Allerednic 3

Short Story Series 932

Aku bersandar pada kerusi melepaskan lelah. Argh, penatnya. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan. Jam pada dinding dikerling sekilas, dah pukul tiga pagi, patutlah penat semacam. Nipon belum habis lagi mengemas.

Cincin di jari aku tenung lama. Hari ini secara rasminya aku menjadi isteri kepada lelaki itu, setelah 2 bulan berfikir. Lelaki yang ayah nak sangat jadikan dia menantu. Lelaki yang tiap kali aku ajak jumpa susah sangat nak free. Apa dia ingat aku terhegeh sangat nak jumpa dia. Dia yang nak kawin dengan aku, tapi dari gaya macam aku yang tergedik nak dekat dia.

Dalam seronok aku berangan tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Cepat-cepat aku membetulkan duduk. Masih kekok apabila bersama dia. Tapi sebaik masuk dia langsung tidak memandang aku, lagikan pula nak tegur aku. Okey, apa masalah dia sebenarnya. Kena kahwin paksa ke apa.

Ehem. Aku berdehem perlahan untuk menarik perhatian dia memandang aku. Muka dia jelas menunjukkan betapa penatnya dia.

"Awak dah solat Isyak ke?" Aku menyoal untuk memecahkan kejanggalan suasana. Lagipon dari tadi dia sibuk kesana kesini membantu membersihkan peralatan kenduri. Aku dah kata buat kecil-kecilan je, tapi semua orang degil. Kan sekarang dah penat.

"Dah..."

Keadaan kembali kekok. Namun secara tiba-tiba dia menghulurkan tangannya. Aku dengan teragak-agak menyambut tangan itu. Dia menarik aku ke katil, aku hanya menurut tetapi air liur sudah terasa kesat untuk ditelan.

"Cantiknya.." dia mengusap rambutku perlahan.

"Saya, mestilah cantik." Aku membalas tetapi rasa seakan-akan ingin menampar bibir yang mengucapkan. Ya Allah behavelah sikit Jazneen oi. Kalau tak merendah diri tu memang Jazneenlah jawabnya.

"Iyalah cantik sangat." Bibir itu mengukirkan senyuman senget. Menyesal agaknya puji aku. Walqu senyum senget pon hensem. Bukan macam muka ketat dia, macam mintak penampar.

"Kan hensem kalau senyum macamni." Ujar aku ikhlas dari hati. Yelah dari tadi muka beku je. Aku ingat dapat suami macam dalam drama tu tak reti nak senyum.

"Ada jelah nak menjawab eh." Dia mencuit pipi aku. Laah sweet jugak rupanya.

"Awak. Jom berkenalan."

"Eh lepas kahwin baru nak kenal dengan suami eh." Nada suaranya mengusik.

"Yelah orang tu masa tunang dulu susah sangat nak jumpa. Busy macamlah dia tu perdana menteri." Ujar aku pula tidak berpuan hati.

"Eh.. betullah saya busy. Awaktu yang tak reti pilih timing eh. Suka pilih time saya memang betul-betul busy."

"Bukan sebab saya tak reti pilih time eh, tapi sebab setiap time awak busy." Ambik kau, nak sangat gaduh dengan aku. Memang jawabnya kau takkan menanglah.

"Ok fine. Ask me what you want to know about me."

"Awak kenal saya?"  Aku menyoal soalan tang aku terlalu ingin tau.

"Kenal in generallah, awak anak pakcik Jaafar. Awak sebaya dengan Aina. Just benda yang semua orang tau. "Aku agak terkejut dan terkedu. Lepastu macam mana dia boleh dicide nak kahwin dengan aku.

"Then why. Awak pilih nak kahwin dengan saya?" Soal aku tidak menyabar. Jangan cakap dia kena paksa kawin dengan aku. Ei tolonglah, ni bukan malay drama.

"Haha, you look some kind of seductive maybe?" Dia jawab bersahaja, lalu bangun dan pergi entah ke mana. Haih ni yang aku geramni cuba serius sikit. Seductive kepala otak dia. Akuni baik ok.

Dalam aku bebal sorang-sorang dia datang kembali bersama kotak ditangan, dan menghulurkan padaku. Aku memandang pelik. Kotak itu dibuka lalu jelas kelihatan kasut heels aku. Eh macam mana ada dekat dia. Ni bukanke yang aku campak dekat Faten. Eh entah-entah dia ni...

"Before you say anything let me explain first. Saya bukan pervert or stalker ok. Ingatkan kasut ni?" Dia menyoal lembut. Aku tersenyum sendiri sambil mengangguk. Macam tau-tau je apa aku fikir.

"Sebab kasutni I really want to know you. Saya nampak awak gaduh dengan Faten. You look attractive and seductive that time. Aum. Nampaklah bukan senang nak bodohkan awak. Lepas Faten pergi, saya terus capai kasut ni. Nak cari pemilik dia. Susah lahai nak jejak, macam prince nak cari pemilik sepatu cinderella. Until one day saya datang rumah ayah and i saw you. Dah macam bibik bersihkan rumah." Peha Asyraf aku tampar kuat. Senang hati cakap aku macam bibik.

"Betullah dengan pakai tudung indonnya, baju warna lain dari tudung. I really though awak bibik ayah tau. Tapi rupanya dia ni anak kandung ayah. And dia ni cantikje, tapi selalu kena buli dengan mak and kakak tiri dia."

"Eh... bukan kena buli okey. I just treat them well, like what ayah told." Aku mencelah, agak tidak berpuas hati apabila kena tuduh dibuli. Nampak lemah, aku buat sebab ayahlah. Aku tak suka nampak lemah.

"Okey whatever, then lepastu saya terus masuk meminang awak. I dont know why. That time, i just want you really bad. Saya mimpi awak tiap malam tau." Aku memandang muka Asyraf yang berubah macam pervert. Eh dia ni mimpi basah ke apa.

"Jadi awak kahwin dengan sayani kiranya sebab kasut nilah?" Aku menyoal tidak percaya. Takkan semudah tu nak kahwin dengan orang. Masa depan kot.

"Maybelah, kasutni penghubung saya untuk memiliki awak." Dia menarik kembali kotak yang mengandungi heels itu dari aku.

"Dah macam cinderella eh cerita saya. Takde mak, tinggal dengan mak tiri jahat. Kena buat kerja rumah. And now, married with a prince because of shoes. Awak tahu saya selalu deny yang sayani sama kisah macam cinderella. But tak sangka memang betul." Aku ketawa kecil. Macam mengeluh nasib pon ada.

"Kenapa deny. Taknak jadi cinderella ke? Dapat kahwin dengan anak raja."

"Saya tak suka. Cinderella is really naive. Just follow what others want her to do. Ikut je telunjuk orang. Dia sepatutnya lawan balik, tapi dia lemah. Tetap terus ikut. Just like me. Pathetic like me." Aku membalas lemah, sedar yang aku juga seperti Cinderella. Mengikut sahaja semua yang orang suruh. Lemah. Pathetic. Useless.

"Even im not a prince, but i gonna make sure, you have a really happy ending like cinderella. I promise. I'll wipe all your tears away." Asyraf meletakkan kotak yang mempunyai kasut ditepi dan menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang dari tak rasa nak menangis terus menghamburkan air mataku. Kenapa dia baik sangat.

???

Aku membuka pintu rumah apabila diketuk dari luar. Aku agak tertanya juga siapa yang datang. Sebaik membuka pintu, aku memandang pelik Asyraf yang nampak lemah, mungkin kerana baru pulang dari kerja. Eh dia ni kenapa. Berketuk pintu bagai, takde kunci ke.

Sebaik dia memandang wajah aku terus dia memeluk tubuhku erat. Aku terkebil seketika, nak balas ke tak eh? Bukan tak biasa, benda lebih darini pon dah pernah buat. Aku cuba menolak tubuh Asyraf sedikit.

"Please... just a while." Tubuh itu lemah sekali. Kalau aku memang tak kesah dia nak peluk lama pon tapi masalahnya sekarang...

"Ehem.. ehem. Hai pasangan sejoli ni dah dua bulan kahwin pon manis lagi eh. Tapi beragaklah. Kesian kalau ada orang single nampak." Ujar Nadia adik kepada Asyraf. Asyraf yang mendengar cepat-cepat melepaskan pelukan. Aku pulak dah macam nak menyorok belakang Asyraf. Malu woi. Tangan Asyraf aku cubit perlahan. Geram! Tak pasal-pasal aku malu.

Harini family aku iaitu ayah dan Aina serta family Asyraf iaitu mama dan abah serta Nadia adik perempuan Asyraf datang. Datang pon secara mengejut. Sekali pulak tu, macam dah merancang pulak mereka. Dan yang penting nasiblah si makcik Fuzah dan anak-anak kesayangan dia tak datang. Kalau tak terpaksalah aku tahan mulut puaka diorang. Entah apa yang diorang tak puas hati dengan aku.

"Woo tak sangka Asyraf annoying ni sweet." Ujar Aina dengan senyuman nakal. Asyraf menjengil Aina. Rupanya bagaimana Aina mengenal Asyraf adalah kerana mereka kawan baik. Hubungan aku dengan Aina pon bertambah baik semenjak kes aku temankan Aina ke klinik haritu. Aina ni baik je cuma gaya pemakaian dia diva sikit. And gedik sikit-sikit. Biasalah tu.

"Assalamualaikum Ayah, abah dengan mama." Asyraf beriak selamba sambil menyalami semua mama dan abah serta ayah mertuanya. Geram pulak aku, buat macam takda apa-apa jadi. Aku pulak yang malu.

"Mummy tua." Ujar Asyraf sebaik melintasi Aina. Senyuman mengejek dihadiahkan.

"Woi jantan ni dah melampau." Aina berbisik di telinga aku sebaik aku duduk disebelahnya. Aku hanya membalas dengan senyuman. Laki kita kot takkan nak kutuk.

"Mama, ayah dengan abah ni merancang ke apa nak kesini." Soal Asyraf tempat disebelah Nadia yang masih kosong diduduki.

"Takdelah tiba-tiba kita berjodoh jumpa disini, nak tengok korang bersweet-sweet." Mama mengusik. Pipi aku yang sedia merah kembali memerah. Ya Allah malunya.

"Takpelah sekurang-kurangnya kita taulah yang diorang bahagia." Balas abah kepada Asyraf pula.

"Dapat cuculah kita taun depan Ad." Ayah pon join mengusik. Asyraf tersengih kerang busuk dia. Geram je aku tengok. Aku dah malu macam apa, dia boleh tersenyum-senyum.

"Kalau macamtu, Dia nak request anak buah kembar. Mesti comel." Nadia juga mencelah. Aku juga rasa tak betah berlama disitu.

"Erm, Aneen ke dapur dulu ye, nak siapkan makanan. Semua makanlah dekat sini ye." Usai berkata aku terus berlalu ke dapur. Pintu peti sejuk aku bukak pantas. Ya Allah kenapa muka panas sangatni. Tak senang duduk aku dibuatnya.

Sedang aku membancuh air, tiba-tiba terasa tubuh aku dipeluk dari belakang, tak lain tak bukan si Asyraflah ni. Terus aku memusingkan badan menghadap dia sambil memeluk tubuh.

Baru ingat nak marah tapi nampak wajah dia yang suram menghentikan aku. Dia nampak macam ada masalah.

"Hei, kenapani." Tubuh Asyraf dihampiri sambil aku mengusap lembut wajahnya. Asyraf terus menarik aku ke dalam pelukannya. Lama keadaan kami begini sehinggalah...

"Ui, sambung beromen dekat dapur pulak eh korang." Usik Nadia yang jelas ingin ke tandas. Argh busted. Malunya. Aku dengan pantas menolak tubuh Asyraf dan ke singki acah-acah sibuk buat basuh pinggan.

Usai makan malam keluarga Asyraf meminta diri untuk pulang kerana Nadia ada hal. Asyraf pula sibuk bersembang dengan ayah di depan, memang kamcing teruk dia dengan ayah. Dah macam akuni yang menantu. Aku pula bersama Aina membersihkan dapur.

"Ish kau ni duduk jelah, risau tau aku tengok perut kau yang macam bom nak meletop ni." Ujar aku sambil menarik Aina untuk ke kerusi. Tidak dinafikan perut Aina memang besar. Dah macam kembar.

"Eh aku okeylah."

"Wey kau dah berapa bulan eh?" Aku agak tertwnya kerana perut Aina memang besar.

"Dah tujuh bulan ni. Ya Allah tak sabar nak jumpa baby." Ujar Aina sambil menggosok perutnya yang memboyot itu.

"Besarnya perut kau, kembar eh?"

"Taklah, waktu scan haritu doktor nampak satu je. Eh Jazneen sini-sini. Baby tendanglah." Aina menarik tanganku kearah yang ditendang oleh baby. Waah comelnya, baby ni tendang.

"Takpelah tak lama lagi aku dapatlah adik. Mesti comel macam aku."

"Eh... mendenya macam kau, anak aku rupa akulah."

???

"I miss you so bad." Selepas ayah dan Aina pulang terus Asyraf mendapatkan aku. Hailah dia ni tak menyempat. Aku tutup pintu pon belum lagi.

"Then." Aku balas bersahaja. Malas melayan. Rindulah sangat, macamlah tak jumpa bertahun.

"Nak bite." Bisik dia separuh menggoda. Pintu rumah terus ditutup.

"Jangan nak mengada." Tubuh yang erat memeluk itu aku tolak kuat. Namun tidak berhasil.

"Nak mengada, jugak." Selesai berkata terus dia mencempung tubuhku kebilik. Aku memberontak didalam dukungannya. Ish suqmini tak tau ke kita malu.

"Bae, turunkanlah saya." Ujar aku lembut. Dah cqra kasar tak berjalan kita guna kelembutan pulak. Dadanya yang kekar diusap lembut. Terus dada ity berkocak gebat.

"You turn me on baby. You beed to pay for it." Bibir kami bertaut lama sebelum dia kembali membawaku ke bilik.

Aku trrsenyum. Dia benar-benar kebahagian aku. Aku bahagia bersama dia. Mungkin inilah yang dimaksudkan pelangi selepas hujan. Dengan dia aku rasa kebahagian yang sebenar. Ya Allah kekalkanlah pelangi kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience