Aku Juga Ingin Bahagia

Short Story Series 932

Qaid mengaminkan bacaan doanya. Perkuburan dihadapannya dipandang, namun tetap sebuah senyuman terukir dibibir, menyerlahkan lesung pipit yang dalam milik Qaid.

"Qaid balik dulu ye."

Tikar yang digunakan untuk duduk dilipat kemas. Pantas kereta dihampiri. Nanti manusia yang menunggu sedari tadi tu mengamuk pulak. Masuk sahaja ke dalam kereta dengusan dari manusia yamg berada disebelahnya kedengaran.

"Eissh, bodoh punya manusia. Tak reti main tak payahlah main." Gumam Alia, sambil menghempapkan telefon di paha.

"Eh, eh... sebab ni la taknak turun rupanya. Cubalah hormat sikit kawasan kubur ni Alia. Awak ni nak saya bukak kelas belajar adab pulak ke. Sekurang-kurangnya tadi turunlah sedekahkan Alfatihah kat arwah. Arwah tu kakak awak tau tak." Bebel Qaid sambil membawa keretanya keluar dari kawasan perkuburan masjid.

"Hei boy, chill ok, chill. Yang kau nak membebel ni kenapa. Kan aku dah cakap aku tak pakai tudung, dengan baju aku yang macam ni. lagipon tu kubur tu makwe kau. Aku bagi kau peluang nak bermanja, tupon nak bising lagi. Dahlah pakcik kau ni suka membebellah. Tertukar jantina ke apa." Alia merengus geram. Sehari tak membebel tak boleh hidup ke pakcik ni.

Selepas dari itu Qaid hanya senyap. Malas bergaduh dengan puan Alia Ezzanie sorang nie. Buat naik darah ja. Bukannya boleh menang pon.

Sebuah butik dituju. Butik pakaian muslimah. Sebuah senyuman jahat terukir dibibir Qaid. Dont mess with me baybeh. You should know want i can be.

Tanpa berkata apa tangan si isteri ditarik menuju kedalam butik itu. Alia sudah separuh meroyan meronta minta dilepaskan. Dahlah dia pakai baju terbelah sini sana. Masuk kedai baju orang-orang alim. Apa daaa, aku hormat kot pemakaian orang lain. Namun menyedari tindakannya tidak membuahkan hasil akhirnya Alia mengalah.

Qaid menarik random pakaian di dalam butik itu. Lalu fitting room dituju.

"Awak cuba semua baju ni. No excuse. Kalau tak nak saya yang pakaikan, jangan cabar saya." Bahagian atas dada alia yang terdedah disentuhnya disertakan dengan pandangan gatal.

"Woi jantan. Kau pervert gila bodoh. Bodoh punya jantan." Dan banyak lagi sumpah seranah yang Alia carutkan yang dituju khas buat Qaid. Sambil tangan menutup bahagian yang dipegang Qaid.

"Alia, dalam masa lima minit awak tak keluar kat situ jugak saya rasmikan first night awak. Jangan main-main dengan saya." Bersahaja suara Qaid di luar. Makin bertambahlah makian Alia untuk Qaid.

Alia menelek baju-baju yang Qaid berikan padanya. "Bodoh punya Qaid memang taklah aku nak pakai baju ni. Giler ke apa. Kak Wina ,si makwe kau tu bolehlah kau bagi." Alia memebebel sendiri. Baju itu hanya dibiarkan dan dia duduk diatas sebuah kerusi yang disediakan sambil bermain telefon.

???

Muka Qaid masam mencuka. Panggilan Alia semua diendahkan. Percakapan Alia bagaikan tidak kedengaran ditelinganya. Dia marah. Sangat marah.

"Qaid please.. kau tak tau pon situation dia macam mana, kau tak boleh judge aku." Alia menggengam tangan Qaid, mengharap agar kali ini Qaid mendengar. Qaid pula menghentikan langkahnya.

"Alia it's okay. Bagi saya masa ok. Saya akan maafkan awak. But now, please biar masa yang tentukan." pipi lembut milik Alia diusap Qaid perlahan. Wajah yang penuh kemarahan diganti dengan sebuah senyuman. Tangan Alia yang kejap memegang tangannya dirungkaikan. Ya Alia juga manusia, Qaid. Allah pon mampu mengampunkan hambanya, kau siapa Qaid nak hukum dia. Qaid memujuk hati sendiri.

"Dah pergi siap malam ni nak pergi dinner kan." Qaid melangkah pergi. Jujur perasaan marah membuak keluar apabila melihat wajah milik Alia. Disebabkan itu dia memerlukan masa. Dia bukan apa, cuma terkilan dengan Alia susah sangatke nak terima dia. Susah sangat nak angkat darjat Qaid sebagai suami.

~TB~

"Qaid dari awal aku dah cakap, this mariege just a waste. Kau percaya cerita-cerita tu. Where? Where your trusted on me. My time with you is just a waste." Penuh kemarahan suara Alia apabila dia terlalu mengharap, Qaid yang menjadi satu-satunya manusia yang mempercayai dirinya. Tetapi harapannya musnah begitu sahaja.

"You call all of this waste? Seriously, huh. I should dont expect more about you. About us, huh. Semurah tu ke? Semurah tu ke masa saya bersama awak, sampai you call all of this waste."

"Hey.. im so tired. I tried my best to change you. Saya ingatkan yang saya mampu nak ubah awak. But i'm totally wrong. I'm just nothing for you. I'm just a waste of your time. Thanks, to let me know. I regret it" Fateh meluahkan. Terduduk dia dikerusi. Baru hatinya sedikit tenang untuk memaafkan kesalahan Alia, kata-kata Alia kembali mencucuk hatinya. Sebegitu sekalikah pandangan Alia terhadapnya.

"Oh, now you regret it. Now you regret this marriage. From the start i've told you. This fucking relation tak boleh pergi jauh. I already warned you. And now you regret it. Hey man, i dont even need you in my life. Bodoh. Fucking trash. And you know, aku korbankan segalanya Qaid, semata-mata untuk perkahwinan bodoh nilah. Kalau kau menyesal aku seribu kali ganda lagi menyesal." Alia juga tidak mahu mengalah. Terus menerus mencipta pergaduhan dengan Qaid. Tanpa dia sedar kata-katanya amat menikam hati Qaid.

"Hey kalau tak sebab perempuan tu, aku tak perlulah hadap semua ni. Aku tak perlulah jadi isteri kau. Eh kau ingat eh, kehadiran kau dalam hidup aku pon hanyalah satu kesilapan. Kau nak ubah aku konon. Hey... kalau kakak aku pon kau tak mampu jaga, kau lepaskan jelah aku. Aku menyesal sangat. Aku mengesal sangat-sangat dengan perkahwinan ni. Aku menyesal sangat-sangat sebab kenal kau. And aku menyesal sebab kau yang jadi suami aku. Aku menyesal sangat-sangat."

Alia berbicara lantang. Meluahkan segalanya. Selamani semua orang ingat dia yang jahat. Dia tak layak untuk Qaid. Even keluarga Qaid pon rasa dia tak layak sebab cara hidup dia yang jauh berbeza dengan Qaid yang baik. Semua orang nampak salah dia. Tapi mereka tak pernah pon fikir apa yang dia lalui. Biarlah sesiapapon nak dengar. Dengarlah.

Qaid pula terduduk dan menunduk. Susah sangatke. Susah sangatke Alia nak hargai dia. Kenapa kena menyesal sampai macam tu sekali. Satu kesilapankah kehadiran dia dalam hidup Alia.

~End TB~

"Haih Alia, kau ni cantik jugakye." Gumamnya sendiri sebaik melihat wajah sendiri pada cermin. Wajahnya yang sedikit lain. Bukan sedikit, tapi... sangat lain. Satu senyuman diukir. Believe in yourselve Alia. Bukan Qaid pon penyebabnya.

"Tapi, kalau Qaid ingat sebab aku nak pujuk dia je macam mana. Ish. Takkan nak bukak balik. Cantik kot aku." Sekali lagi alia masuk bakul angkat sendiri.

"Alia cepatlah." Suara Qaid memanggil sambil mengetuk-ngetuk pintu walk in closet. Alia walau ganas tetapi agak diva. Walk in closet yang ada khas buat diri sendiri. Agak lama juga dia menunggu. Tertanya juga apa yang lama sangat Alia buat dalam bilik tu. Pengsan ke apa.

"Alia awak ok ke. Hei kalau awak tak keluar saa..." Qaid terdiam saat pintu walk in closet itu terbuka. Terbeliak mata Qaid. Is this for real. Lembutnya wajah Alia yang bertudung. Cantiknya... MasyaAllah....

"Hey aku taulah aku cantik. Vogue. Nanti nantilah kau telek muka aku. Dah jom daddy kesayangan kau tu marah nanti kalau lambat." Tangan Qaid ditarik memaksa. Kunci kereta juga sempat dicapai. Dia malu sebenarnya. Malu sangat dengan pandangan Qaid padanya. Macam mana nak hadap dinner nanti. Dengan pandangan ahli keluarga. Takpelah semoga allah mudahkan. Dia dah lama tekad nak pakai tudung. Cuma baru harini Allah beri dia keberanian.

"Alia wait." Tangan Alia digenggam seakan tidak mahu dilepaskan. Kenapani rasa macam sayang pulak.

"Apa.. Qaid kau jangan perasan eh, aku buat semua ni sebab nak sejukkan hati kau. Aku tak perlukan manusia pon untuk jadi penyebab aku buat sesuatu. Aku buat sebab aku nak." Bibir Qaid automatik mengukir sebuah senyuman yang sungguh memperlihatkan kegembiraannya. Ya Allah terima kasih, akhirnya dia kembali padamu.

"Alia, tolong drive." Qaid membaling kunci kereta pada Alia. Alia hanya menurut. Sepanjang perjalanan wajah Qaid tidak lepas dari memandang muka Alia. Itulah sebabnya kenapa Qaid surah Alia memandu. Dia nak telek muka Alia.

"Kau pahal giler. Tengoklah tempat lain." Ujar Alia sambil menolak kepala Qaid perlahan. Takut Alia dibuatnya. Pandangan Qaid bagai ingin menerkam dirinya. Namun Qaid masih tersenyum dan terus menerus menelek wajah Alia. Manisnya. Kalau selamani Alia kelihatan cantik dan seksi, tetapi kini Alia tetap cantik, cantik dan aya. Masih mampu menggegarkan hati para lelaki.

???

Alia memerhatikan gelagat keluarga besar daddy dari jauh. Hatinya berdebar-debar. Keluarga daddy besar kerana daddy mempunyai empat isteri. Kalau termasuk mama jadi lima. Mama pernah menjadi isteri keempat daddy, tapi umur mama tak panjang. Sejurus mama meninggal daddy terus berkahwin lain.

Isteri baru daddy pula agak muda, macam ayah dengan anak. Entah entah lebih muda dari dia. Yelah siapa je yang taknak dekat daddy. Daddy kaya. Mama kahwin dengan daddy pon sebab kekayaan daddy. Mama tak kisah pon daddy tak dapat selalu bersama mama asalkan duit tiap bulan tetap ada.

Setiap bulan daddy pasti akan buat dinner untuk mengumpulkan semua keluarganya. Mungkin orang luar akan cakap daddy bagus. Daddy walau kahwin empat pandai manage family. Tapi bagi alia semua ni hanyalah shit. Menunjukkan yang kononnya daddy mempunyai perfect family. Perfect my asslah.

Alia hanya tiga beradik, dan tidak mempunyai ibu. Jadi dalam family daddy, Alia dengan abangnya memang macam tak bermakna. Kakak sulungnya yang meninggal pon mungkin diorang tak sedar. Daddy pon mungkin tak ingat nama dia dan abang. Yelah kesemua anak daddy hampir 24 orang, tak termasuk cucu. Kalau cucu daddy dia sendiri pon tak ingat. Tapi kehadiran ke dinner ni memang wajib, so shit tak shit memang kena datanglah.

"Hisy, apasal jantungni. Kau duduk diam sikit tak boleh ke?" Alia membebel sendiri. Bahagian yang dianggap jantung diteken-tekan untuk mengurangkan rasa gugup dan tidak selesa. Tetapi saat itu tangannya yang sedang menekan-nekan jantung itu ditarik.

"Bukan macam tu cara nak hilangkan. Tapi macamni." Qaid menarik tangan Alia lalu dibacakan zikir dan tangan itu ditekup pada dada Alia sambil zikir hasbi rabbi dibacakan.

Jujur Alia katakan, rasa yang mengganggu tadi mula berkurangan. Walaupun tidaklah kesemuanya, tapi dia mula rasakan ketenangan.

"Okeykan, so now jomlah. Nanti lagi ramai, lagi malu." Qaid menarik tangan Alia. Eh eh mamat ni, selalunya dia yang liat nak pergi. Sampai perlu ditarik-tarik lagi.

"Semangat eh kau." Tersengih Qaid dihadapan. Sometime dia rasa bahagia di samping dia, but is that what people call love?

Qaid dan Alia melangkah perlahan memasuki perkarangan hotel itu. Selalunya wajah Alia ialah menyampah, tetapi kali ini, dia kelihatan amat gugup.

"Wei id, lia maaa..." Abang Alia iaitu Haikal ternganga melihat penampilan adiknya. Qaid hanya tergelak, mulut abang iparnya ditutupnya. Drama sangatlah si Haikalni.

"Wei Lia, wei kau adik aku ke giler. Bapak ah. Serius ke ni dowh." Haikal mencuit-cuit pipi Alia, pantas tangan Haikal ditepis kasar.

"Woish beruk, kau pahal. " Alia memarahi, risau sentuhan Haikal bakal merosakkan makeup diwajahnya. Walaupun pada hari ini dia tidak memakai makeup setebal selalu. Hanya sekadar sapuan biasa.

"Id aku cakap dah. Kau sorang je. Haih bilalah aku pulak nak kawin. Jeleslah dengan pasangan sejolini." Haikal berkata selamba sambil berjalan, Qaid juga mengikuti langkah abang iparnya yang terlajak tua tu, tapi tak reti-reti nak kahwin.

"Eh Qaid, apa yang kau sorang je?" Terasa pelik pula Alia. Cubalah cakap bagi habis. Qaid tersenyum sambil menggeleng. Lengan sang isteri ditarik lembut. Memerah pipi Alia, senyap secara tiba-tiba tanpa bicara. Jika sebelum ni Qaid berani menyentuhnya, memang Qaid cari penyakit. Tapi malam ini dia berharap tangan itu setia disitu.

Setelah tiba di meja, masing-masing mengambil tempat. Haikal mula berbual dengan sepupunya yang lain. Alia hanya diam, dia bukannya peramah seperti Haikal. Tambah lagi dengan imejnya yang bertudung malam ini, menarik banyak mata mata memandang sinis. Yelah, selama ini dia berpakaian amat seksi.

Telefon dibuka sementara menunggu kehadiran manusia-manusia lain. Setelah bosan dia menutup telefon. Qaid dipandang. Wajah Qaid jelas menunjukkan dia tidak selesa. Qaid memang tak pernah suka majlis seperti ini. Tak sekufu katanya.

"Woi, kau punya muka tu tak boleh rilek ke? Relax ok, macam tak biasa." Ujar Alia menyampah. Dah tiga kali Qaid sertai makan malam keluarga setelah 3 bulan berkahwin, macam nilah reaksi dia. Muka macam nak mintak penampar.

"You know, you should be like that Adam boy. Senang nak kikis harta old rag tu." Ujar Alia selamba. Qaid turut memandang Adam yang dimaksudkan oleh Alia. Jujur bukan semua adik beradik Alia dia kenal. Adam pon sebab Alia selalu meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kemanjaan Adam yang kalah perempuan bila dengan daddy.

"Kenapa awak tak cuba jadi macam dia." Giliran Qaid pula menyoal.

"Huh, well... aku tak hipokrit. Kalau aku benci aku benci betul. Lagipon tak hadaplah harta old rag tu. Kau pon dah kaya. Buat apa terhegeh harta dia." Tangan Alia memain mainkan tangan Qaid di atas meja. Perkara biasa dia buat apabila bosan.

Qaid tersengih. Kelakar mendengar jawapan Alia. Alia bukan jenis meminta. Duit Qaid bagi pon mungkin Alia tak guna pon. Alia pon ada kewangan yang stabil kerana dia bekerja.

"Tertunggulah, bila awak akan guna duit yang saya bagi." Alia tersengih kambing melihat Qaid senyum senget.

"Eh Qaid." Azhar menegur, abang tiri Alia dari anak isteri ketiga daddy. Alia menjeling meluat, Azhar kalau datang memang kerja nak buli Qaid je. Entah apa yang dia benci sangat dengan Qaid pon Alia tak tau. Qaid pon Alia geram, tak reti nak melawan ke?

"Kau nak apa?" Suara Alia jelas kedengaran menghalau. Qaid pula memegang tangan Alia memberi isyarat supaya bersabar. Qaid memang sudah lama kenal Azhar. Mereka satu sekolah dan Qaid pon tak faham kenapa Azhar bagaikan membenci dirinya. Padahal kat sekolah tak pernah bertegur pon.

"Kau relax la der. Bukan aku tegur kau pon, bitch." Azhar menambah bara api. Sememangnya kenal dengan perangai Alia yang kepala angin tu.

"Please be polite to my wife." Ujar Qaid lembut, sekali gus memotong bicara Alia. Dia tidak mahu perkara ini menjadi besar. Tetapi dalam hati Qaid bagaikan ingin meletup. Dia siapa siak nak cakap bini aku macam tu. Sepatah lagi perkataan tak elok yang dituju kepada Alia memang Azhar bakal menjadi dead meat.

"Haha, polite, like this. Hey whore kenapa tiba-tiba pakai tudung, orang macam kau hanya layak ada dekat club. Jual badan. Tapi biasanya badan macam ni dah banyak orang rasmi, kan." Sinis kata kata Azhar. Qaid pula terus menekup telinga Alia. Wajah Alia kalihkan pada Qaid. Qaid menggeleng sebagai isyarat jangan dengar. Dia terkejut dengan kata kesat dari Azhar. Kenapa biadap sangatni. Elok isterinya nak bertudung nanti terus bukak pulak.

"Azhar. I warn you. You know i can do anything right. You should know your limit." Suara Qaid keras walau perlahan. Tidak mahu menjadi tarikan perhatian. Hati Qaid terbakar hebat.

"What you can do huh. And you fucking bitch kau tak layak pakai tudunglah!"sejurus Azhar berkata Qaid terus bangun.

"Kau dah melampau." Tubuh Azhar ditumbuk kuat. Sementara Azhar masih pening-pening lalat dia mengheret Azhar ke luar restaurant. Azhar dipukul bertubi-tubi. Tak kesahlah orang nampak ke tak. Tangan Alia yang cuba menghalangnya juga ditepis kasar.

"Qaid dah..." Alia memeluk Qaid erat, berharap agar Qaid segera berhenti. Tak mahu perkara bertambah teruk. Air mata Alia mengalir laju. Qaid juga turut berhenti memukul Azhar.

"Ah bodoh Alia apasal kau nangis." Bisik Alia sejurus mereka sampai di pantai dihadapan restaurant. Jujur sewaktu melihat Qaid dan Azhar bergaduh, Alia amat takut. Kau takut Qaid sakit ke Alia? Kau seriuslah. Alia terus menggeleng mendengar andaian hatinya. Kau cuma tak nak daddy masuk campur dan keadaan bertambah rumit. That's it.

"Arghh serabut!" Jerit Qaid secara tiba-tiba. Terkejut Alia dibuatnya.

Alia yang memang sedia duduk menarik tangan Qaid agar ikut serta duduk disampingnya.

"Sorry aku ni asyik menambahkan masalah kau je. Tapi kau pon gila ke? Pukul anak orang nacam nak mati. Kalau kau masuk penjara nanti aku macam mana. Mana nak gagau duit kau yang berkepuk tu." Qaid yang masih mempunyai sisa-sisa marah terasa bagai dicurah air. Pantas saja dia tergelak. Memang menghiburkanlah makcik sorang ni.

Alia juga perlahan lahan mula mengukirkan senyum. Sebenarnya dia juga agak terkejut dengan tindakan Qaid memukul Azhar tadi. Qaid seorang yang lembut dan penyabar orangnya. Tiba-tiba Qaid naik tangan.

"Takpe kalau saya masuk penjara, saya ubah semua harta atas nama awak." Ujar Qaid beserta senyuman. Walau dia tau yang Alia juga tidak memerlukan hartanya. Alia lebih suka berdiri atas kaki sendiri.

"Qaid... kau masih cintakan kakak?" Alia memandang ke dalam mata Qaid. Berharap Qaid jujur dengannya. Dia tak pernah kesah apa jawapan Qaid. Tudung Alia yang sedikit terangkat ditiup angin Qaid tarik perlahan. Dia agak tersentak dengan soalan Alia. Tak pernah terfikir untuk melunturkan rasa cinta pada Awina.

"Rasa cinta itu takkan hilang. Tapi ia akan kekal sebagai memori je."

"Kalau macam tu tolong..... cintakan aku. Ajarkan aku cinta. kenalkan aku dengan betapa manisnya cinta. Jangan sia-siakan aku. Jangan buat aku kesal dengan keputusan aku untuk cintakan kau. Boleh?"Alia memandang dalam mata Qaid. Dia malu, namun dia yakin dengan tindakannya. Qaid yang terbaik. Qaid mampu membahagiakan dia.

"Cinta eh. Alolo cutenyer dia. Mintak couple dengan abang eh." Qaid menyakat. Memerah muka Alia. Lengan Qaid ditampar lembut.

"Saya janji saya akan cintai dan tidak sia-siakan awak. Saya janji untuk letakkan awak di tempat yang terindah di hati saya sebagai seorang isteri. Saya janji takkan pernah sia-siakan isteri saya ni." Suara Qaid serius, untuk menunjukkan betapa seriusnya kata-katanya sebentar tadi. Pipi Alia diusap lembut.

"Awak janji takkan tinggalkan saya jugakkan. Bukan sekadar awak memuaskan nafsukan."

"Sayang... banyaknya kita kena janji dengan dia. Kalau macam tu janji dengan saya yang awak kena yakin dengan saya. Percayakan saya. InsyaAllah saya takkan sia-siakan awak. Awak kena percaya yang perkahwinan bukan sahaja berlandaskan nafsu.

Bukan sekadar memiliki jasad. Tapi ia berkaitan dengan hati, dengan tanggungjawab, tanggungjawab dalam membimbing awak dan bakal anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Saya bersyukur sangat tengok isteri saya sekarang. Rasa macam nak cium-cium." Jelas kelihatan bahagia di wajah Qaid saat dia menuturkan kata-katanya.

"Boleh tapi bukan kat sinilah..." perlahan tutur kata dari Alia. Qaid yang berdekatan mendengar tetapi sengaja mendiam seperti tidak dengar bicara selamba dari Alia. Qaid memendang kiri kanan. Alia hanya memerhati tindakan Qaid. Dah kenapa nak lintas jalan ke.

Pipi Alia dicium Qaid lembut secara tiba-tiba. Terkaku Alia seketika. Tulah semedang sangat bercakap. Takde filter.

"Bolehje cium kat sini. Nak pipi sebelah lagi pun boleh." Usik Qaid. Keadaan agak kekok. Alia berdehem membetulkan anak tekaknya yang terasa kesat untuk mebelan liur.

"Aku ada satu lagi permintaan ni. Boleh tak." Soal Alia lagi.

"Insyaallah selagi saya mampu. Sqya tunaikan. Kenapa... nak suruh saya beli syarikat daddy?" Sebelah kening diangkat pada Alia. Tahu yang Alia tidak berapa menyukai ayah kandungnya.

"Merapulah dia ni... Kalau.... aku nak panggil kau abang boleh tak." Teragak-agak Alia bertanya. Kali ini Qaid pulak terkaku. Wajah Alia dipandang dalam seakan tidak percaya.

"Kalau tak boleh takpelah. Kau lupakan jelah."Alia bangun dari duduknya. Pasir pada seluar dikibas dan berjalan ingin meninggalkan Qaid. Namun baru selangkah dia melangkah terasa lengannya ditarik lembut.

"Bukan setakat panggil abang, Lia nak panggil abang sayang pon boleh." Tubuh Alia didakap erat. Sungguh Qaid bersyukur. Dia amat bahagia. Terlalu behagia. Terima Kasih Allah.

"Mengadalah dia ni. Orang tanya tak respon. Orang ingat abang tak sudi." Ujar Alia sebaik pelukan dilepaskan.

"Ya Allah manisnya... Takkanlah abang tak sudi. Rugi tu. Kan sedap telinga dengar Lia panggil abang."

Alia yang malu sudah berjalan meninggalkan Qaid. Namun dia bahagia. Teramat bahagia. Ya Allah kekalkanlah kebahagian kami. Biar kami terus bahagia. Jangan kau tarik rasa bahagia ini Ya Allah. Dalam diam Alia berdoa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience