BAB 2

Romance Completed 5168

Elisha turut mengangkat kening.Tidak mengerti maksud sahabatnya itu.Apahal lah nak jadi Ziana Zain ni?Main angkat-angkat kening pulak.

“Sejak bila kau jadi sibuk sangat ni?Hal lelaki pulak tu.Selalunya kau ambik tahu pasal diri kau je dan waktu kau tidur.” Dalam bertanya sempat lagi Kaisara memerli.Elisha yang sedar dirinya diperli memandang Kaisara tanpa riak.Dah biasa pun.

Kaisara memandang anak mata yang berwarna hijau lembut milik Elisha.Dia meminta penjelasan.Elisha tahan senyum.Ada satu benda yang terjadi tadi.Tapi dia tak akan memberitahu Kaisara.Biarlah Kaisara tahu sendiri.Haih,untung betul kau Peah.Bisik hati Elisha.

“Kau ada sembunyikan something ke dari aku?” Tanya Kaisara.Elisha menggeleng.Zip mulut.

“Betul?” Tanya Kaisara meminta kepastian.

“Betul lah Peah.Aku tak komplot apa-apa pun dengan dia tu.Mana tahu dia boleh gantikan aku nanti.” Seketika Elisha berhenti.Er,kantoi! Harap lah Kaisara tak perasan.Tapi sangkaannya meleset sama sekali.Kaisara yang terkejut dengan kenyataan yang diberi oleh Elisha tadi terus mendesak.Elisha kehilangan kata-kata.Mati kutu.Mampus lah kau,Elisha.

“Komplot apa?Kau sepakat dengan siapa ni?Nak kenakan aku ke?Elisha,tell me! Gantikan kau? Siapa? Kau nak pergi mana?!” Elisha terkaku. ‘Huh,harapnya kalau cita-cita aku nak jadi polis kesampaian,aku kena belajar menyoal siasat penjenayah daripada Kaisara ni.Dalam masa sepuluh saat je dia boleh tembak aku dengan pelbagai soalan.Kelu lidah woo.’ Elisha berkata sendiri.

“Er,tak…Aku…Err,aku tak ada komplot dengan sesiapa pun.Tadi tu terkejut je.Tu lah pasal tergelincir sikit ayat aku.” Elisha tersengih sambil kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan.Cover ayat baik punyer!

Kaisara ragu-ragu.Mulutnya ingin bertanya Elisha dengan lebih lanjut.Belum sempat mulutnya hendak bertanya,guru untuk pendidikan seterusnya melangkah masuk ke kelas.Elisha menarik nafas lega.Kaisara tak puas hati.Tak apa.Aku akan tanya nanti.Jaga kau!

“PEAH!!!!!” Kaisara menoleh.Kuajaq punya member.Dah lah panggil aku kuat-kuat.Habis satu sekolah dengar.Malu aku tau tak?Dia membuat muka.

Elisha yang berlari ke arah Kaisara berhenti di hadapannya.Tercungap-cungap gadis itu menarik nafas. “Kau ni,lajunya…Relaks lah dulu.Tak lari pun rumah kau tu.Nak balik awal-awal buat apa?” Elisha bertanya.Kakinya melangkah seiring dengan kaki Kaisara.Muka temannya itu dipandang meminta jawapan.

Kaisara diam.Dia teringatkan peristiwa tadi.Pelik betul lelaki tu.Elisha yang melihatkan Kaisara seperti berfikirkan sesuatu mula melakar senyuman.Dia sudah tahu apa sebabnya.Ok,plan seterusnya!

Kaisara berfikir.Peristiwa tadi kembali bermain di layar fikirannya.

ROTI ditangan disuap ke dalam mulut.Kelibat Elisha dicarinya.Mana pulak mak cik ni? Kakinya terus melangkah tanpa disedarinya,dia terlanggar sesorang.Kaisara terkejut.Aduh,waktu ni lah nak berlanggarnya pun..

Kaisara memandang orang yang dilanggarnya itu.Matanya membulat.Terkejut.Wajah gerangannya dipandang.Lelaki.

“Abang Naufal?”

Lelaki itu tersenyum.Senang kerja! Nasib baik Kaisara ingat aku lagi.

“Kaisara! Ingat lagi kat abang rupanya.” Naufal berkata.Bibirnya mengukir senyuman.

Kaisara tak terkata.Betapa gembiranya rasa dihati ketika itu.Teman sepermainannya sewaktu kecil sudah ada di depan mata.Betapa dia rindu dengan wajah ini.Sudah hampir 10 tahun dia tidak bersua muka.Tetapi yang peliknya,Kaisara boleh mengenali wajah itu.Padahal muka Naufal memang jauh berbeza sewaktu umurnya berpisah dengan Kaisara dahulu.

“Memanglah ingat,abangkan bestfriend Kaisara!” Ucap Kaisara riang.Naufal tergelak kecil.

“Abang buat apa kat sini?” Tanya Kaisara?

Naufal senyum sambil mengangkat keningnya. “Kaisara rasa,sebab apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience