BAB 10

Romance Completed 5168

Akhirnya Naufal melangkah ke bilik air untuk bersiap. Kena pergi jugaklah. Ni kerja! Huh,malas betul. Kepalanya mengerewang teringatkan Kaisara. Apa agaknya gadis kesayangannya itu sedang buat ye? Hatinya mula berasa rindu dengan gadis itu. Siapa yang tak rindu kepada orang yang kita cinta? Cinta? Haha,Naufal sedari dahulu menyukai gadis itu. Tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus terang. Tak mengapalah. Mungkin berdiam adalah jalan yang terbaik buat masa ni.

KAISARA merenung ke luar tingkap kereta. Fikirannya sedari tadi teringatkan Naufal. Huh,mengapalah dia mencintai lelaki itu? Nak berterus terang? Memang tak! Dia seorang perempuan dan dihiasi sifat malu. Hendak meluahkan rasa,memang mustahil. Sejak dahulu dia punya perasaan terhadap lelaki itu. Rasa rindu yang membuak perlu ditanggungya seorang. Haih,apalah nasib.

Kereta yang dinaiki berhenti di tepi jalan. Kawasan yang agak lengang dan gelap itu mengecutkan Kaisara.

“Haris,kenapa you berhenti?”

Haris tidak menjawab.Tangannya cuba meraih tangan Kaisara. Kaisara menepis.

“Haris,you nak buat apa ni?”

“What?! I nak pegang tangan you je? Salah?”

Kaisara bengang. Darahnya menggelegak.

“Haris,you nak apa sebenarnya ni?!” Tanya Kaisara kasar. Kalau dia tidak berfikir panjang,hendak sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu. Apa? Dia black belt dalam tae kwan do lah.

“Simple. I nak you.”

Kaisara tergamam.

“Ok, I balik dulu.” Pamit Naufal apabila dia sudah mendapat file ditangan Alia. Alia menarik lengan Naufal. Peluang seperti itu tidak boleh disia-siakan. Dia mesti meluahkan perasaannya terhadap Naufal. Dan dia yakin Naufal akan menerimanya. Mana pernah lelaki menolak dirinya yang cantik,seksi dan menggoda. Kucing tak akan menolak ikan kan?

“Naufal, I ada benda nak cakap.” Alia bersuara manja dan menggoda.

“Yes? What it is?” Tanya Naufal.

“I suka kan you. I cintakan you. You boleh terima I kan?”

Naufal terkejut dengan pengakuan Alia. Tidak sangka dia yang gadis dihadapannya ini seberani itu. Dia menggeleng perlahan. Alia tersentak melihat gelengan Naufal.

“Sorry,I cintakan gadis lain.” Naufal berkata lalu terus berlalu dari situ. Alia menunduk. Malu betul rasanya apabila ditolak mentah-mentah.

Naufal meluncur laju keretanya. Dia teringatkan Kaisara lagi. Ah,tak boleh jadi. Aku kena bagitahu Kaisara tentang perasaan aku.

“KAU dah gila ke?” Kaisara sedikit menjerit. Nama panggilan juga sudah berubah.

“Ye,memang I gila. I gilakan you.” Sebaik sahaja Haris habis berkata,tangan lelaki itu terus merangkul bahu Kaisara. Pin tudung Kaisara ditanggalkannya. Kaisara gelisah. Kekuatan lelaki itu tidak mampu ditandingi oleh kekuatannya sebagai seorang perempuan. Akhirnya rambutnya yang tersimpan rapi dari pandangan ajnabi sudah dipamerkan kepada Haris. Air matanya gugur. Ya Allah,waktu ini aku hanya mampu meminta pertolongan daripadamu. Jagalah kesucianku daripada dirampas oleh lelaki yang tidak mempunyai apa-apa hubungan denganku.

Haris cuba membuka butang baju yang dipakai Kaisara. Entah dimana silapnya,Kaisara sempat menendang lelaki itu. Pintu kereta dibuka dan Kaisara melangkah keluar. Kawasan yang sunyi itu membuatkannya sukar untuk mendapatkan pertolongan.

Kaisara dapat melihat satu cahaya lampu kereta. Badannya lemah tak bermaya. Akhirnya di rebah di situ. Kereta tersebut berhenti. Pemandunya keluar untuk melihat seseorang yang terbaring di situ.

Kaisara senyap. Dan tiba-tiba,gelap!

NAUFAL melihat gerangan yang hamper dilanggarnya tadi. Muka gadis berambut panjang itu ditatapnya. Ya Allah,Kaisara!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience