kamu,
oleh itu datangilah ladangmu secara mana yang
kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal) yang baik untuk diri kamu; dan bertqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang beriman "(223)

Insyaallah kalau berjodoh, pasti masanya akan tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience