Allerednic 2

Short Story Series 932

"Jazneen..." Aku yang baru keluar dari bilik agak terkejut dengan panggilan ayah. Gila kau tak terkejut, ayah yang berdiri betul-betul depan muka pintu bilik, dengan muka serius, macam nak pergi bunuh orang pon ada. Macam ada kematian pon ada.

"Saya ada benda nak bincang dengan Aneen." Kata ayah dan terus berlalu meninggalkanku. Ok ini agak menakutkan. Muka ayah serius habis, suara ayah sumpah seram. Jazneen kau tunggu jelah, ajal kau dah tak lama dah ni.  Ni mesti pasal kes aku baling heels dekat Faten. Tulah kau buat keputusan bukan nak ingat bila ajal kau sampai. Sekarang kau tanggunglah akibatnya.

Handbag yang tergantung dibahu aku letakkan kembali dalam balik. Tadi, baru ingat nak keluar rumah, pergi hilangkan bosan, buat window shopping. Tapi dah macamni memang tak beranilah nak keluar. Haisy penat je pakai tudung lawa-lawa. Hekhek perasan jap.

Tanpa menunggu lama terus bilik kerja ayah ditingkat tiga dituju. Rumah ni tiga tingkat di mana bilik aku kat tingkat satu. Hailah jenuh nak naik tangga sampai ke tingkat tiga. Ditingkat dua pula terdapat bilik Farah dan Faten. Manakala tingkat tiga khusus untuk ayah dan isteri-isterinya. Aku pon jarang naik ke tingkat tiga.

Ini juga merupakan salah satu sebab aku malas nak naik bilik kerja ayah. Malas nak menghadap makcik berdua tu. Kalau Aina ok lagi, diapon jarang cari pasal dengan aku. Kadang kadang je. Yang jadi masalahnya sekarang ni ialah makcik tua tak sedar bila nak mati tu. Kerja nak cari salah aku je. Padahal akuni tak pernahlah nak masuk campur pasal dia.

Setibanya sampai betul-betul dihadapan bilik kerja ayah aku membaca bismillah. Semoga semua baik-baik je. Pintu bilik kerja ayah aku ketuk dahulu sebelum masuk. Entah kenapa bila dengan ayah aku akan jadi tiba-tiba formal. Saat aku masuk ayah memandang hanya sekilas kemudian kembali menghadap surat khabar yang berada ditangan. Aku sikit punya segakni ayah taknak pandang ke?

"Duduk, Jazneen." Ayah yang perasan aku hanya berdiri menyuruh aku duduk. Sebenarnya aku kekok, takut kalau duduk nanti benda yang ayah nak cakap sikit je. Kotlah ayah nak marah-marah aku pastu halau keluarke? Kalau berdiri senang sikit nak keluar.

"Aneen mintak maaf ayah." Aku memulakan perbualan apabila ayah hanya diam. Ayah memandang aku, lalu kembali menghadap surat khabar ditangan. Okey senyap lagi. Ingatkan bila aku bukak perbualan, adalah ayah nak cakap apa-apa. Setelah beberapa minit keadaan masih sama, ayah senyap membaca surat khabar, aku pula macam orang bodoh tenung lantai. Agaknya dah tembus sampai bawah tanah aku tenung.

"Do you believe in marriage?" Soal ayah secara tiba-tiba, terkejut aku. Ini terlalu tiba-tiba. Aku ingatkan ayah nak cakap pasal aku baling heels dekat anak kesayangan dia. Tiba-tiba tanya pasal kahwinni kenapa. Ke, omgeeee!!! Ayah nak kawin lain ke?

"Maksud ayah?" Aku menyoal kembali, aku bukan boleh nak proses benda tiba-tiba ni.

"After my broken relay with your mother, what did you believe in marriege?" Surat khabar sudah ayah letakkan diatas meja. Muka ayah serius habis. Okey lagi better kalau ayah baca surat khabar sambil sembang daripada ayah tenung macamni. Maaaak takut.

"Kalau ayah?" Aku tiada jawapan jadi aku menyoal kembali.

"Give me answer Jazneen, not question me back." Pandangan ayah dalam. Oh my god! Jasneen. Kenapa kau naikkan darah ayah. Wajah ayah yang sudah sedia seram, bertambah seram.

"Aneen percaya yang perkahwinan mampu memberi kebahagian. Mungkin bukan jodoh ayah dengan mak sebabtu bukan berakhir dengan bahagia. Tapi Aneen percaya bila masanya tepat, orangnya tepat, insyaAllah, ia mampu membawa kebahagian." ujar aku teragak-agak. Aku tak tahu apa yang seharusnya aku jawab.

"Tak takut jadi macam saya." Soal ayah pula. Aku pernah memikirkan mengenai hal ini. Tak sangka satu hari nanti akan ada orang yang bertanya.

"Bagi Aneen, untuk memberi kepercayaan pada seseorang bukan mudah. Dia perlu pecahkan banyak tembok untuk sampai di tahap dimana dia menjadi orang yang kita percaya. Once hati dah mula percayakan dia, itu bermakna kita yang memilih untuk percaya.

Tugas dia pulak untuk memilih sama ada terus menjadi orang yang kita percaya atau musnahkan kepercayaantu. Marriege is not just about love, its also about trust and loyal." Aku membalas persoalan ayah yang sudah lama aku fikirkan jawapannya. Ayah mengangguk-angguk.

"Someone come and propose you." Ujar ayah lembut, serta agak tiba-tiba. Terkejut beruk aku. Mulut pula dah nak ternganga. Omgeeeee! Seriuslah wei. Siapa orangnya. Aku tak pernah bercinta woi. Ingatkan akuni singlelah sampai tua.

"Siapa orangnya?" Soalan yang bermain diminda terus ditanya. Siapa? Adakah aku kenal? Kenapa tiba-tiba.

"Aneen tak kenal dia. Tapi dia baik. Saya yakin dia mampu jaga Aneen. Saya yakin dia mampu memiliki love, trust and loyal from you." Patutlah tiba-tiba ayah tanya pendapat aku tentang perkahwinan. Ini rupanya. Wajah ayah aku pandang tidak percaya. Aku tak kenal dia, macam mana dia boleh terfikir nak masuk meminang aku? Oh god, this is really ridiculous. Aku tengah mimpi ke?

"Jadi dia kenal Aneen tapi Aneen tak kenal dia. Macamtu ke ayah?" Aku menyoal lagi. Yelah masa depan aku kot. Tapi macam mana dia kenal aku? Stalker ke? Wuish takkanlah akuni dahlah tak segak pon.

"Dia kenal wajah dan nama Aneen je. Aneen ambiklah masa Aneen. Dia baik Aneen, saya yakin dia mampu bahagiakan Aneen. Saya sedia terima dia sebagai menantu. Aneen kena fikir masa depan Aneen juga. Kalau satu hari nanti saya tiada, mungkin dia akan sentiasa ada untuk Aneen. Jaga Aneen, lindungi Aneen, sayang Aneen. Jadikan Aneen wanita paling bahagia.

Saya yakin sangat dengan dia Aneen. Kalau boleh saya nak sangat dia jadi menantu saya." Suara ayah sebak. Mengapakah? Siapakah lelaki itu, yang terlalu hebat sehingga mampu memecahkan tembok tembok kepercayaan ayah. Sehingga ayah begitu mempercayakannya.

"Aneen ambiklah masa Aneen. Nanti dah sampai masa saya akan mintak jawapannya." Aku terpempan sendiri.

Aku melangkah lemah ketika keluar dari bilik kerja ayah. Dari takde benda nak kena fikir, sekarang kena paksa otak berfikir pulak. Aku melepaskan keluhan berat. Minda terasa kosong, hanya dipenuhi dengan kata-kata ayah tadi.

Secara tiba-tiba langkah aku diberhentikan seseorang dengan menarik lenganku. Aku memandang wajah manusia yang menarik itu. Hmmm, ni nak apa pulak.

"Kau ikut aku." Aina terus menarik tangan aku tanpa amaran. Terkejut maak. Apa masalah minah ni. Aku tak cari pasal pon dengan dia, dah kenapa main tarik-tarik. Tangan Aina yang erat memegang tanganku ditepis kasar.

"Kau pahal, giler." ujar aku kasar. Orang dahlah takde mood, nak kacau-kacau pulak. Aku melihat wajah Aina, jelas wajah itu kelihatan gusar. Ni dah kenapa pulak...

"Kau kena tolong aku... Please, aku boleh percayakan kau sorang je." Ujar Aina dengan nada separuh merayu. Aku pula terkedu. Tak pernah pernah makcikni macamni.

Dan akhirnya, aku disini. Di klinik Dr Akmal. Kerana kalah dengan pujuk rayu Aina. Ye akuni walau kasar mudah je nak pujuk. Tapi aku tertanya kenapa Aina ajak aku ke sini. Klinik? Dia sakit ke? Tapi dah kenapa nak kena ajak aku? Kenapa tak ajak ayah? Banyak benda yang bermain difikiran. Sampai benda yang ayah cakap tadi pon tak sempat nak fikir.

Sementara menunggu nama Aina dipanggil untuk berjumpa doktor, aku termenung sendiri. siapa orangnya ye. Aku tak kenal pulak tu. Macam mana dia boleh tiba-tiba masuk meminang. Ayah pula macam yakin yang dia mampu jaga aku. Ayah macam nak sangat aku kahwin dengan lelaki itu. Ayah siap cakap dia nak sangat lelaki tu jadi menantu dia.

"Jom masuk." Tersentak aku apabila Aina tiba-tiba menarik tangan aku. Aku hanya menurut. Fikiran sedang diasak hebat dengan pelbagai soalan. Sekali lagikah? Sekali lagi aku perlu abaikan kemahuan aku demi ayah... Memang ayah tak memaksa, cuma kalau boleh aku nak memenuhi semua permintaan ayah.

Aku duduk memerhati sekeliling. Aina pula sedang diperiksa oleh doktor. Aku agak tertanya, kenapa dengan Aina. Sewaktu perjalanan ke sini pon dia senyap je. Ke dia ada penyakit kronik, dan dia taknak bagitau ayah. Macam dalam drama yang aku selalu tengok tu.

Astaugfirullah. Sebaik tersedar yang aku fikir buka-bukan tentang Aina, cepat-cepat aku istighfar, membuang segala tanggapan negatif tentang kesihatan Aina. Boleh jadi doa nanti. Setelah beberapa ketika diperiksa doktor Aina sudah kembali duduk disebelahku. Aku yang baru ingin mengatakan sesuatu kepada Aina terhenti apabila seorang doktor perempuan duduk dihadapan kami.

"Puan Aina, dah berapa lama tak period?" Soal doktor itu kepada Aina. Aku kembali bermain dengan telefon. Tidak mahu mengganggu perbualan Aina bersama doktor itu.

"3 bulan doktor." Jawapan Aina membuatkan aku tercenggang. Bapaklah perempuanni. Dah tiga bulan tak period baru nak jumpa doktor. Kalau aku tak period sebulan pon terus jumpa doktor, takut ada masalah lain. Yelah zaman sekarang ni banyak penyakit pelik-pelik.

"Tahniah puan Aina, dari ujian yang telah saya lakukan mendapati, puan Aina mengandung. Dah tiga bulan ye." Doktor itu pamer riak gembira. Aku pon tumpang gembira walau terkejut. Aku dapat adik tiri woi. Tapi wajah Aina hanya kosong, yang tidak menggambarkan apa-apa.

Dia tak happy ke. Doktor itu pon seakan-akan kekok. Yelah selalunya orang dapat tau dia mengandung ni happy. Doktor itu pula, membuang rasa kekok dengan memberi Aina nasihat untuk ibu mengandung.

Usai keluar dari klinik itu Aina membawa aku ke sebuah kedai makan. Dari tadi aku memerhatikan reaksi Aina. Kenapa? Dia macam tak gembira. Ke dia taknak mengandung sebab taknak nampak gemuk.

"Kau tak happy ke? Kau nak jadi mak... Tak lama dah lagi enam bulan je." Aku cuba menarik perhatian Aina yang jauh termenung.

"Jangan bagitau ayah kau lagi pasal hal ni." Wajah Aina serius.

"Eh kenapa, jangan cakap yang ni bukan anak ayah... Kau nak gugurkan dia ke?" Wajah aku mula berang. Tetapi Aina membalas dengan menjentik dahi aku. Auw sakit.

"Eh perempuanni. Mulut jaga sikit eh, ingat aku jahat sangat ke. Yelah... aku memang jahat tapi takdelah sampai sanggup tidur dengan lelaki lain. Sampai sanggup nak bunuh anak aku sendiri." Ujar Aina perlahan. Tangannya dibawa perlahan mengusap perut yang masih kempis itu. Aku tersengih malu sendiri. Tulah banyak sangat terpengaruh dengan dramani.

"Habistu kenapa taknak bagitau ayah?"

"Aku takut, banyak yang aku takutkan. Sebenarnya dah lama aku rasa aku mengandung. Aku dah selalu morning sickness. Kadang bau minyak wangi akupon aku rasa nak muntah. Tapi aku selalu nafikan. Sebab aku tau banyak kemungkinan boleh jadi.

Nanti ayah kau boleh terima ke babyni? Aku takut kalau dia tak terima... Aku takut kalau dia tak happy. Lagi satu, aku takut kalau si Fuzah tu tau aku mengandung dia apa-apakan aku. Dia dah warning awal-awal yang dia akan pastikan aku takde anak dengan ayah kau. Aku takut. Kau tau pagi tadi dia tolak aku kuat. Sebabtu aku pergi cek babyni. Aku takut ada apa-apa jadi." Ujaran Aina buat aku tertempan. Eh makcik Fuzah ni memang semua orang dia nak cari pasal ke apa.

"Kau boleh sorok sampai bilaje. Kau dah tiga bulan dah. Nanti dah empat, lima bulan mesti perut kau nampak punya. Nanti apa pula kata ayah bila dia dapat tau."

"Aku akan bagigau jugak nanti. Tapi bukan sekarang, aku takut babyni terancam." Jelas riak keresahan diwajah Aina.

"Kau kahwin dengan ayah sebab apa?" Soal aku rawak. Aku agak tertanya sebab Aina pon dari golongan berada. Mustahil dia inginkan harta.

"Ayah kau baik, masatu sebab bisnes problem daddy banyak berurusan dengan ayah kau. Ayah kau banyak sangat tolong. Sampai daddy paksa aku kahwin dengan ayah kau sebagai membalas budi. Walaupun sebenarnya daddy nak aku kikis harta ayah kau. Dan supaya aku dapat hidup senang. Ayah kau tak mintak pon nak kahwin dengan aku.

Memang aku memberontak. Yelah aku muda lagi kena kahwin dengan orang tua, anak dia pulak sebaya aku. Tapi lepas selalu kena paksa dengan daddy, aku mula berkenalan dengan ayah kau. Dia baik.. sangat. Sampai aku sendiri jatuh cinta dengan dia. Dengan kebaikan dia.Aku sendiri yang decide nak kahwin dengan ayah kau." Aku yang memdengar cerita Aina tersenyum.

"Kau bahagia?" Aku pon taktahu kenapa aku tanya soalan itu. Otakku pula ligat memikirkan permintaan ayah tadi.

"Bahagia sangat. Ayah kau sweet tau walau dah tua. Jangan pandang usia tau. Eh ayah kau ada cerita kat aku, pasal orang masuk meminang kau. Ehehe... dia hensem tau. Tapi kau jangan risau, dia muda. Kau tak dapatlah suami tua macam aku." Ujar Aina dalam nada mengusik. Aku pula yang terkedu.

"Eh kau kenal ke siapa orang tu?"

"Adalah... Tapi dia baik tau. Ayah kau cakap dia harap sangat lelaki tu jadi menantu dia." Sekali lagi, ayah memang berminat sangat ke dengan lelaki tu? Kalau aku tolak mesti ayah kecewakan.

"Istikharah la Jazneen oi." Ujar Aina lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience