Allerednic

Short Story Series 932

Kalau cerita ni agak cringe dan merapu, tolong skip. Jgn baca. Sumpah clishe'.

???

"

Woi! kenapa baju aku tak gosok lagi."

"Woi! Baju aku mana."

"Woi! mana makanan!"

"Woi! apasal kau lembab sangat ni."

"Woi! bodohke?"

"Woi! pahal kau masak rasa macam sampah ni!"

Aku mencebikkan bibir. Semua cakap macam pakai mic ke apa. Sumpah sekali lagi ada yang menjerit, jawabnya terjaga seluruh kejirananni. Haih kesiannya dengan jiran sebelah kena hadap semua ni.

Sorang suruh gosok baju, aku paham dia suruh gosak baju tapi lani mai cek nak habaq, tadi hang suruh cek masak, lepastu ceq baru pegang sudip, hang suruh cek gosok baju, the fish. Sorang nipon perangai... baju kau dalam bilik kaulah. Apa takde tangan ke sampai mau aku yang ambilkan. Lepastu tanya aku mana makanan pulak, nampak lagi jelas ye saya tengah masak ni. Yang panggil aku lembab tu memang nak kena sepak? Apa kau ingat akuni ada lapan tangankah?

Aku ni pernahlah rasa hidup macam cinderella. Aku mempunyai dua orang mak tiri. Mak tiri pertama ialah Tengku Fuzah, perangai annoying dia, masayaallah. Hanya tuhan yang tau. Aku yang baru explore sikit-sikit perangai annoying dia nipon dah nak innalillah. Tengku Fuzahni ada 2 orang anak perempuan, yang perangainya seratus kali ganda lagi annoying dari Tengku Fuzah iaitu Tengku Farah dan Tengku Faten.

Mak tiri kedua pula ialah Tengku Aina. Ini pulak perangai okey sikit. Cuma kadang kadang perangai dia kalah model antarabangsa. Dia ingat dia segak... oh please. Cantik tapi murah. Kahwin dengan ayah pon sebab harta. Umur diapon baru nak sebaya aku apa. Kahwin dengan ayah yang dah tua yang merepot tu. Eiuw.

Mak aku pulak kena buang dengan ayah aku sebab menggatal dengan jantan entah mana. Well peragai mak aku pon lebih kurang je dengan mak mak tiri aku ni. Ayah aku pula, inilah yang membezakan aku dari Cinderella. Ayah tak pernah kisah keluarga tirini nak buli aku, buat kerja rumah itu ini. Ayah lagi suka kot. Ayah tak pernah kesah.

Mungkin tak mudah untuk ayah lupakan kesalhan mak.

"Hei perempuan aku dah lambatlah cepatlah sikit." Tengku Farah menjerit lantang. Tersedar aku dari awangan. Ah sibuk jelah perempuanni. Kacau je orang nak bermimpi di siang hari.

"Dah tau lambat, bolehkan kalau kau buat sendiri. Ni dok mengarah aku, macam aku ada lapan tangan." Katanya seorang diri. Peluh sudah mula merenek didahi, argh aku panas. Bukan setakat panas memasak, tapi panas dia rasa macam nak tampar orang.

"Woi perempuan kau cakap apa! eh kau ni memang bodohlah." Rambut aku si Farah ni tarik kasar. Hisy ini melampau ni, aku paling pantang orang macam ni. Aku tak sentuh dia, kau jangan berani nak sentuh aku kalau taknak rasa penampar. Dah lama tak bagi orang makan penampar.

"Woi, sakitlah giler." Tangan jijik itu aku tepis kasar. Penat-penat aku sikat rambut aku, dia sikit punya biadap nak tarik. Ingat dia sorang je ke yang lambat, ingat akuni duduk terperap kat rumah je ke.

"Farah... Jazneen... Kenapa bising pagi-pagi ni." Ayah memanggil kami lembut. Ayah sememangnya seorang yang lembut dalam berbicara. Wajah Ayah aku pandang. Lembut dan tenang. Ayahlah satu-satunya insan yang aku ada didunia ini. Ayah walaupun seperti tidak memperdulikan aku, tetapi aku tahu ayah baik. Ayah tetap selalu berlembut dengan aku.

"Ni ayah, orang suruh siapkan sarapan je, tapi dia marah-marah, Farah." Si Farah mula membuat muka dan mengadu. Aku buat endah tak endah. Huh such a annoying whistle blower. Meluatnya aku dengan perempuantu. Nak je aku cili-cilikan mulut dia, pakai cili padi lagi. Geram.

"Jasneen... bolehkan kalau cepat sikit." Suruh ayah lembut. Aku hanya mengangguk. Kata kata ayah aku pasti menurut. Aku pantas menyiapkan mee goreng itu. Sebenarnya dah nak siap dah. Perempuan tu yang tak reti nak menyabar.

"Kereta Farah rosakkan, nanti guna kereta ayah ye." Ayah mengambil tempat di meja makan. Aku pula meletakkan mee goreng yang sudah siap dimasak ke dalam mangkuk. Meja makan aku tuju. Ayah yang sedang berbual dengan Farah menghalakan pandangannya pada aku.

"Jazneen nanti ikut saya ke office ye." Tutur ayah juga dengan nada lembut menghalang langkahku untuk kembali ke dapur. Satu anggukan aku beri pada ayah beserta senyuman. Aku mula berjalan kembali kedapur. Satu keluhan dilepaskan. Tangan ditekapkan pada wajah. Aku sedih. Kenapa bila dengan Farah atau Faten mudah sahaja ayah bahasanya dirinya ayah, tetapi tidak dengan aku.

Kau tak boleh salahkan ayah Jazneen. Semuanya bukan salah ayah. Fikiranku cepat-cepat menyedarkan diri dari dihasut bisikan syaitan. Dah cukup baik ayah tetap nak jaga aku. Kalau aku jadi ayah mungkin aku dah buang aku.

Aku selalu rasa bersalah pada ayah. Aku rasa bersalah atas kesalahan yang mak telah lakukan pada ayah. Sewaktu ayah sedang sakit. Keadaan ayah sangat teruk. Sewaktu itu semua orang menganggap ayah akan pergi bila-bila masa sahaja. Tapi dalam masa yang sama ayah dapat tahu mak berhubungan dengan banyak lelaki lain dibelakang ayah.

Lepas ayah tau, mak lari... dan mak bawak aku waktu tu. Kau boleh bayang bertapa seksanya ayah waktu tu. Kehilangan isteri dan anak disaat dia amat memerlukan sokongan dari mereka. Ayah hampir hilang semangat. Namun syukur ayah masih bertahan sehingga sekarang.

Sewaktu usia aku 15 tahun mak meninggal. Mak pergi dalam keadaan aku lagi seminggu akan menghadapi peperiksaan besar. Bayangkan aku siang malam tak tidur bukan kerana memikirkan mengenai mak atau peperiksaan, tapi aku fikir apa yang bakal terjadi pada aku yang baru berusia 15 tahun pada waktu itu. Pada waktu itu aku putus harapan. Dan aku tahu ayah tak akan pedulikan aku. Atas apa yang mak dah buat pada ayah, aku yakin sukar unuk ayah terima aku semula.

Pada waktu itu juga, aku terfikir adakah aku akan menjadi pengutip sampah seperti yang aku tonton di televisyen. Adakah aku akan tidur di bawah jambatan, keseorangan dan hanya ditemani oleh nyamuk, lipas dan segala yang menggelikan.

Tetapi selepas majlis tahlil mak, ayah dengan rela hatinya kutip aku. Ayah tak pernah biarkan aku terkapai-kapai. Dan aku juga mengetahui bahawa ayah juga merupakan orang yang mengurusnya majlis tahlil mak sepanjang tiga malam itu, yang sebenarnya aku ingatkan ia adalah sumbangan dari orang di kawasan itu.

Sejak dari itu, aku dah berjanji dengan diri aku. Tak kesahlah apa ayah suruh buat, aku akan buat. Tak kesahlah walau apapon aku kena gadaikan untuk ayah aku akan buat. Sebab aku nak tebus kesalahan mak pada ayah. Walaupun aku tahu ianya bukan salah aku.

Sebabtu apa yang perempuan-perempuan gila dalam rumahni suruh aku buat, aku akan buat. Sebab ayah suruh buat. Ayah kata layan mereka dengan baik. Sebabtu aku buat apa yang mereka suruh. Bukannya sebab aku tak reti melawan. Bukannya sebab aku lemah tak reti nak tolak suruhan mereka. Aku bukan cinderella, yang lemah dan hanya menurut kata ibu-ibu tirinya. Tapi semuanya kerana ayah. Aku akan buat segalanya sekiranya berkaitan dengan ayah.

???

Aku memandang kosong kawasan tanah perkuburan islam yang sudah biasa menjadi tatapan mata. Aku tahu sangat kubur siapa. Setiap bulan pasti ayah akan membawa aku ke sini, dan menyuruhku membersihkan kubur segaligus membaca surah y?sin.

Ayah selalu pesan agar rajin-rajinlah datang dan sedekahkan alfatihah pada mak. Tapi... aku agak tertanya, adakah ayah langsung tak berdendam dengan mak.

"Turunlah dulu. Saya nak call seseorang."ujar ayah. Aku seperti biasa tersenyum dan mengangguk. Hanya pada ayah aku mampu tersenyum ikhlas. Kerana ayah pernah pesan, agar aku tidak menangis lagi. Sejak dari itu sehabis baik aku tidak akan menangis dihadapan ayah.

"Maak... Aneen tertanya. Apa yang ayah buat, sampai mak sanggup mainkan hati ayah yang terlalu mencintai mak. Aneen tertanya mak, kenapa mak sanggup lukakan hati ayah yang suci murni ni. Aneen tertanya mak." Luahku sesudah menyedekahkan alfatihah. Kubur mak yang tidak berapa kotor itu, tetap aku bersihkan.

Kubur mak sentiasa bersih, semuanya kerana ayah yang tak pernah jemu membawa aku ke sini. Aku tahu dilubuk hati ayah, mungkin ada secebis rasa sayang ayah kepada mak, walau hati ayah tidak dapat maafkan kesalahan yang mak lakukan.

Mak sangat rugi, mensia-siakan, cinta semulia cinta ayah. Ayah teramat menyayangi dan mencintai mak. Sehingga begitu terukpon mak sakiti ayah, ayah tetap tidak melupakan mak.

"Saya dah lama maafkan Qaseh." Ujar ayah secara tiba-tiba yang juga membuatkan aku tersentak, tersedar dari lamunan di petang hari.

"Ayah tak terasa dengan mak ke?" Aku memandang wajah ayah, mencari kebenaran didalam kata-kata ayah. Takkan semudah itu ayah maafkan mak. Tapi dari cara ayah aku rasa ayah memang sudah maafkan mak. Tetapi perbuatan manusia boleh jadi tidak selari dengan hati.

"Masa dah rawat segalanya. Aneen... forgive is not forget. Saya dah maafkan tapi terlalu sukar untuk melupakan. But now,its your turn to forgive Qaseh. Dia mak Aneen, dia yang lahirkan Aneen. Setiap kali saya rasa bencikan dia, pasti saya akan ingat balik... bertapa sukarnya dia bertarung nyawa untuk lahirkan Aneen. Jazneen tak layak pon nak berdendam dengan mak.

Maafkanlah mak ye. Selalulah sedekahkan doa untuk mak. Doa anak-anak yang baik ni, Allah dengar. Nanti kalau saya dah takde pon Aneen bolehlah doakan untuk saya sekali." Suara ayah diayat terakhirnya agak perlahan, tetapi jelas ditelingaku. Terus tubuh ayah aku peluk erat. Aku pon tak pasti keberanian mana yang aku dapat untuk memeluk ayah.

"Pasti, Aneen pasti akan selalu doakan ayah." Ujar aku juga perlahan. Perlahan-lahan ayah membalas pelukanku.

???

Hari ini aku belum sempat duduk pon. Ke hulu kehilir, rasa nak patah riuk segala tulang temulang. Hari ini ayah akan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran atas kepulangan Faten dari luar negara. Tapi sikit-sikitpon dah macam nak jemput perdana menteri. Well orang yang nak balik tukan diva, takkan nak buat biasa-biasa. Apa kau nak mati. Dan aku pula sudah boleh nampak betapa nerakanya hidup aku lepas ni. Dah tiga orang pon macam apa tambah lagi sorang memang gilalah aku lepas ni.

Aku terfikir jugak macam manalah ayah bolrh layan orang-orang macam mereka.

"Woi, nanti kau ironkan baju aku." Jerit Fa yang aku tak tau dimana. Entah entah kat tinggat tiga, jerit dengar sampai kat tingkat satuni. Kuat mak ai suara dia. Haisy benda banyak lagi kena buat, perempuan tu dah memekak. Dengan dulang-dulang kuih yang masih belum diangkat kedepan. Rasa macam nak menangis pulak.

Ayah order catering harini, tapi ayah juga pesan kuih muih dan ayah suruh aku buatkan beberapa biji kek. Sebab ayah cakap ayah terlupa order kek. Aku sebagai anak yang mendengar kata hanya menurutlah.

Tapi baru nak ayak tepung, perempuan tu jerit. Baru nak guna mixer perempuan lain pulak jerit. Baru nak masukkan bancuhan tepung dalam talam perempuan lain pulak panggil. Bilalah kek aku nak siap kalau macamni.

Tepat jam lapan malam semua persiapan sudah siap. orang ramai juga sudah mula berkumpul untuk membaca yasin. Aku yang belum sempat melabuhkan punggung sudah dipanggil oleh Tengku Fuzah. Satu keluhan dilepaskan. Sumpahlah wei aku penat ni.

"Woi perempuan, kau cepat sikitlah. Tu letak dekat luar." Tudung aku yang sudah elok dipakai ditarik kasar oleh tengku Fuzah.

"Lepaslah gila." Tangan itu aku tepis kasar. Tak kesahlah tua ke muda, kalau dah tak ingat neraka tu memang takkan ingatlah. Tak tau ke perempuan ni sensitif tau pasal tudung ni. Eh lupa dia mana pakai tudung, dah tua tua pon tak sedar lagi ke? Ke nak tunggu malaikat maut jemput baru nak pakai.

Dulang yang berisi kek tadi aku angkat untuk diletak luar. Meriah sungguhlah majlis kesyukuran pon. Orang yang datang pon pakai macam nak pergi parti hari jadi. Tak tau ke tatacara majlis majlis macamni.

"Haisy selipar aku mana pulakni." Aku membuka rak kasut, pon tak ada. Adalah ni hamba Allah tak reti mintak izin, terus pakai ja. Kasut high heels aku tarik, cantik, dah lama tak pakai. Sesekali kita kena bercantik-cantik jugak, kalau tak membujanglah aku sampai tua.

Kek diletakkan diatas meja. Keadaan di ruang makan agak lenggang, kerana rata rata tetamu bersembang didalam. Belum sempat aku nak berpaling suara penuh halilintar memanggil. Haisy tak reti bagi salam ke? Tanjat tau gegirl.

Belum sempat berpaling aku sudah rasa satu tangan memegang bahuku sebelum menarikku menghadapnya kasar. Omgggg!!! What to do! What to do. Tengok muka dia pon aku dah boleh nampak bertapa nerakanya hidup aku lepas ni.

"Hei, tak berambus lagi eh kau dari rumahni." Ujar Faten kasar dan sinis. Tangan dia yang melekap pada bahuku ditepis kasar. Senyuman sinis dari Faten aku balas dengan senyuman senget. Dia ni kalau tak gaduh dengan orang tak boleh eh? Tadi aku dengar dia bertengkar dengan Aina, sekarang nak gaduh dengan aku pulak... Apa kekurangan kasih sayang ke perempuan ni.

"Buat apa pergi? Ni rumah bapak aku jugak." Balas aku pula, dan berura-ura untuk berlalu pergi. Malas nak gaduh, nanti apa pula kata tetamu-tetamu ayah yang berada disini.

"Kau yakin ke dia bapak kau, entah entah kau ni anak lelaki yang ntah sapa mak kau tidur... tak?" Aku yang baru beberapa langkah menjauhi Faten pantas menoleh. Kecik besar je aku pandang perempuanni. Kasut high heels dikaki aku pandang dengan penuh senyuman. Ada hikmah rupanya selipar aku hilang. Sedap sikit kalau benda alah ni yang kena kepala dia.

Dia mengalihkan pandangannya pada aku.

"Kenapa?.... terasa ke?" Senyuman sinis dia hadiahkan. Aku pula mengangkat kening dan kemudian menunduk seolah-olah sedang membetulkan kasut. Kasut yang sudah dibuka aku sorokkan dibelakang badan.

"Dah habis cakap dah." Soal aku pula. Faten mengangkat keningnya pelik dengan soalanku yang secara tiba-tiba. Tanpa membuang masa, dengan lafaz bismillah kasut tumit tinggi itu berjaya terhempas pada dahi Faten. Tersenyum puas aku. Faten pula sudah menjerit menahan sakit. Tetamu pandang? Kesah pulak aku, majlis dia bukan aku. Lagipon dia yang cari pasal.

"Lain kali sebelum cakap fikir dulu." Ujarku sebelum terus mencicit beredar dari situ. Nasib hanya ada dua tiga orang sahaja dikawasan tadi, sebelum Faten menjeritlah. Lepas perempuan tu jerit entah berapa ribu orang datang.

Bye kasut, tak sempat pakai awak lama-lama. Dahlah mahal aku beli, nasib pakai duit ayah.

???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience