April Fool

Short Story Series 932

Kadangkala mencintai juga mampu menyakitkan.

Dia berjalan perlahan menikmati permandangan indah di pesisir pantai. Burung gembira beterbangan. Ombak perlahan menghempas pasir pantai serta angin bertiup sepoi-sepoi. Malangnya pandangan seorang Liyana bukanlah disitu, namun pandangannya jatuh pada satu susuk tubuh dari belakang yang elok memandang ke arah pantai.

"Hey man. Don't you wanna see my beautiful face. Syok jer dia tengok pantai tu, cubalah tengok aku ni, cantik apa." Gumamnya sendirian. Geram melihat gerangan itu yang tidak perasan kehadirannya. Dia mula melabuhkan sila.

"Haih, Sampai bilalah kau nak jadi pemerhati je Lyn oi. Penatlah aku dengan diri sendiri. Pakcik tupon satu. Tak pernah ke selami perasaan aku. Tak sedar ke buat-buat tak sedar yang aku ni syok giler kat dia." Liyana tergelak kecil. Terhibur dengan luahan hati sendiri. Kau yang tak pernah luahkan Liyana, macam manalah dia nak tau.

Liyana tahu tindakan bodoh dia mencari penyakit. Dia tahu hatinya sendiri bakal tersakiti. Menyukai abang sendiri. Yup abang dia, tapi mereka boleh kawin. Seorang yang suka menyendiri tapi kalau ada mood mesra semacam. Seorang yang pelik, dengan perangainya yang tersendiri, tetapi mampu mencuit hati Liyana.

Tapi pelik pon itu yang Liyana suka. Liyana tersengih apabila kelibat dia disedari lelaki itu. Senyuman sumbing dihadiahkan.

"Woi mek, mama suruh kau cari aku ke?" Soal tubuh itu sebaik menghampiri. Sila dilabuhkan disisi Liyana. Liyana menjauh sedikit. Baru bakal suami ok, belum suami lagi. Belum halal lagi nak duduk rapat-rapat.

Walaupun sudah lama mereka tinggal serumah Liyana masih menjaga maruahnya ketika bersama dengan Nuf atau daddy. Walau daddy sudah dianggap saperti ayahnya sendiri, namun hakikat sebenarnya daddy tetap seorang ajnabi bagi Liyana. Itu yang selalu mama pesan.

"Yelah pakcik oi. Kau pon teruk sangat tadi. Macam orang hilang pedoman hidup dah aku tengok. Manalah mama tak risau. Kau pahal? Aku ingat ada orang dah nak terjun laut tadi. Frust menonggenglah katakan." Liyana terhibur dengan hujah sendiri. Haha mama suruh cari ke, kau yang tergedik nak cari. Gunakan mama sebagai alasan. So lame Liyana, so lame.

"Mek result aku teruk." Keluh dia perlahan. Meluahkan rasa. Liyana memandang bersahaja. Pakcikni result teruk yang dia cakap bukan boleh percaya sangat. Cakap je teruk tapi tak teruk mana pon.

"Pakcik Nuffaiq hakim, segala yang hadir dalam hidup kau, bermula dari bersyukur. Kau tau tak, result tu mungkin bagi kau teruk. Tapi bagi orang lain yang tak dapat macam kau, mesti rasa kalau aku dapat aku syukur sangat. Tapi kau mengeluh nasib. Cuba ubah pandangan kau. Cuba kau fikitkan hikmah dari apa yang kau dapat. Kau sendiri pernah dengar kan. Jika kamu bersyukur kami tambahkan." Relax dan bersahaja cara Liyana menasihat, Nuf. Tapi dalam hati gugup semacam. Bagi nasihat kat crush wei.

Keadaan sunyi seketika. Liyana membiarkan Nuf mengambil masa sendiri untuk menenangkan jiwa, sebelum dia bangun.

"Pakcik jom. Belanja aku minum. Kau ingat free ke aku berceramah kat kau tadi. Membazir air liur aku tau. Kering anak tekak." Nuf turut bangun sambil mengibas pasir pantai pada seluarnya.

"Ish mek ni, cubalah kau ikhlas sikit. Menyesal aku dengar. Kau ingat suara kau sedap ke mek." Nuf menjentik sedikit kepala Liyana. Nak juntal tak berani, nanti mek ni marah. Tak suka orang main kepala katanya.

"Pakcik ni, apa main sentuh-sentuh, aku bukan bini kau." Semedang Liyana bercakap. Geram disentuh sembarangan. Sayang tak sayang, aku bukan muhrim dia.

"Dah tu kahwinlah dengan aku mek oi." Nuf berjalan meninggalkan Liyana. Liyana di belakang pula terkedu. Memerah muka Liyana. Sedar diri ditinggalkan,lalu laju dia mengejar langkah Nuf yang jauh kedepan. Sedar Nuf sekadar bergurau.

Huh berhentilah berangan Liyana Ainurin. Sesungguhnya Nuffaiq Hakim tak pernah nampak kau as someone special.

???
"

Woi budak. Panggillah aku abang. Ni dok Nuf, Nuf. Aku tua banyak kot dari kau." Nuf yang berumur 9 tahun ketika itu menegur Liyana yang ketika itu baru berusia 7 tahun. Nuf pon baru kenal Liyana lima hari. Mama kata Liyana adik dia. Awal-awal memang Nuf tak dapat terima. Dah 9 tahun kot dia jadi anak bongsu. Tiba-tiba je dapat adik angkat.

"Oh Nuf lagi tua ke? Kalau macam tu Lyn panggil Nuf pakciklah. Pakcikkan untuk orang tua. Sorry tau. Lyn tak tau." Polos dan lembut kanak-kanak itu bersuara. Tapi hati Nuf terbakar. Rasa nak cekit je budak tu. Nak kenakan aku latu.

Awal-awal macam-macam Nuf buat nak sakitkan hati Liyana. Tapi lama-lama Liyanalah tempat dia mengadu. Liyanalah tempat dia meluahkan rasa. Mendapatkan nasihat. Sungguh kehadiran seorang Liyana ibarat rahmat tuhan yang terindah dalam hidup Nuf.

"Woi!" Liyana tersentak dari lamunan apabila disergah sebegitu oleh Nuf.

"Mek, kau pahal doe. Berangan je kerja kau kan." Nuf menarik tangan Liyana dari terlanggar manusia dihapannya ke sebuah cafe.

"Ish pakcik ni. Sebok je aku nak berangan." Tangannya yang dipegang Nuf pantas ditarik. Tidak selesa walau berlapik.

"Eh kau cakap aku sebok. Ish budak ni geramnya aku. Lain kali aku biar je kau terlanggar segala bagai." Si dia membebel sambil mencari tempat untuk duduk.

"Eh tu abang Faris kan. Tak sangka dapat jumpa." Liyana tidak melayan Nuf sebaliknya eksaited melambai memanggil Faris.

"Kau jangan nak buat macam takdir sangatlah. Dah cafe dia comfirm la dia ada." Nuf membuat muka menyampah. Eksaited betul jumpa abang Faris dia.

"Woi, Nuf, Lyn." Faris menghampiri. Juga menarik tangan seorang wanita mengikutinya. Bini kesayangan dia lah. Sapa lagi.

"Oi aku nak espresso, dia pon kau bagi espresso je." Nuf menjengil pada manusia didepannya. Bermaksud kau jangan berani nak tukar air lain.

"Eh pakcik, apa pulak aku nak caramel frappelah. Taknaklah espresso, pahit." Muka Liyana jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati.

"No! Kau lupa ke, ma tak bagi kau minum manis mek oi. Hai Tyara." Sempat dia menegur bini Faris. Tyara hanya membalas dengan lambaian. Liyana menarik muka. Geram.

"Hailah, takyahlah gaduh. Muaz meja lapan bagi dua caramel frappe dengan dua koewteow ladna." Faris menjerit separa kuat memberi arahan pada pekerjanya. Senang hati dia je. Nasib tak ramai sangat orang.

"Wei aku tak minumlah manis-manis ni. Geram aku, asal kau tak bagi aku tequila sunrise je." Nuf menarik muka. Sememangnya dia tidak sukakan manis. Pahit is heaven. Bila kepahitan terasa barulah boleh menghadapi kepahitan dunia.

"Kau nak tequila pergi barlah gila. Aku jual yang halal ja." Faris membidas sambil tangan isterinya ditarik supaya duduk disebelah.

"Wow, so sweetlah kak Tya dengan abang Ris ni." Tyara sekadar tersenyum. Muka jelas kepenatan dengan perut yang sudah sarat lagi.

"Eh kau asal bawak bini pergi cafe. Asal tak biar dia rehat je kat rumah. Dengan perut besar tu, kesian dia."

"Tulah pasal. Ada orang tu dia merajuk. Tapi nak kemana tarik tangan kita jugak." Tyara juga mengusik encik suami yang merajuk. Kisahnya, Tyara nak pasang langsir semalam. Faris yang ternampak memang risau sangat-sangatlah. Tu yang tak berani tinggal puan Tyara ni. Unexpected betul apa si puan Tyara ni nak buat.

"Haih kalau aku tinggal Tya kat rumah aku tak tau jadi apa. Entah-entah, habis semua bilik boleh buat hotel. Faris memerli sang isteri yang rajin terlebih. Tyara perlahan memukul suaminya. Pukulan manja katakan.

Liyana tersegih melihat gerangan dua insan yang bahagia itu. Kan best kalau aku dengan Nuf pon boleh jadi macam tu.

"Woi mek berangan lagi kau."

???

Liyana berjalan malas ke dapur. Terasa haus pula malam-malam begini. Liyana baru siapkan assignment tadi, main-main insta terasa dahaga pula. Kenalah merajinkan diri turun ke bawah. Tudung pon hanya diselempang ringkas. Pakcik Nuf tu suka buat kerja dekat-dekat dapur, so malam malam kenalah pakai tudung jugak.

"Woi mek. Tak tidur lagi." Kan dah cakap.

"Eh dah tido, tengah mengigau ni, tu yang ada dekat dapur." Sarkastik Liyana membalas. Soalan tu tak boleh bodoh lagi ke.

"Amboi kau malam-malam ni pon nak cari pasal ke? Aku buat apa-apa nanti baru tau. Ma ngan Dy tidur mati tau." Gumam nuf perlahan. Liyana tetap terdengar. Pantas peti sejuk dituju. Haisy pakcik ni. Cakap tak ada filter langsung. Habis memerah muka Liyana.

"Mek ambik kat aku fresh milk." Si dia mengarah tetapi masih menghalakan pandangan pada laptop.

"Nah, kau tengok porn ke pakcik?" Liyana melabuhkan punggung berhadapan Nuf. Hilang sikit mengantuk dapat tengok muka crush. Hehe gedik kau Liyana.

"Kepala kau. Aku banyak kerja tak sempat nak layan."

"Oh maknanya sebelum ni kau layan la? Ish pervertnya kau. Ya Allah patut muka tak nampak sinar keimanan." Liyana sekadar bergurau. Nuf nak tengok porn. Memang taklah. Mamat tu punya baik. Solat lima waktu kat masjid. Tak pernah couple. Cuma dengan Liyana je pakcik ni tak reti nak behave. Sebab dah anggap adik kot. Dia anggap kau adik je liyana oi.

"Kau ni kan dah lama tak makan selipar jepun ke." Nuf mengangkat penumbuk namun mata Nuf pula mengerling jam.

"Wei mek. Aku nak bagitau kau something ni. Kau jangan gelakkan aku eh." Nuf memandang Liyana dalam. Liyana sekadar mengangkat kening, mempersilakan. Walaupon dia tidak berapa selesa mereka dalam keadaan sebegitu.

"Mek sebenarnyakan. Aku ada suka someone ni tau." Nuf baru memulakan tapi hati Liyana sudah hancur berkecai. Diikutkan dia dah tak sanggup mendengar tapi Liyana hanya membiarkan, nanti Nuf pelik pulak.

"Dia cantik sangat wei. Putih.. bila dia malu muka dia merah. She so cute. Aku rasa bila dekat dengan dia tulang rusuk aku bergetar." Ujar Nuf sambil bermain-main dengan pen ditangan. Liyana menunduk, sumpah hatinya pecah berderai.

"You know mek, orang kelantan oyak come sokmo. Manis lleting, supo mokte!" Liyana memandang Nuf, dia tersenyum. Walau hati sakit bagai nak rak.

"Dah tu, kau kawinlah pakcik. Sesuai dah dengan umur kau. Pergilah masuk cucuk jarum." Bersahaja.

"Tengah cucuk jarumlah ni. Nur Liyana Nasuha, kalau aku cucuk jarum kau terima aku tak?" Terkedu, sungguh Liyana terkedu. Dia... dia tengah propose aku ke? Aku ke minah yang come sokmo tu.

"Sudi tak, kau terima aku. Aku tau kau mungkin tak percaya. You can take your time to think about it. Aku harap aku tak bertepuk sebelah tangan. And aku tak terima tau, kalau jawapan kau no. So, goodnight baby. Sleep well." Nuf berlalu ke tandas. Liyana terus ke atas. Ke arah yang bertentangan dengan Nuf. Mukanya merah habis. Hati yang pecah berderai bagai bersatu kembali. Senyuman diwajah Liyana juga selebar-lebar senyuman.

"Of course lah terima. I love you very much kot." Malam itu comfirm tidurnya lena. Tidur yang paling lena. Esok jugak dia bagi jawapan. Angan-angan dia menjadi kenyataan. Ya allah nikmat mana lagi mampu aku dustakan.

Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Pantas dia mengambil. Senyuman dibibir sudah selebar mungkin melihat mesej dari dia. Tapi perlahan-lahan senyumannya pudar.

+Woi mek happy april fool

+Awalkan aku. Aku takkan terlepas la kalau bab kenakan kau

+Serius doe kau kena tengok muka kau tadi cuak giler.

+Giler ke apa aku minat kat kau, dah macam sumbang mahram. Hahaha

+Good night mek. Sleep well.

Hati Liyana hancur, berkecai. Sehancur hempedu. Ya Allah sakitnya hati aku. Kejamnya dia. Tegarnya dia dalam menyakitiku. Teresak-esak dia menangis pilu. Setelah penat menangis, tandas dituju, dia perlu bertemu pencipta. Ya Allah aku mohon kurangkan kesakitan ini.

Kejamnya sebuah cinta, tegar membunuh jiwa yang tulus mencintai.
Bukan semua cinta mampu membahagiakan. Tabahlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience