BAB 8

Romance Completed 5168

“Fakta mengarut mana kau cilok ni hah? Jangan kata kau terbaca dekat dalam ‘pakcik Google’ pulak.” Kaisara menepuk kuat lengan Damya. Naufal hanya menggeleng melihat telatah dua orang gadis itu. Seketika,makanan yang dipesan tiba. Mereka menjamu selera dengan senyap. Sesekali terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga.

Mereka menghabiskan suapan yang terakhir. Selepas membuat bayaran,mereka balik semula ke pejabat.

Kaisara masih lagi dengan muka cemberutnya itu. Merajuk dengan Damya.

“Wei,sorry lah. Aku gurau je tadi. Kau jangan lah marah aku ek?” Pujuk Damya.

Kaisara masih diam. Geram betul hatinya mendengarkan kenyataan dari Damya tadi. Nasib baik Naufal tak ambil serius dengan apa yang dikatakan Damya tadi. Kalau tak,tebal lah kulit muka dia menahan malu.

Damya buntu. Merajuk pula kawannya seorang ini. Kepala yang tidak gatal itu digarunya perlahan. Susah betul lah kalau Kaisara ni merajuk.

“Tak apalah Damya,nanti biar saya je yang pujuk dia.” Naufal menyampuk. Damya sudah tersengih-sengih.

“Untunglah kau dapat boyfriend macam Encik Naufal ni.” Damya mengusik.

Makin panjang muncung Kaisara. Urghh,geramnya. Nak je aku sekehkan kepala minah ni.

“Encik,lagi kuat dia merajuk lah.”

“Tak apa. Tahulah saya nak buat apa nanti.”

Damya tergelak perlahan.

“MANJA betul Kaisara ek?”

“Mana ada,dia yang mulakan dulu.” Kaisara mengadu manja. Naufal teguk air liur. Haila budak ni,boleh pulak jadi manja. Nasib baik iman aku kuat lagi tau. Bisik hati Naufal.

“Alah,apa salahnya kalau dia ingat abang ni boyfriend Kaisara.” Laju sahaja tangan Kaisara mencubit lengan Naufal. Gatal betul. Naufal menyeringai sakit. Fuh,boleh terkoyak kulitnya macam ni. Perit.

“Padan muka. Mengada sangat.”

“Abang gurau je lah. Jangan lah emo sangat. PMS pe?” Naufal berseloroh. Sekali lagi jemari runcing milik Kaisara hinggap di lengannya.

“Auchh, ok ok, abang gurau je. Jangan lah cubit. Perit.”

“Tau pun.”

“Dah,jangan nak memuncung mulut tu. Nanti tak comel.” Kaisara tersenyum. Naufal memang tahu sahaja perangainya itu. Selalunya,kalau Kaisara merajuk,hanya Naufal lah yang mampu memujuknya.

“Ha,kan dah comel kalau senyum macam tu.”

“Dah pukul 5:30. Kaisara nak balik.” Kata Kaisara sambil mengemas barang-barangnya.

“Abang hantar Kaisara ye? Abang nak jumpa umi. Rindu pulak bila dah lama tak jumpa ni.”

“Ok. Umi pun mesti seronok dapat jumpa abang.”

KERETA Naufal membelok di selekoh ke rumah Kaisara. Dari jauh sudah nampak rumah teres dua tingkat itu. Naufal memberhentikan kereta di sebelah sebuah lagi kereta berwarna hitam di hadapan rumah tersebut. Naufal memandang Kaisara di tempat duduk sebelah pemandu. Dahi Kaisara yang berkerut itu membuatkan Naufal tertanya-tanya.

“Aduh,mamat ni pun ada dekat sini ke? Menganggu kententeraman betul.” Kaisara mengomel sendiri. Giliran Naufal pula yang berkerut dahi.

“Kenapa Kaisara?”

“Mamat psiko tu ada dekat sini lah. Heish,tak faham bahasa betul. Tak tahu malu agaknya.”

“Mamat psiko?” Naufal pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience