BAB 6

Romance Completed 5168

Kaisara mengangguk.

“Ha,panjang umur. Tu,CEO baru tu. Handsome tak?” Damya menunjukkan seseorang dengan jari telunjuknya. Kaisara melihat ke arah yang ditunjukkan Damya. Matanya dikecilkan. Macam pernah tengok je muka ni.

Lelaki yang berpangkat CEO itu menuju ke arah mejanya. Kaisara buat tak tahu manakala Damya sudah tersengih. Siapa tak gembira kalau dapat CEO handsome macam tu.

“Dia datang lah Kai. Handsomenya.”

Kaisara tidak mempedulikan kata-kata Damya tadi.

“Damya,proposal untuk tender kali ni awak dah siapkan?” Suara lelaki itu bertanyakan Damya.

“Sikit lagi. Ada beberapa perkara yang nak kena ubah.” Jawab Damya sopan. Kaisara disebelah menahan geli hati. Amboi,depan boss,bukan main kau bersopan santun ye?

Lelaki itu memandang ke arah Kasiara. Wajah gadis itu diamati. Macam pernah tengok lah. Seketika dia terpandangkan gelang yang ada di tangan gadis itu. Dia masih ingat. Gelang itu sama macam pemberiannya pada seorang gadis suatu masa dahulu. Dia terkedu. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Gembira dan terkejut. Selepas tamat belajar,puas dia mencari gadis ini. Tapi dengan ketentuan Allah dia dapat bertemu kembali dengan wajah gadis itu.

“Kaisara?”

Kaisara mengangkat muka. Wajah lelaki itu sangat dekat dengan memorinya. Tapi,siapa? Tapi kan,cara percakapan dia tu macam. . .

“Abang Naufal?” Kaisara terkejut. Naufal tergelak perlahan. Gembira rasanya bila gadis itu mengingatinya.

“Ingatkan dia dah lupa kat kita. Penat abang cari Kaisara tahu? Kaisara hilang macam tu je.”

“Eh,salahkan kita pulak. Abang yang tinggalkan Kaisara tahu?”

Damya berdeham. Kedua-duanya tersentak. Naufal tayang sengih. “Ok lah Kaisara. Nanti waktu lunch,kita chat lagi ya?”

Naufal berlalu pergi. Damya memandang muka Kaisara. Kaisara yang faham dengan panahan mata rakannya itu,buat tak tahu. Biarkan lah. Haha.

“Wei Kai, kau dah kenal lama eh dengan Encik Naufal tu? Cerita lah kat aku…”

Kaisara diam. Tangannya lincah menaip di keyboard komputer. Sengaja dia hendak menyakiti hati Damya. Asyik dia je yang kenakan aku,sekali-sekala aku kenakan dia tak apa kan? Desis hati Kaisara.

DAUN pintu diketuknya perlahan. Suara yang memanggil menyuruhnya masuk kedengaran di telinga. Kaisara memulas tombol pintu perlahan. Wajah Naufal yang sedang menaip kelihatan di ruang mata.

“Encik Naufal,ini fail untuk projek bulan ini.” Kaisara berkata sambil menghulurkan fail ditangan. Naufal mengambil lalu membelek helaian kertas di dalamnya satu persatu.

“Hm,bagus. Kemas kerja awak buat.” Kaisara tersenyum mendengarkan pujian itu.

“Kalau tak ada apa-apa,saya keluar dulu.” Kata Kaisara.

“Formalnya.” Naufal ketawa perlahan.

“Memanglah. Inikan tempat kerja.”

“Ok,duduk dulu Kaisara. Dengan abang tak payah nak formal sangat.”

Kaisara melabuhkan punggungya di kerusi berhadapan dengan meja Naufal.

“Kaisara duduk dekat mana sekarang? Abang dengar Kaisara dah pindah rumah tiga tahun lepas.”

“Kaisara duduk dekat kawasan sini aje. Keluarga Kaisara pindah lepas abah meninggal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience