BAB 7

Romance Completed 5168

Naufal terkejut. “Abah dah meninggal?” Agak kuat suara Naufal bertanya. Manakan tak terkejut, abah Kaisara sudah dianggap bapa kandungnya sendiri.

“Ya,tiga tahun lepas. Kaisara ingat nak bagitahu abang. Tapi,kita dah lama lost contact. Lepas SPM abang terus belajar luar negara kan? Sampai hati abang tinggalkan Kaisara.” Kaisara menjawab sayu. Naufal serba salah. Kalau lah Kaisara tahu yang dia bermati-matian tak nak pergi sambung belajar ke luar negara dulu disebabkan gadis itu,apa reaksinya nanti ya?

“Abang minta maaf. Bukan niat abang nak tinggalkan Kaisara. Abang terpaksa. Ok,lepasni abang tak akan tinggalkan Kaisara nanti. Promise!”

“Heish abang ni,Kaisara gurau je lah. Kalau abang kahwin nanti,abang akan tinggalkan Kaisara juga kan?”

“Kalau Kaisara tak nak kena tinggal dengan abang,Kaisara je lah yang kahwin dengan abang. Habis cerita.” Jawab Naufal selamba. Muka Kaisara membahang. Malu.

“Merepek je lah abang ni.”

Naufal tersengih.

Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Naufal memberi arahan supaya masuk. Alia masuk sambil membawa segelas air panas.

“Naufal,ni I ada buat air untuk you.” Alia bersuara manja. Badannya dilentokkan dengan lirikan mata menggoda ke arah Naufal.

“Eh,sepatutnya Kak Zu yang buat air untuk I. You bukan secretary I.” Naufal memandang Alia.

“Ala,Kak Zu kan tengah mengandung. Kesian dekat dia. Apa salahnya I nak buatkan air untuk you.”

“Susahkan you aje. You ambillah air ni. Bukan I tak nak minum,tapi sekarang waktu lunch. I nak keluar makan.” Kata Naufal sambil berdiri. Mejanya yang penuh dengan kertas dikemaskan ala kadar.

“Oh,you nak pergi lunch ek?” Tanya Alia dengan harapan Naufal mengajaknya makan tengahari bersama.

“Yup. Kaisara jom.”

“Kejap,nak pergi ambil purse. Kaisara ajak Damya sekali ye?”

“Ok,abang tunggu dekat bawah.”

Naufal dan Kaisara melangkah keluar. Alia terkedu. Abang? Wait, what I’m missing here?

KAISARA,Naufal dan Damya melangkah masuk ke dalam ruang kafe tersebut. Kafe yang agak lengang itu membuatkan mereka senang mendapat tempat duduk. Selepas membuat pesanan,Damya memulakan bicaranya.

“Ha,cepat cerita. Kau orang berdua dah lama kenal kan?”

Naufal tergelak. Kaisara tersenyum simpul tetapi masing-masing tidak mahu bersuara. Damya bengang dengan perangai kawan dan bossnya itu. Wajah Damya yang cemberut itu membuatkan Kaisara membuka mulut.

“Dia ni jiran lama aku lah. Lebih kurang macam abang angkat aku. Kitaorang dah lama tak jumpa. Tak sangka pulak boleh jumpa pagi tadi.” Kaisara menerangkan.

Damya tersengih. “Ooo,maksudnya Encik Naufal ni ex-boyfriend kau lah.”

Kaisara tersedak. Naufal tergelak lagi. Habis merah mukanya menahan gelak.

“Apa yang kau merepek ni hah?”

“Betullah. Mengikut beberapa fakta,lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik atau adik-abang angkat. Sebab salah seorang mesti ada perasaan suka antara satu sama lain.” Damya membuat muka serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience