Imperfect

Short Story Series 932

Anas yang berjalan santai mula berlari apabila mendengar jeritan meminta pertolongan. Sampai di tempat kejadian dia tersenyum sinis.

"found" bisik dia sendiri.

Kelihatan dihadapannya terdapat sekumpulan lelaki cuba untuk merogol seorang perempuan, perempuan itu kelihatan sangat lemah akibat dipukul kerana cuba untuk mempertahankan maruahnya.

Anas mendengus kasar, dia paling tak suka lelaki durjana yang mengambil kesempatan terhadap wanita. Dia benci. Dia jijik.

"Woi!" Jerit Anas lantang. Hoodie dibetulkan sebelum dia menghampiri lelaki-lelaki durjana itu. Dia berjalan tenang. Mata lelaki-lelaki durjana itu memandang dia tajam. Huh sikit pon dia tak takutlah. Mata korang bukannya boleh membunuh pon.

"Looks who cooming." Ujar lelaki itu seakan memerli. Anas mengangkat kening sebelah. Jangan pandang dia sembarangan. Takut nanti ada yang bersemadi dalam parit.

"Trying to be a hero, huh!" Kawan kepada lelaki yang pertama bersuara. Penuh perasaan bongkak. Seolah yakin dia mampu menewaskan Anas dengan satu pukulan. Ahli kumpulan mereka yang lain pula mentertawakan Anas.

"Tyson, kau pergi." Lelaki yang memang sudah bersedia untuk memukul terus laju menyerang Anas setelah mendapat izin dari ketuanya. Pantas Anas mengelak. Tak menyabar sungguh lelakini.

Lelaki itu pantas meluru kembali ke arah Anas, apabila serangan pertamanya tidak berjaya. Sepakan dilepaskan. Anas juga pantas mengelak. Banyak kali lelaki itu menyerang dan Anas hanya mengelak. Dia lebih suka begitu. Senang nak cari kelemahan lawan.

Tangan lelaki itu yang ingin menumbuk, Anas genggam kemudian memusingkan tubuh lelaki itu. Tanpa membuang masa satu sepakan kuat dihadiahkan pada belakang badan yang menyebabkan lelaki itu tersungkur.

Lelaki itu bangun kembali. Mukanya jelas marah akibat tindakan Anas menyepak dirinya sehingga tersembam pada tar jalan. Lelaki itu menendang perut Anas. Anas terbatuk-batuk akibat  ditendang. Darah keluar melalui mulutnya. Anas berang. Nak mengeluarkan senjata tak boleh, ada seorang gadis memerhati. Lagipun dia takut akan memberhayakan nyawa gadis itu.

"Ingatkan kuat sangat." Perli lelaki itu. Pisau kecil dia keluarkan dari kasutnya. Anas tersenyum sinis. Sebelum tergelak terbahak-bahak. Dia suka main emosi.

"Keciknya pisau bang, nak potong kertas ke tu?"

Lelaki itu yang memang sedia geram bertambah geram. Dia berlari pastas mendapatkan Anas. Saat lelaki itu hampir Anas pantas mengelak. Baju yang dipakai lelaki itu Anas tarik. Leher lelaki itu dicepuk kuat oleh Anas, membuatkan lelaki itu  bertambah lemah. Baju lelaki itu sekali lagi digenggam kuat lalu ditendang perut itu berkali-kali, sehingga lelaki itu tersungkur rebah diatas tar jalan.

Tidak habis disitu, dengan pantas Anas meluru mendapatkan lelaki itu dan mengunci pergerakannya. Ingatkan kuat sangat sekali bukak silat jatuh terlentang. Belakang lelaki itu anas pijak kuat, Anas juga memusing musingkan kakinya pada bahagian yang dipijak.  Mungkin paling baik lelaki itu patah tulang belakang. Kalau Anas tekan lagi comfirm lumpuh.

"Tak guna kau!" Seorang lagi lelaki yang jelas sudah hilang sabar terus meluru menyerang Anas. Tak sempat Anas mengelak pipinya sudah makan penumbuk lelaki itu.

Ini dah melampau. Dia paling pantang orang serang muka. Celah kangkang lelaki tadi ditentang kuat. Jatuh terduduk lelaki itu sambil menyeringai kesakitan. Anas terus menumbuk berkali-kali wajah lelaki itu. Mengalir darah dari bibir itu akibat tumbuhan kuat dari Anas. Puas hati dia.

"Kawan kau yang ni maybe lumpuh, yang ni maybe mandul kot. Korang yang lain, aku nak kasi apa eh." Penuh psyko suara Anas sambil kakinya memijak lelaki yang pertama menyerangnya. Ahli kumpulan lelaki itu yang lain bertempiaran lari dari situ.

"Diorang dah lari, ada lagi empat orang. Bagi mampus semua." Bisik Anas pada Yazid disebalik earbud yang memang selalu ditelinganya. Mudah untuk dia berinteraksi. Hoodie diatas kepala dijatuhkan, rimas.

"Apasal kau tak bunuh semua je. Leceh ah. Alang-alang lorong gelap, takde orang pulak." Kedengaran seseorang mendengus disebalik earbudnya. Mata Anas memutar menyampah. Banyak cekadak pulak jantan sekor ni.

"Kau pon nak mati ke sial!" Bentak Anas pula geram. Banyak melawan betullah jantan seekor ni. Rasa nak bagi penampar sebiji.

"Ok... lek ah. Acah je."

"Lantak kaulah." Anas terus mendekati gadis yang lemah dan hampir diperkosa tadi. Gadis itu nampak sangat tidak bertenaga. Penuh luka-luka disekeliling badan gadis itu. Jelas bibir gadis itu pecah dan darah masih mengalir. Tudung yang sudah tidak tersarung pada gadis itu Anas kutip dan berikannya kembali.

"Thanks." Ucap gadis itu lemah. Anas terus menarik gadis itu untuk berdiri. Dibiarkan badan gadis itu bertaut padanya. Jelas dimata Anas air mata yang masih mengalir pada pipi itu. Rambutnya yang selama ini dijaga rapi dari pandangan lelaki kini sudah dilihat oleh lelaki tidak sepatutnya, dia amat merasakan bertapa jijiknya diri dia ketika itu.

"Siapa awak." Dalam lemah gadis itu bertanya. Ingin merungkai persoalan dibenak. Siapakah dia. Siapakah wanita yang begitu kental untuk membantunya sehingga tidak takut untuk menghadapi lelaki-lelaki durjana yang ingin merampas mahkotanya.

"Aku Anas. Anas Syahira."

???

"Anas, kau seriuslah." Agak tidak berpuas hati pada nada suara Yazid.

"Zid, fokus!" Anas tidak melayan. Dia hanya duduk tidak bermaya di atas katil. Cermin dihadapan yang memantulkan wajahnya dipandang sayu.

"But Anas, kenapa tiba-tiba?" Yazid tidak mempedulikan arahan Anas. Sambil mencari sasaran, sambil berbual dengan Anas disebalik earbud. Kalau boleh sekarang jugak dia nak jumpa Anas, dia nak tanya apa yang membuatkan Anas memilih jalan itu.

"Benda dah lamalah aku fikir, kau je yang kolot tak tau." kedengaran tawa tidak ikhlas dari Anas. Yelah sudah berbulan Anas memikirkan hal ini, bukannya dia buat keputusan terburu-buru.

"Anas listen here, aku tau aku coolie kau je. Tapi dengar baik-baik. Kau faham tak sekarang ni kau nak kahwin tau, KAHWIN! Semua benda dah lain lepas ni. Pleaselah Anas, aku memang tak faham apasal kau buat keputusan mendadak macamni."

Ye, pada malam ini Anas akan dinikahkan dengan seorang lelaki, tapi bukan baru semalam Anas buat keputusan. Dah tiga bulan Anas bertunang dengan lelaki itu. Lelaki yang dia langsung tak kenal. Jumpa pon time nak fitting baju haritu. Tupon tak banyak bercakap. Fitting baju balik. Cinta? Langsung tak wujud diantara mereka.

Semuanya hanya kerana satu sebab.

"Zid berapa?" Balas Anas tanpa membalas bicara panjang dari Yazid. Dia takut kalau nanti hatinya berbelah bahagi.

"Aku dah bunuh 11. Anas kau sure. Apa jadi dengan kami lepasni." Yazid bersuara sayu. Anas tersenyum. Korang akan jadi lebih baik. Aku buat semua sebab aku tau korang dah penat.

"Yang lain berapa?" Sekali lagi Anas mengendahkan Yazid. Nanti-nanti korang taulah.

"Aku 9." Ujar Faizul yang juga merupakan salah seorang pekerja Anas.

"14" ujar Fattah yang memang dingin.

"3 lagi. Yazid fokus! then blah cepat-cepat." Kali ini Anas tegas. Dia sebolehnya taknak terlibat dengan polis.

"Aku dapat satu." Yazid bersuara dan jelas kedengan bunyi tembakan dilepaskan. "And one more!" Sekali lagi kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Anas menggenggam tangannya. Takpe Anas lepasni kau takkan dengar lagi bunyi tu.

"Aku pon." Kedengaran suara Fattah diselangi bunyi erangan kesakitan dari orang yang ditembak.

"Dah blah cepat." Ujar Anas, dia pulak yang cuak. Tak pernah dia biar mereka buat kerja tanpa dia. Ini kali pertama. Ramai pulak tu. Bukan dia taknak join tapi....

"Anas... dah siap? Semua dah tunggu kat bawah tu." Soal makNab wanita yang menjadi mak andamnya sebentar tadi. Anas mengeluh lemah. Malam ini Anas bakal diijabkabulkan dengan seorang lelaki. Yang Anas langsung tak kenal. Cakap sikit-sikit tu pernahlah tapi tak pernah mereka berbual mesra.

Anas sekali lagi membelek wajahnya yang manis bertudung dicermin. Anas tekad dia nak teruskan memakai tudung selepas ni. Dia merasakan dirinya amat jijik, kerana tidak menutup aurat selama 28 tahun dia hidup. Satu anggukan lemah diberikan pada mak Nab, dia berjalan perlahan menghampiri maknab yang setia menunggu.

"Anas semoga kau bahagia." Seperti sebak suara yang keluar dari Yazid. Anas hanya tersenyum, tidak mampu membalas takut maknab ingat dia gila. Bercakap sorang-sorang. Biarlah earbud tetap disitu, walaupun mereka tiada, dia mahu mereka menjadi antara orang-orang yang ada didalam hari perkahwinannya.

"Wei Nas, elok-elok jadi bini orang." Ujar Fattah pula sedingin biasa. Anas hampir tergelak, sweet dalam diam Fattah ni.

"Haih tahniahlah Nas, aku ni entah bila nak kahwin. Zid kau tak payah nak berdrama sangat. Geli anak tekak aku yang mendengar." Ujar Faizul pula, dan terdengar pergaduhan kecil diantara mereka. Anas sudah tersenyum sendiri. Korang akan jadi lebih baik lepasni. Aku janji.

"Firstnight kasi mengancam Nas. Jangan time firstnight beroncall dengan kitorang dah." Hilang terus Yazid yang merisaukannya, yang tinggal hanya Yazid yang nak makan penampar. Sekurang-kurangnya mereka membuatkan dia tersenyum disaat dia amat ingin airmatanya mengalir.

"Zid kau tunggu." Anas berbisik perlahan, takut orang ingat dia gila bercakap sorang-sorang.

???

Har memandang cermin dalam. Membelek wajahnya lama. Tingkap bilik yang terbuka diperhati lama. Kalau aku lari ikut situ, muat apa. Selepas itu pantas mulut beristighfar, menghalau bisikan syaitan yang terus menerus membisikkan kemungkaran.

Secara tiba-tiba fikirannya menggamit memori beberapa bulan lepas. Memori yang menjadi titik perubahan hidupnya.

"Har taknak! Apani paksa-paksa. Har cakap Har taknakkan." Dia memberontak. Wajah along dipandang tajam.

"Har... kenal-kenallah dulu. Along tak paksa Har terima dia terus. Lagipun Anas tu baik budaknya. Har jumpa dulu dengan dia ye." Along memujuk lembut. Matanya tidak lepas memandang kedalam mata Har. Mengharapkan adiknya yang satu ini terbuka hati untuk menerima.

"Har taknak Anas! Fullstop!! Entah minah jadian mana along nak buat bini Har. Dengan nama anasnya." Jelas kelihatan riak menyampah pada wajah Har. Along pula pantas berdiri mendengar bicara Har. panas hatinya apabila adiknya sesuka hati mengutuk orang.

"Har Fathi! Siapa Har nak menilai orang macamtu? Mind your manners Har. By hook or by crook Har kena kahwin dengan dia! Along penat tengok Har menanti benda yang tak pasti. Yang hanya menyakitkan Har." Pada kali ini along bersuara tegas. Tiada lagi along yang memujuk seperti selalu. Along seakan amat terdesak ingin melihat dia ke jinjang pelamin.

Har meraup muka sambil mengeluh lemah. Perlukah along ulang lagi bendani? Kan dah bincang semuanya dulu.

"Along please... Har yang pilih untuk itu! This is my life!"

"My life, kepala otak! Kau dah nak jadi suami orang dah Har. My lifelah sangat." Har mencebik pada diri sendiri sebaik dia tersedar dari lamuan. Bukan dia taknak membantah, tapi entah kenapa hati dia merasakan yang dia tidak perlu membantah kata-kata along. Lagipun dia tahu along kalau nak A tetaplah A walaupun along menggunakan pendekatan dengan cara memujuk. Diakhirnya pasti dia akan ikut cakap along jugak.

???

"Aku terima nikahnya, Anas syahira binti Saidi, dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

Entah mengapa sungguh lancar mulutnya bertutur pada hari ini. Tak tersekat mahupun tersasul. Dia ingatkan , dia akan terketar-ketar nanti, tetapi ternyata tidak.

Tapi sebaik itu juga dia merasakan betapa beratnya tanggungjawab yang bakal dipikul selepas ini. Terasa seakan bahunya dihempap dengan batu bata yang berat. Sejujurnya dia belum bersedia. Diri sendiri pon entah pape nak jaga anak orang? Kesian anak orang tu nanti.

Selesai membacakan doa dan mendirikan solat dua rakaat Har berjalan mendapatkan Anas. Entah kenapa wajah Anas yang menunduk itu, menjentik hatinya. Rasa nak mengusik.

Dia duduk betul-betul dihadapan Anas. Anas pula yang sedari tadi menunduk mengangkat wajahnya. Har dengan sengaja menghadiahkan senyum senget kepada Anas. Wajah Anas selamba, seakan-akan tiada apa yang berlaku.

"Jangan harap aku akan terima kau sebagai isteri aku." Har berbisik betul-betul ditelinga Anas denagn niatnya hanya sekadar mengusik. Atau sebenarnya dia ingin melihat wajah Anas berubah riak. Tetapi ternyata sangkaannya meleset apabila Anas membalas dengan senyuman sinis sebelum berbisik.

"Dont worry, i would love too."

Har berdehem akibat terkejut dengan bicara Anas sebelum meletakkan telapak tangannya ke atas kepala Anas dan doa dibaca.

???

Har mengeluh sendiri, masih memikirkan kata-kata Anas sebentar tadi. Sungguh dia menyesal dengan bicara sendiri. Tulah ingat semua benda boleh buat main ke? Har memaki diri sendiri. Ni dah tak tahu nak cakap apa dengan Anas bila jumpa nanti.

H

ar mengurut pelipis. Telefon yang tidak dihidupkan dipandang lama. Kalau pandangan boleh ditembus sudah tentu telefon itu sudah berlubang.

"Har." Panggilan along yang lembut serta sentuhan along pada bahunya mematikan segala angan. Lantas satu senyuman dihadiahkan pada along. Along satu satunya ahli keluarga yang dia ada.

"Termenung apa ni. Tu pergi tolong suami along basuh periuk tu. Kesian dia. Along nak tolong dia tak kasi." Muka yang sudah termengah kerana berjalan sambil membawa perut yang sarat itu melabuhkan sila disebelah Har.

"Ni, perut dah besar terlebih ni ada hati nak basuh periuk! Dok diam-diamlah along, risau Har tengok." Ujar Har sebelum bangun untuk menolong abang iparnya. Beginilah dikampung. Kenduri dijalankan secara gotong royong. Jadi bila dah siap semua alamatnya pengantinlah yang kena basuh periuk belanga.

Tapi sedari tadi dia tak bampak kelibat Anas. Dari tujuan asal ingin membantu abang Im terus lari niat kepada mencari Anas. Satu rumah diperiksa namun kelibat Anas masih tidak kelihatan, sehinggalah dia nampak jendela yang paling hujung. Anas sedang termenung jauh memandang langit malam. Cantik langit malam ini. Bintang terang bersinar mengindahkan malam.

"Ehem" Anas berdehem untuk menarik perhatian Anas namun sebaik Anas berpaling dia dapat menangkap air mata yang membasahi pipi Anas sebelum Anas menyeka pantas air matanya. Har rasa bersalah. Kenapa Anas menangis? Sebab bicara dia semasa akad tadi kah?

"Nak apa?"soal Anas dingin.

"Kita kalau nak menangis, menagis je keluarkan semuanya. Jangan simpan" ujar Har yang seenarnya tidak tau apa yang dia merepek.

"So?" Acuh tak acuh Anas membalas seperti tidak mahu melayan Har dan mengharap Har cepat pergi dari situ.

"Kenapa menangis." Akhirnya Har tanta soalan paling bodoh dalam seumur hidup dia.

"None of your bissiness." Anas seperti ingin berlalu meninggalkan Har. Seperti tidak ingin memandang Har. Tetapi belum sempat Anas melangkah menjauhi Har menarik lengan Anas.

"who says? You're mine so all your bissiness is my bissiness too." Anas memandang jijik tangan Har yang memagang tangannya dan menepis kasar.

"In your dream" ujar Anas sebelum berlaku pergi begitu sahaja. Har agak terasa. Untuk apa Anas ingin berkahwin sebenarnya jika dia sebegini. Adakah Har dah buat pilihan yang salah.

Har yang rasa egonya tercabar menarik tangan Anas kebilik. Biar dia buktikan, yang Anas akan jadi miliknya. Seorang Anas yang suka mencabar dan seorang Har yang pantang dicabar.

Anas meronta-ronta agar dilepaskan, lagi kuat Har tarik tangan Anas. Sampai dibilik Har terus mengunci pintu.

Tubuh Anas dihempas kuat kekatil. Meronta-ronta Anas lakukan agar Har melepaskannya. Anas merasakan yang dirinya bakal dijadikan mainan sebentar lagi. Har menindih tubuh Anas. Tudung yang berada diatas kepala Anas direntap kasar sebelum dicampak. Lalu leher Anas yang jinjang disentuh lembut sebelum dicium rakus. Air mata Anas mula mengalir. Sedaya upaya dia menolak tubuh Har dengan kuat. Tidak dapat dibayangkan jika Har meniduri dirinya.

Bermula dengan dagu Har mencium segenap inci wajahnya. Dari dagu ke pipi, dari pipi ke hidung dahi dan diuman dalam paksaan itu mendarat pada bibr Anas. Anas sudah tidak dapat membayangkan jika Har pergi lebih jauh. Dia belum bersedia.

"Har... jangan..." selepas penat meronta Anas bersuara sayu. Har yang tadi seperti disampuk hantu mula tersedar. Terus dia bangun dari tubuh Anas. Menyedari yang tindakannya agak keterlaluan.

Anas terus berlari ketandas. Har meraup wajahnya kasar. Kesal dengan tindakan sendiri. Tetingkap bilik dibuka dan dia termenung mengesali tindakan diri sendiri. Oasti Anas membenci dirinya. Keluhan berat dilepaskan.

Anas didalam tandas pula membersihkan lehernya berkali-kali. Dia merasakan yang dirinya amat jijik. Dia bencikan Har. Dia benci. Terduduk Anas menangis sendiri. Terasa yang dirinya lemah.

Bitch!!!

???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience