BAB 1

Romance Completed 5168

KAISARA melihat gambar tersebut.Sudah empat belas tahun berlalu.Dia tersenyum sendiri.Kenangan lama terimbau kembali.Indahnya dunia sewaktu remaja dahulu.Dua orang gadis lengkap berpakaian sekolah yang menghiasi gambar tersebut membuatkannya terleka kepada kenangan lama.Dia mengusap gambar tersebut.Akhirnya dia terleka sekali lagi…

14 TAHUN YANG LALU….

KAISARA menggoncangkan tubuh gadis itu.Liatnya nak bangun makcik seorang ni! Dalam kelas pun boleh membuta.Tak sedar ke cikgu tengah mengajar kat depan tu? Memang tak makan saman betul! Akhirnya Kaisara membiarkan gadis itu menikmati mimpi yang dialaminya tika ini.Penat dah nak mengejutnya.Bukannya nak bangun!

“Baiklah kelas,pastikan kerja rumah semuanya siap.Saya nak semua hantar lusa ya? Sampai sini sahaja kelas hari ini.Assalamualaikum.” Kata-kata guru lelaki tersebut membuatkan satu kelas serentak menjawab salam.Kaisara mengerling ke sisinya sekilas.

Gadis yang baru sahaja bangun itu terpisat-pisat sambil menggosok matanya.Dia memandang sekeliling seperi mahu mengagak dia berada di mana sekarang.Dia menguap.Tangan kanannya laju menutup mulut.Ye lah,kalau tak tutup nanti masuk syaitan pula.

“Waktu tidur aku dah habis.” Gadis comel itu berkata selamba.Kaisara tidak mempedulikan kata-kata sahabatnya itu.Dia sudah lali dengan perangai gadis comel itu.Setiap kali subjek Geografi yang diajarkan pasti dia menjadikan waktu itu masa tidurnya.Huh,perempuan tu kan memang anti-Geo!

“Eh,dah bangun Cik Elisha kita?” Kaisara menyindir.Gadis yang dipanggil Elisha itu hanya tersengih.Memang tak ada rasa bersalah langsung!

“Kau ni Peah,aku kan alergik dengan subjek Geo ni.Kau ni macam tak kenal aku pulak kan?” Elisha berkata.Kaisara mencerlung.

“Pandai-pandai je kau panggil aku Peah kan?Orang lain elok je panggil aku Kaisara or Sara,kau boleh panggil Peah?Susah sangat ke nak sebut Sara? SA-RA!

“Susah lah jugak.Lagipun nama aku kan Sara Elisha.Rasa something wrong somewhere bila aku panggil kau Sara.Macam panggil nama sendiri.Lagipun,apa ada hal? Nama kau kan Sofea Kaisara.Sofea dengan Peah kan tak jauh?” Kaisara bengang.Rasa nak disekehkan aje kepala sahabatnya itu.Akhirnya Kaisara mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Kalau dilayan,macam-macam lagi yang si Elisha ni merapu.

Elisha yang melihatkan sahabatnya itu diam mula berasa bosan. Dia mencuit gadis itu. Kaisara buat tak tahu. Elisha mengecilkan mata. Geramnya!

“Wei,layan lah aku sekejap. Bosan giler ni. Tak payah lah nak merajuk. Aku tak tahu macam mana nak pujuk lah.” Elisha berkata sambil jari telunjuknya mencucuk-cucuk pipi Kaisara. Kaisara berpaling. Wajah Elisha yang tersengih itu mencuit hatinya.

“Mana ada aku merajuk.” Kaisara senyum.

“Bagus! Aku ada cerita nak habaq mai kat hang.” Elisha menyising lengan bajunya. Dah keluar dah loghat utara dia. Padahal,Elisha tiada saudara mara yang lahir atau duk utara. Tapi,cara Elisha tadi sebijik macam mami jarum.Bakal mami jarum ka?

“Apa dia?” Kaisara melayan.

“Ada sorang budak baru kat sekolah kita ni.Dan dia…Lelaki!”

“Cara kau cakap ni macam ada seorang lelaki sesat nak masuk sekolah budak perempuan tau? Padahal sekolah kita ni,sekolah campur. Bukannya khas untuk perempuan. Biasa lah tu.Apa masalahnya kalau budak baru tu lelaki?” Tanya Kaisara tak berminat. Aku ingatkan apalah yang kecoh sangat si Elisha ni nak cerita. Desis hatinya.

“Aku dengar budak baru tu handsome.Tapi,dia form four lah.” Elisha menambah.Kaisara pelik.Dia mengangkat kening seperti bertanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience